Kesan ubat turun darah pada bayi dalam rahem

KESAN UBAT TURUN DARAH PADA JANIN/BAYI YANG DALAM
RAHEM

 

“Salam doktor maaf saya bertanya, kalau saya ada makan ubat turun haid iaitu sunolut tetapi masih tidak datang haid. Bila saya cek UPT, rupanya saya hamil. Adakah merbahaya kepada kandungan saya?”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya tidak pernah menggalakkan wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu untuk ambil Sunolut.

Sonulut biasanya diberikan kepada wanita yang tidak datang haid, agar darah haid dapat dikeluarkan. Oleh itu ia dikenali sebagai “ubat turun haid”.

Saya percaya sonolut menyebabkan kitaran haid menjadi lebih teruk kerana ‘gangguan’ hormon sintetik ini.

Sunolut adalah adalah hormon progestrone sintetik dalam bentuk norethisterone.

Jika puan sedang hamil janin perempuan, pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan jika janin puan mengalami kesan ‘kelelakian’.

Namun biasanya, dos yang diambil untuk ‘menurunkkan haid’ adalah rendah. Jadi selalunya tiada masalah jika puan menggunakan ubat itu beberapa hari dan kemudian puan mendapati puan hamil.

Saya selalu mencadangkan pada wanita yang tidak datang haid agar tidak segera mengambil ubat turun darah ini kerana pertama bimbang wanita sedang hamil (di awal kehamilan mungkin UPT negatif). Kedua jika tidak hamil, selalunya ia menyebabkan kitaran haid menjadi lebih teruk dan tidak menentu.

Semoga ALLAH melindungi kehamilan puan.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di kedai online ini

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Check Also

MABUK DAN MUNTAH KETIKA HAMIL

Kebanyakan wanita hamil mengalami “alahan mengandung” atau dikenali sebagai “morning sickness”. Tidak semua wanita hamil …

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: