BANYAK AIR DALAM OTAK

 

APA YANG MENYEBABKAN BANYAK CECAIR DALAM OTAK ORANG DEWASA?

 

brain

 

 

Hydrocephalus atau air pada otak, boleh berlaku di kalangan bayi dan juga orang dewasa. Apabila pesakit mengalami keadaan hydrocephalus, cecair dalam otak (yang disebut cerebrospinal fluid, CSF) bertambah banyak dan memberikan tekanan kepada otak. Ia seperti satu belon yang terus ditambah air, sehingga belon itu membesar.

 

Dalam kepala, tengkorak tidak akan membesar bila isipadu cecair bertambah, kerana tengkorak adalah tulang yang keras dan tidak boleh membesar. Jadi ia akan menekan pada otak yang bersifat lembut. Jadi apabila cecair dalam otak bertambah, maka tisu otak akan dihimpit dan boleh menyebabkan tisu-tisu otak ini mati.

 

Hydrocephalus berlaku apabila saluran yang mengalirkan CSF (‘cecair dalam otak’) di antara saraf tunjang dan otak menjadi tersumbat. Sebab lain apabila penyerapan cecair ini ke dalam tisu selaput terlalu perlahan berbanding dengan kadar pengeluaran cecair ini.

 

Pada bayi dan kanak-kanak selalunya ia disebabkan oleh masalah ‘kecacatan berlaku semasa dalam rahem’. Ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur apabila berlakunya pembentukan ketumbuhan (tumor) dalam otak atau terdapat luka-luka yang berlaku dalam sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) akibat kecederaan trauma, prndarahan dalam otak atau jangkitan kuman seperti jangkitan virus atau bakteria pada selaput otak.

 

Dalam satu keadaan lain, orang dewasa mungkin mengalami tekanan dalam otak yang normal walaupun mempunyai banyak air (hydrocephalus) terutama apabila berlakunya pendarahan di dalam otak akibat aneurysm yang pecah.

 

Aneurysm adalah benjolan seperti balon yang terbentuk dalam saluran darah. Apabila tekanan dalam saluran terlalu tinggi (selalunya disebabkan tekanan darah yang tinggi), ia boleh pecah seperti mana belon pecah apabila ia dipam terus dengan udara ke dalamnya.

 

Tekanan dalam otak yang normal walaupun  terdapat banyak air, boleh juga disebabkan oleh jangkitan kuman dan kecederaan trauma. Maknanya kecederaan trauma dan jangkitan kuman, tidak semestinya menyebabkan tekanan otak bertambah (walaupun isipadu air meningkat).

 

Sesetengah pesakit yang baru menjalani pembedahan kepala craniotomy dan 5% pesakit nyanyuk (dementia) boleh juga mengalami banyak air, walaupun tekanan dalam otaknya normal.

 

‘Cecair dalam otak’ yang banyak boleh menyebabkan rasa sakit kepala, gangguan penglihatan dan selalu mengalami ‘sukar tidur’ di waktu malam sebab rasa sakit kepala. Pesakit juga mungkin mengalami kesukaran dengan keseimbangan tubuh. Rasa seperti melayang dan tidak dapat berjalan atau berdiri dengan tegak, sebab rasa mahu rebah. Kebolehan berfikir, untuk focus terhadap tugas yang diberi dan daya ingatan (fungsi kognitif) juga mungkin terganggu.  Kadang kala mereka mengalami rasa keinginan untuk kerap buang air kecil.

 

 

Wallahu a’lam

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!