PCOS DAN RAHEM TERBALIK

 

“Assalamualaikum Doktor. Saya Sabirah. Berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Saya telah didiagnos mempunyai PCOS dan juga mengalami retroverted uterus. Saya juga ada membaca dari blog-blog mengenai kedua penyakit ini. Namun saya mempunyai sedikit kemusykilan mengenai kedua penyakit ini.

1) adakah PCOS berhubungkait dengan retroverted uterus?

2) adakah retroverted uterus berhubungkait dengan masalah usus/penghadaman?

Untuk makluman doktor, saya juga mempunyai masalah sembelit dan kembung perut yang berpanjangan.

Jujurnya setelah membaca pelbagai cerita di blog, saya rasa seolah-olah hidup saya sampai disini sahaja. Majlis perkahwinan yang bakal berlangsung juga saya rasa nak batalkan. Saya betul-betul perlukan pencerahan dan motivasi. Harap doktor mampu memberikan pencerahan.

Sekian, Terima Kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

Saya harap cikpuan tidak berputus asa dengan ujian yang diberikan kepada puan. ALLAH memberikan ujian pada orang yang disayangiNYA untuk diberikan lebih banyak pahala dan kebaikan.

Maka sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan. (Al Insyiraah: 5).

Saya pasti jika cik puan bersungguh-sungguh berdoa dan berusaha untuk berubat, dengan izinNYA masih puan akan selesai dan penyakit puan akan sembuh.

Berbalik kepada pertanyaan puan. Sebelum itu saya berikan penerangan dulu mengenai rahem terbali dan PCOS, agar cik puan dan pembaca yang lain memahami keadaan ini.

RAHIM TERBALIK 2

Rahem terbalik ialah kedudukan rahem yang condong ke belakang. Kebiasaannya kedudukan rahem yang normal mencondong ke hadapan. Mengikut kajian, dianggarkan sebanyak 20% wanita mempunyai kedudukan rahem yang condong ke belakang. Ia disebut sebagai sebagai ‘tipped uterus’, ‘retroverted uterus‘ atau ‘tilted uterus‘.

 Ada dua pendapat yang mengaitkan ‘rahem terbailk’ dengan dengan kesukaran untuk hamil. Ada yang berpendapat ia mengganggu kesuburan dan ada yang mengatakan ia tidak mengganggu kesuburan. Ini bermakna, rahem terbalik bukanlah factor utama bagi seorang wanita yang mengalami masalah kesukaran untuk hamil.

Saya belum pernah membaca mana-mana penulisan dalam journal yang mengaitkan rahem terbalik dengan PCOS. Berkemungkinan ia berlaku secara kebetulan. Bermakna seorang wanita yang mempunyai kedudukan rahem terbalik, boleh mengalami PCOS dan ada yang tidak mempunyai masalah PCOS.

PCOS

PCOS (Polycystic ovarian syndrome) juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur, tiada ovulasi (tiada telur wanita yang dikeluarkan untuk disenyawakan) , kitaran haid yang tidak menentu (selalunya haid yang berpanjangan dan kadang kala banyak), sukar untuk hamil, obesiti, gangguan metabolisme (yang menyebabkan kandungan gula dan kolesterol menjadi tinggi).

Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetic dan keradangan yang kronik dalam tubuh.

PCOS 2

PCOS didiagnosa dengan pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan hormone dalam darah.

Namun begitu, melalui pemeriksaan fizikal dan sejarah perubatan, selalunya doctor boleh mengesyaki seorang wanita boleh mengalami PCOS apabila:

  1. Telah berkahwin melebihi 2 tahun tetapi belum pernah hamil, walaupun suami tinggal sekali dalam satu rumah. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi sukar untuk hamil lagi selepas itu setelah berat mereka bertambah secara mendadak selepas melahirkan anak.
  2. Kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang tidak teratur bermakna lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid. Terdapat juga yang yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti.
  3. Gemuk. Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah PCOS. Selalunya peningkat berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin atau selepas melahirkan anak. Ini menyebabkan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur wanita (ovum) tidak dikeluarkan dari ovari.
  4. Tumbuh Rambut. Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut. Kebanyakan mereka mempunyai rambut tumbuh lebat pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki (androgen) dalam tubuh wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini.

Rahim terbalik (retroverted uterus) tiada kaitan dengan masalah usus dan penghadaman. Selalunya wanita yang mempunyai masalah PCOS, mereka mempunyai masalah berat badan yang berlebihan. Inilah yang menyebabkan mereka mengalami masalah penghadaman, seperti kembung perut, sembelit dan rasa tidak selesa pada bahagian abdomen.

Saya menasihatkan puan agar berjumpa doktor pakar puan bagi membincangkan masalah puan agar rawatan yang sempurna dapat diberikan.

Selalunya bagi pesakit saya, saya akan bantu mereka mengurangkan berat badan sekurang-kurangnya 10kg dalam masa 3 bulan dengan memberikan beberapa petua pemakanan dan suplemen.

Antara suplemen yang saya cadangkan ialah Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM dan Ekstrak Cucurmin/Kunyit (Prozaid). Selain itu boleh amalkan beberapa suplemen antioksida seperti Vit C dan E yang boleh didapati di farmasi.

Wallahu a’lam.

 

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!