Perlukah makan ubat cirit-birit?

PERLUKAH MAKAN UBAT CIRIT-BIRIT?
 
“Salam doktor. Mereka yang mengalami keracunan makanan biasanya mengalami cirit birit. Saya ada terbaca ia adalah salah satu cara badan mengeluarkan toksin. Adakah ia benar ? Jika ia benar adakah masih perlu pengambilan ubat untuk menahan cirit birit atau apakah ubat yang biasa diberi dr untuk masalah keracunan.”
 
WA ALAIKUM MUS SALAM
 
Muntah, cirit-birit dan rasa demam selalunya berlaku selepas 3 jam seseorang individu mengambil makanan yang tercemar. Seseorang itu tidak akan bangun pukul 2-3 pagi (ketika kita sedang lena tidur) untuk ke tandas membuang air besar. Ia mununjukkan tanda awal yang kita mengalami cirit birit, berkemungkinan keracunan makanan.
 
 
Ya betul, tubuh kita akan cuba mengeluarkan toksin atau kuman yang dicernakan dari dalam system penghadaman kita dengan cuba membuang najis yang tercemar dengan toksin ini. Ini akan menyebabkan cirit-birit.
 
 
Ia adalah proses pertahanan tubuh yang normal kerana toksin ini harus dikeluarkan dari tubuh dengan kadar yang segera. Namun ia menyebabkan ketidakselesaan dan tubuh kita akan menjadi lemah.
 
 
Pengambilan ubat-ubatan bagi mencegah cirit-birit ini haruslah mendapat nasihat doctor dan ahli farmasi. Menghalang toksin yang keluar mungkin berbahya pada tubuh. Dalam masa yang sama kita perlu mendapat kelegaan dari rasa sakit perut dan lemah badan akibat cirit-birit.
Doktor akan menilai keadaan pesakit dan memberikan nasihat terhadap penggnaan ubat untuk cirit-birit ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!