Boleh suntik ubat penahan sakit dua kali dalam sehari?

BOLEH SUNTIK UBAT PENAHAN SAKIT DUA KALI DALAM SEHARI?
 
 
 
 
” Salam doktor, ibu saya jatuh di bilik mandi. Bila saya bawakan ke klinik, doktor memberikan suntikan penahan sakit. Rasa sakit telah berkurang tetapi ibu saya masih tidak mampu menahan kesakitan. Bolehkah saya bawa ke klinik semula untuk satu lagi suntikan? Jika tidak boleh disuntik, bilakah tempoh perlu djarakkan dengan tarikh suntikan yg pertama tu. Mohon pencerahan. Terima kasih”
 
 
WA ALAIKUM MUS SALAM
 
 
Sebenarnya tiada bezanya sama ada disuntik atau dimakan melalui mulut (untuk ubat berbentuk tablet, kapsul atau cecair).
 
 
Ubat yang disuntik lebih cepat masuk ke dalam sistem tubuh kita, berbanding dengan ubat yang dimakan. Suntikan ke dalam saluran darah (intravenous) lebih cepat dari suntikan ke dalam otot (intramuscular).
 
 
Masa yang diambil untuk voltaren memberikan kesan sebagai penahan sakit bergantung kepada cara penggunaannya. Jika ia dimakan, ia mengambil masa 2-4 jam, dimasukkan melalui dubur (suppository) mengambil masa 1 jam dan melalui suntikan intramuscular mengambil masa 30 minit.
 
 
Untuk menjawab sama ada boleh disuntik semula atau tidak, ia bergantung kepada apa jenis ubat yang diberikan dan berapa dos maksima yang boleh diberikan dalam sehari.
 
 
Sebagai contoh, maksima dos ubat adalah 150mg bagi orang dewasa. Jika seorang dewasa diberikan suntikan Voltaren (diclofenac)- selalu dos diberikan antara 75mg sekali suntik di otot punggung, jadi maksima suntikan voltaren 75mg adalah 2 kali sehari.
 
 
Jika diberikan sekali saja, ibu puan boleh menyambung rawatan mengurangkan sakit dengan mengambil ubat tablet (dos 50mg dalam satu tablet) 2 kali dalam sehari.
 
 
Jadi berbincanglah dengan doktor yang merawat ibu puan untuk mendapat kepastian.
 
 
Wallahu a’lam.
 

Leave a Reply

error: Content is protected !!