Artikel Terkini

KESAN USIA PADA KESUBURAN WANITA

KESAN USIA PADA KESUBURAN WANITA Secara amnya, seorang wanita mempunyai kira-kira satu hingga dua juta folikel (kelompang yang mengandungi ovum-telur perempuan) di dalam ovari ketika dilahirkan. Apabila menghampiri akhil baligh, bilangan folikel akan berkurangan kepada 30000-500000 sahaja. Apabila berusia 20-40 tahun, bilangan folikel berkurangan kepada 1000 folikel sahaja pada setiap kitaran haid. Namun hanya kira-kira 400-500 folikel saja yang akan matang. Pada masa yang sama, tahap kesuburan wanita akan berkurangan selepas mencapai usia 30 tahun. Pada usia 51 tahun, hanya kira-kira 1000 folikel yang masih berada dalam ovari. Pengurangan kuantiti folikel yang mengandungi telur perempuan ini sebagai “penyusutan rizab ovari.” …

Read More »

PENYAKIT GINJAL YANG KRONIK

Buah pinggang atau ginjal ialah sepasang organ yang penting untuk tujuan perkumuhan (membuang bahan-bahan toksik atau yang berbahaya dalam tubuh) melalui air kencing. Selain itu ianya juga berfungsi: Membuang cecair yang berlebihan dari badan. Mengawal tekanan darah. Mengawal asid dalam darah. Mengawal mineral di dalam darah. Menghasilkan hormon untuk pembentukan sel darah merah (erythropoietin) dan active vitamin D, untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Di Malaysia dianggarkan 2300 pesakit baru dikesan mengidap kegagalan ginjal setiap tahun. Dianggarkan juga seramai 70% mendapat rawatan di pusat rawatan hemodialisis manakala 30% lagi mendapat samada rawatan CAPD atau rawatan hemodialisis di rumah. Masalah …

Read More »

BAHAYAKAH DEMAM ANAK SAYA?

Jika tidak kerana niat illahi ta’ala, tentu saya di antara doktor yang paling kecewa bila berhadapan dengan ibu bapa yang ‘gemar’ membawa anak mereka ke klinik. Setiap kali ke klinik, pasti mahukan ubat-ubat yang ada kalanya tidak perlu. Jika tidak diberi, akan berbantah pula dengan doktor. Ini bukanlah satu tindakan ibu bapa yang baik. Ibu bapa mungkin keliru tentang penyakit. Mereka mungkin melihat penyakit dari segi gejala saja, sedangkan doktor melihat gejala penyakit dengan mencari punca. Antara gejala yang menjadi kebimbangan ibu bapa ialah gejala demam. Demam hanyalah gejala (symptom) bagi penyakit. Oleh kerana ia bukan penyakit, tidak semua gejala …

Read More »
error: Content is protected !!