“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”
Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.
Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor.
Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih mudah mengalami masalah ini kerana perubahan hormone yang menyebabkan penghasilan lebih banyak lendiran (mucous) terutama di saluran pernafasan, terutama hidung dan tekak.
Saya tidak menggalakkan pengambilan ubat ketika hamil, namun jika masalah alahan ini sangat mengganggu rutin seharian, pengambilan claritune hydrochloride 10mg tidak dapat dielakkan lagi.
U.S. Food and Drug Administration (FDA), badan yang mengawal penggunaan ubat-ubatan di Amerika Syarikat, telah memasukkan ubat ini ke dalam kumpulan B, iaitu ubat yang selamat diambil semasa hamil kerana tiada menunjukkan kemudaratan pada bayi dalam rahem dalam ujikaji yang dilakukan ke atas haiwan dalam makmal, walaupun kajian yang lengkap mengenai risiko sebenar belum dilakukan sepenuhnya.
Oleh itu para doctor dinasihatkan agar tidak memberikan ubat Zyrtec kepada wanita yang hamil kecuali jika doctor berpendapat bahawa manfaat yang bakal diterima lebih besar dari risiko yang bakal diterima.
Secara amnya, saya sendiri amat berhati-hati untuk memberikan sebarang ubat kepada wanita yang hamil, teruatamanya ketika berada di awal kehamilan.
Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: