Artikel Terkini

MEMILIH MAKANAN YANG SIHAT DAN SEIMBANG KETIKA HAMIL

Kehamilan adalah detik terindah yang sangat bermakna. Bermula saat menjalankan ujian kehamilan sendiri sehingga disahkan doktor diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan. Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi yang bakal lahir bukan saja cukup sifat, tetapi sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan dan pemakanan yang sempurna perlu dimulakan sejak di dalam kandungan lagi. Malah, pasangan yang merancang memiliki cahaya mata pertama disaran mengambil asid folik tiga bulan sebelum kehamilan bagi memastikan bayi mendapat zat lengkap ketika dalam kandungan. Ini kerana ada kajian menunjukkan ibu yang tidak mendapat penjagaan dan rawatan sempurna semasa hamil …

Read More »

ALAHAN MAKAN SOTONG?

Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya. Beberapa hari yang lepas, saya dimasukkan ke wad hospital kerana mengalami kegatalan seluruh badan seperti gegata. Doktor di sana mengesyaki saya mengalami alahan pada sotong yg dimakan sebelum tu. Saya ingin dapatkan pencerahan drp doktor, benarkah jika sebelum ni mknn laut mmg boleh dimkn tanpa apa-apa alahan, tetapi pada suatu masa nanti seseorang itu akan mgalami alahan pada mknn laut tersebut. Dan jika benar, adakah bermakna saya tidak boleh mkn mknn laut sampai bila2 atau dibolehkan dimkn dgn kadar yg sedikit saja. Sampai ke saat ini saya masih lagi belum mkn mknn laut tersebut kerana …

Read More »

PENDARAHAN DALAM AIR KENCING

Kencing berdarah disebut hematuria dalam istilah perubatan. Ada yang mengadu air kencingnya menjadi merah kerana terdapat banyak darah. Ada yang tidak menyedari mempunyai air kencing berdarah kerana terdapat hanya sedikit darah dan hanya diketahui dengan pemeriksaan air kencing. Darah dalam air kencing boleh berasal dari glomerular, iaitu struktur asas ginjal yang menapis darah dan menghasilkan air kencing. Selalunya ia menyebabkan sedikit darah yang berada dalam air kencing tanpa disedari oleh pesakit. Pendarahan ini juga boleh berasal dari struktur lain seperti saluran air kencing dan pundi kencing. Terdapat beberapa punca yang biasa berlaku. Antaranya jangkitan kuman ada pundi dan saluran kencing. …

Read More »
error: Content is protected !!