Artikel Terkini

SAKIT PADA ABDOMEN

SAKIT PADA ABDOMEN SEBAB-SEBAB SAKIT ABDOMEN Sakit perut atau sakit pada abdomen merupakan perkara biasa. Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan gejala bagi penyakit lain. Tanda-tanda yang mungkin dialami adalah seperti pedih ulu hati, perut kembung dan sendawa. 1. Sebab-sebab psychogenic Sakit yang dialami tetapi tidak disebabkan oleh sebarang penyakit. Ianya timbul mungkin akibat dari tekanan perasaan, kebimbangan dan kemurungan. Walau bagaimanapun, proses ini terjadi tidaklah diketahui. 2. Sebab-sebab functional Sakit ini terjadi disebabkan oleh perubahan fungsi organ akibat tindakbalas badan terhadap persekitaran. Contohnya: a) Penolakan tubuh terhadap laktosa (lactose intolerance) b) Senggugut (dysmenorrhoea) c) Sembelit d) Cirit-birit (diarrhea) 3. …

Read More »

MENINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN DENGAN PEMAKANAN

MENINGKATKAN SISTEM DAYA TAHAN DENGAN PEMAKANAN     Kebelakangan ini kita dibanjiri dengan corak pemakanan seperti orang Amerika. Ia dikenali sebagai Pemakanan Orang Amerika (American Style Diet). Pembinaan restoren-restoren makanan segera ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’. Ramai pakar pemakanan juga menamakan ia sebagai “American Dietary Disaster”. Ia adalah pemakanan yang berevolusi bagi memenuhi keperluan masyarakat bandar besar yang kononnya terlalu sibuk untuk menyediakan makanan. Jadi makanan-makanan ini bukan saja boleh dinikmati di restoren, tetapi boleh dimakan semasa memandu, sambil berjalan atau sedang berlari mengejar kenderaan awam yang mula bergerak. Jangan keliru dengan Traditional European Diet yang sangat bernutrisi. Ia bergantung …

Read More »

PENGENALAN KEPADA SUPER IMMUNITI

PENGENALAN KEPADA SUPER IMMUNITI Hari ini kita terdedah kepda jangkitan virus yang berbahaya berbanding dengan 50 tahun yang lepas. Kita sering berada di lapangan kapal terbang yang penuh dengan pengembara yang bercuti dari pelbagai negara. Kita terdedah kepada mereka yang membela pelbagai haiwan eksotik yang mempunyai pelbagai jenis virus yang kita tidak ketahui. Kita juga berbahadapan dengan fenomena kerintangan antibiotik yang mana kuman bakteria tidak lagi mudah untuk dimatikan. Dengan perubahan persekitaran, sosial dan nutrisi kita menghadapi keadaan di mana lebih ramai orang yang sakit dan lebih ramai pesakit yang sukar dirawat, berbanding dengan lima puluh tahun lepas. Penularan begitu …

Read More »
error: Content is protected !!