
PEDIH PERUT BILA MAKAN BAWANG PUTIH MENTAH
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Puan Ani dari Penang. Saya ada ambil bawang putih bakar untuk turunkan kesihatan. Cuma ada satu ulas yang tidak dibakar dengan sempurna. Pertanyaan saya, kenapa bila makan bawang putih mentah rasa pedih ulu hati. Bagaimana nak rawat pedih ulu hati? Terima kasih.”
*******
Waalaikumussalam
Makan bawang putih mentah boleh menyebabkan pedih ulu hati untuk sesetengah individu kerana ia mengandungi sebatian sulfur yang boleh merengsakan lapisan esofagus dan perut (gastritis) dan menyebabkan asid perut naik ke esofagus (reflux).
Ini boleh menyebabkan rasa pedih dan sakit di bahagian dada.
Untuk merawat pedih ulu hati, puan boleh mencuba beberapa cara berikut :
1. Elakkan makanan dan minuman yang boleh mencetuskan pedih ulu hati seperti makanan pedas, berlemak, dan minuman berkafein.
2. Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi lebih kerap.
3. Jangan berbaring atau tidur sejurus selepas makan.
4. Makan buah-buahan seperti pisang dan epal yang boleh membantu meneutralkan asid perut.
5. Sayur-sayuran hijau seperti brokoli dan kubis juga boleh membantu.
6. Pengamalan satu sudu minyak zaitun pagi dan malam sangat digalakkan untuk masalah gastritis dan GERD.
Ketika rasa pedih ulu hati, puan boleh dapatkan antasid boleh membantu meneutralkan asid dalam perut dan melegakan simptom pedih ulu hati.
Jika masalah ini berterusan atau semakin teruk, saya cadangkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#minyakzaitun
Jika inginkan Minyak Zaitun Olivie 30 Plus dan free gift satu tube UBAT GIGI GARAM BUKIT
https://www.needsvenue.com.my/products/olivie-plus30-extra-virgin-olive-oil

Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
