ANAK UMUR 10 TAHUN SERING DEMAM

 

ANAK UMUR 10 TAHUN SERING DEMAM

 

“Assalamualaikum. Anak saya berusia 10 tahun. Sering mengalami demam, batuk dan selsema. Selalu tidak hadir ke sekolah. Kerap ke klinik dan diberikan ubat batuk dan ubat selsema. Boleh cadangkan suplemen yang sesuai. Terima kasih.”

 

********

 

Waalaikumussalam.

 

Saya mencadangkan suplemen vitamin C, vitamin D dan Zink juga Minyak Ikan untuk meningkatkan kesihatan anak puan.

 

Vitamin C, vitamin D, dan zink memainkan peranan penting dalam kesihatan dan perkembangan kanak-kanak.

 

Vitamin C bersifat antioksidan yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan oleh radikal bebas. Ini bermakna sistem daya tahan akan meningkat.

 

Vitamin C juga menyokong pembentukan kolagen yang penting untuk tulang dan gigi.

 

Ia mempercepatkan proses penyembuhan luka.

 

Ia meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan, yang penting untuk mencegah anemia.

 

Sementara Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus, yang penting untuk tulang dan gigi yang kuat.

 

Ia menyokong fungsi sistem imun yang sihat, membantu melawan jangkitan bakteria dan virus. Ini menggandakan sistem daya tahan jika diambil bersama vitamin C.

 

Zink pula penting untuk pertumbuhan sel dan pembaikan tisu.

 

Ia meningkatkan fungsi sistem imun, membantu melawan jangkitan virus dan bakteria.

 

Ia mempercepatkan penyembuhan luka dan membantu dalam pembentukan protein dan DNA.

 

Minyak ikan mengandungi asid lemak omega-3 (DHA dan EPA) meningkatkan fungsi kognitif, daya ingatan, dan proses pembelajaran.

 

Ia bersifat anti-inflamasi dan antioksidan untuk memperkuat sistem imun kanak-kanak, membantu mereka melawan jangkitan, selsema dan demam dengan lebih berkesan.

 

Omega-3 dalam minyak ikan juga menyokong pertumbuhan tulang yang sihat, membantu dalam penyerapan kalsium dan mengurangkan risiko penyakit tulang seperti riket.

 

Pengambilan nutrien-nutrien ini melalui diet yang seimbang adalah penting untuk memastikan kanak-kanak mendapat manfaat penuh untuk kesihatan dan perkembangan mereka.

 

Namun begitu boleh ambil dari suplemen IMMUNEEDZ dan Minyak Ikan.

 

Ambil sebiji setiap satu selepas makan.

 

Semoga menjawab soalan yang ditanyakan.

 

#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#minyakikan
#immuneedz

 

 

PENJIMATAN YANG LEBIH DENGAN PEMBELIAN SET.

SET ANAK SIHAT
✔️ 1 botol Immuneedz Tablet Vitamin C
✔️ 1 botol NV Fish Oil

Normal price: RM105 (Tak termasuk pos)
Promo Price : RM97 (Tak termasuk pos)
SAVE RM8!!

📲 ORDER NOW!
https://www.needsvenue.com.my/products/-set-anak-sihat-1-unit-immuneedz-vit-c-1-unit-fish-oil-500mg

Leave a Reply

error: Content is protected !!