Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi ada wanita yang mengalami kitaran yang pendek dan panjang tetapi masih lagi normal jika kitaran haidnya antara 21 hingga 35 hari.
Dalam kitaran haid yang berlaku selama 28 hari, fasa yang berlaku ialah:
Hari 1-7
Dalam masa ini berlaku fasa pengeluaran darah haid. Sebaik-baiknya pada hari pertama haid, setiap wanita menadakan pada kalendar bagi tujuan merancang keluarga sama ada mahu hamil atau mengelakkan kehamilan.
Hari 7-14
Dalam masa ini dinamakan fasa follicular di mana tahap hormon estrogen meningkat dalam tubuh seorang wanita. Pada rahem wanita, dinding rahem akan menebal bagi persediaan untuk hamil. Ovum dalam ovari pula mematangkan diri untuk dikeluarkan ke saluran fallopian bagi tujuan persenyawaan.
Hari 14
Pada masa ini proses ovulasi bermula di mana telur ovum dikeluarkan dari ovari. Dalam pada masa yang sama hormon Luteinizing (LH) akan meningkat dalam darah. Telur ovum yang disenyawakan dengan sperma teurun ke rahem melalui fallopian tube semantara telur ovum yang tidak disenyawakan akan mati.
Hari 15-28
Fasa ini dinamakan fasa luteal atau fasa secretory. Pada masa ini hormone progestrone dikeluarkan untuk menrangsangkan penebalan dinding rahem. Jika tiada persenyawaan berlaku, tahap hormon ini akan menurun dan menyebabkan dinding rahem akan runtuh dan mengalami pendarahan hai pada hari pertama kitaran haid.
WALLAHU A’LAM
Kacip Fatimah formulasi IBD UTM boleh membantu menstabilkan kitaran haid.
Boleh klik gambar di bawah:
