KEMATIAN REMAJA LELAKI DI PADANG BOLA

Hari ini 9 September 2024, kita dikejutkan dengan berita seorang budak lelaki berusia 14 tahun di Kajang, Selangor, meninggal dunia selepas rebah ketika bermain bola sepak.

Autopsi mendapati budak tersebut mengalami komplikasi jantung dan asma.

Jadi saya menasihatkan ibu bapa, atau penjaga atau guru agar tidak memaksa anak-anak yang tidak sihat untuk bermain secara agresif di padang dalam masa yang lama.

Terutama ketika musim panas yang mana kanak-kanak dan remaja mudah mengalami dehidrasi akibat kurang minum air.

Mereka yang sedia ada penyakit jantung dan paru-paru agar lebih berhati-hati.

Bawa segera untuk pemeriksaan doktor jika mereka mengadu tidak sihat.

Bagi mereka yang kerap tidak sihat atau berulangkali tidak sihat, buatlah pemeriksaan yang lebih lanjut kerana pemeriksaan biasa tidak mungkin dapat mengesan penyakit yang mereka hadapi.

Bawalah untuk pemeriksaan paru-paru dan jantung kerana organ-organ ini mungkin mengalami masalah fungsi sejak kecil (bayi).

Jadi mudahlah kita menangani keadaan apabila anak-anak ini tidak sihat.

Jadi tidaklah kita terus menerima jika pemeriksaan asas di pusat kesihatan atau klinik dikatakan kanak-kanak atau remaja itu sihat atau normal.

Dan tiba-tiba pada suatu hari mereka rebah ketika bermain dan terus meninggal dunia.

Pihak polis pun ambil maklum kejadian seperti ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Semoga kita’ dapat mengambil pengajaran dari peristiwa ini.

#HealthDrZubaidi
#remajarebah
#remajameninggal dunia

Jika berminat untuk mendapatkan IMUNEEDZ dan MINYAK IKAN NV untuk merawat batuk, selsema dan demam kanak-kanak dan remaja, boleh dapat di

https://www.needsvenue.com.my/products/-set-anak-sihat-1-unit-immuneedz-vit-c-1-unit-fish-oil-500mg

Leave a Reply

error: Content is protected !!