Artikel Terkini

MENGATASI BAU BADAN

Masalah bau badan (bromhidrosis), adalah masalah yang kronik akibat pengeluaran peluh secara berlebihan oleh dua jenis kelenjar pada kulit kita, iaitu kelenjar ekrin dan kelenjar apokrin. Ini menyebabkan kulit menjadi lembap dan menggalakkan pembiakan bakteria. Kelenjar ekrin mengeluarkan peluh masin ke permukaan kulit dan ia tidak berbau. Ia berada di permukaan kulit seluruh tubuh kita. Kelenjar apokrin lebih banyak pada ketiak, celah paha, kemaluan dan kulit kepala yang merembeskan cecair berminyak dan ia tidak berbau. Bau yang tidak menyenangkan ini berlaku apabila terdapat aktiviti bakteria yang menghasilkan gas ammonia, asid butirik dan asid formik yang mengeluarkan aroma busuk dan tidak …

Read More »

PENGAMBILAN BIJIRAN PENUH MEMBANTU MENGAWAL TAHAP GULA, KOLESTROL DAN TEKANAN DARAH

Pesakit metabolik yang kronik dapat mengawal penyakit mereka dengan lebih baik jika mereka mengambil lebih banyak bijiran penuh dalam pemakanan mereka. Saintis di Jean Mayer USDA Human Nutrition Research Center on Aging di Tufts University, Amerika Syarikat mendapat orang dewasa yang makan bijiran penuh sekurang-kurangnya tiga kali sehari dapat mengurangkan keboroian perut (ukur lilit pinggang), tahap gula dan kolestrol dan tekanan darah selepas 4 bulan. Dengan ini mereka dapat mencegah dari mendapat serangan sakit jantung dan serangan stroke. Kajian ini diterbitkan dalam Journal of Nutrition. Mengikut Panduan Pemakanan Amerika Syarikat 2020 – 2025, kita digalakkan mengambil tiga kali hidangan bijiran …

Read More »

DOS ASID FOLIK BERLEBIHAN BOLEH MELEMAHKAN SISTEM DAYA TAHAN

“Assalamualaikum, doktor. Saya membaca satu penulisan dalam journal yang mengatakan pengambilan asid folik sebanyak 5mg boleh menyebabkan tahap Natural Killer Cell menjadi rendah. Saya tiada masalah kesihatan dan merancang untuk pregnant, saya ambil 5mg folic acid. Adakah dose ini berlebihan?. Terima kasih.“ WALAIKUMUSALAM Pengambilan asid folik adalah selamat bagi wanita yang merancang untuk hamil, sedang hamil dan yang sedang menyusukan anak. Boleh dapatkan di farmasi. Cuma jangan ambil secara berlebihan atau overdose. Kecuali atas arahan doktor kerana mungkin ada pemantauan yang dijalankan. Dos yang biasa diambil adalah 500 microgram atau 0.5 mg. Bagi wanita yang hamil, yang merancang untuk hamil …

Read More »
error: Content is protected !!