“Hamil lagi..??!!”
“Ish abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak”.
Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu.
“Doktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.” keluh si isteri.
“Maaf puan, saya tak buat pengguguran bayi. Saya takut dosa. Lagi pun perkara ini sepatutnya boleh dielakkan kalau puan dan suami merancang. Lainlah kalau kehamilan puan mengancam nyawa..”
“Habis macam mana doctor?”
“Teruskan saja kehamilan ini. Jika puan rasa berat untuk membesarkannya kerana tekanan ekonomi, saya boleh bantu dengan mencari ibu bapa angkat untuk anak puan nanti”
“Tapi saya masih menyusukan anak…” dia membantah.
“Tidak ada masalah. Sepanjang pengetahuan saya kehamilan puan yang lepas adalah normal. Insya Allah puan boleh meneruskan penyusuan dan kehamilan pada masa yang sama..”
Mukanya masam ketika meninggalkan saya. Itulah sahaja yang mampu saya lakukan, memberikan secebis nasihat.
Ramai ibu yang hamil walaupun masih lagi menyusukan bayi mereka yang masih kecil. Insya Allah mereka akan melahirkan anak yang sihat tanpa masalah. Penyusuan sebegini tidak perlu dihentikan asalkan ibu mendapat rehat dan nutrisi yang cukup.
“Doktor, saya masih menyusukan anak. Sudah 7 bulan saya tidak datang haid. Bagaimana saya dapat mengagak bahawa saya hamil. Orang kata bila menyusukan anak, kita tidak boleh hamil.”
Saya selalu mendapati ramai wanita yang salah faham. Saya ada menuliskan tentang kehamilan dan amalan menyusukan anak dalam blog saya.
https://drzubaidi.com/blog/?p=853
Secara amnya jika seseorang wanita yang baru melahirkan anak, dan telah kedatangan darah haid, maka beliau telah memasuki fasa kesuburan semula.
Jadi janganlah hairan jika seorang wanita hamil semula setelah mula melakukan jima’ bersama suami. Apabila wanita itu mengalami kelewatan haid, maka segeralah melakukan ujian UPT atau ultrasound untuk mengesahkan kehamilan.
Namun ada juga wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak tetap, selepas melahirkan anak. Jika berasa letih, sakit pada payudara, rasa loya dan muntah, bolehlah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan.
Selain itu ibu yang menyusukan mungkin juga mengalami tanda kehamilan apabila mengalami kekeringan dan sakit pada puting payudara secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun ia bukanlah tanda kehamilan yang pasti.
Bagi wanita yang mendapat nutrisi yang cukup dan rehat yang diperlukan, tentu tidak ada masalah untuk menyusukan anak dan hamil dalam masa yang sama. Doktor akan monitor pertambahan berat badan wanita hamil setiap kali datang untuk pemeriksaan antenatal bagi memastikan mereka cukup nutrisi yang diperlukan.
Bayangkan menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak dari tubuh wanita itu. Dicampur dengan kehamilan pula, yang mana setiap makanan yang diambil oleh ibu akan dikongsikan bersama anak dalam rahem. Anak kecil pula sedang aktif dan perlu dipantau aktivitinya menyebabkan wanita ini kepenatan. Ditambah lagi dengan kepenatan akibat pekerjaan di tempat kerja. Sungguh mujahadah wanita-wanita ini.
Kadangkala ibu hamil yang menyusukan anak akan merasa sakit perut akibat pengecutan rahem (uterine contractions) namun ia tidak merbahaya. Ini kerana badan mengeluarkan hormone oxytocin ketika menyusukan bayi, bagi menggalakkan pengeluaran susu dan dalam pada masa yang sama menyebabkan rahem mengecut.
Namun rahem hanya akan mengecut sepenuhnya oleh hormone oxytocin selepas umur kehamilan 37 minggu. Jika wanita itu sihat dan kehamilannya tidak bermasalah, maka penyusuan tidak akan menyebabkan pengecutan rahem secara berlebihan.
Doktor tidak menggalakkan penyusuan jika kehamilan itu mempunyai masalah seperti :
- mengalami sakit perut yang terlalu kuat atau terdapat pendarahan dari vagina
- pernah mengalami kelahiran anak pra matang
- pernah mengalami keguguran ketika hamil
Ini kerana wanita ini mempunyai rahem yang sangat sensitif terhadap hormone oxytocin, dibimbangi penyusuan akan menyebabkan banyak hormone itu akan dikeluarkan dan merangsang rahem untuk mengecut.
Ada wanita yang mengadu pengeluaran susu semakin berkurang apabila kehamilan memasuki usia 5-6 bulan. Selain itu payu dara akan mengeluarkan semula susu awal kolostrum untuk bayi yang bakal dilahirkan.
Oleh kerana kuantiti susu semakin sedikit dan rasa susu kolustrum agak berlainan, ramai anak-anak yang menyusu ini telah mengurangkan penyusuan mereka. Pemakanan mereka harus digantikan dengan makanan lembut yang berkhasiat.
Nasihat Pemakanan
Bagi ibu yang bekerja dan terpaksa menjaga anak yang sedang membesar, mungkin berasa penat ketika pulang ke rumah. Kepenatan sebegini akan mengurangkan pengeluaran susu. Mereka memerlukan tenaga yang banyak untuk bekerja, dan melayan anak yang sedang membesar ketika pulang dari rumah. Selain itu mereka juga memerlukan lebih tenaga untuk pengeluaran susu dan membesarkan anak yang berada dalam rahem.
Wanita yang hamil memerlukan lebih kurang 200-400 kalori tambahan untuk bayi dalam rahem dan jika menyusukan anak bilangan kalori yang lebih diperlukan iaitu antara 600-800 kalori tambahan dalam sehari. Ia harus diambil dalam pemakanan seimbang pada waktu yang kerap dan mengandungi daging, susu, karbohidrat dan sayur-sayuran.
Jika tidak, wanita itu akan berasa lemah kerana mereka baru saja menghabiskan nutrient yang disimpan semasa kehamilan yang lalu dan terpaksa menghabiskan lagi baki simpanan nutrient untuk kehamilan seterusnya di samping untuk penghasilan susu.
Pemakanan mereka harus kaya dengan zat besi, folic acid, kalsium dan vitamin D bagi tumbesaran bayi dalam rahem dan pengeluaran susu. Jika tidak, mereka harus mengambil supplemen berbentuk pil bagi menampung keperluan ini.
Pastikan cukup rehat ketika kehamilan berusia beberapa bulan pertama dan beberapa bulan terakhir, sebelum melahirkan. Kalau mampu mintalah bantuan jiran atau saudara bagi menjaga anak kecil yang aktif untuk beberapa jam agar dapat berehat.
Wallahu a’lam.
Susunan : Dr Zubaidi Hj Ahmad (270811)
Rujukan:
- Merchant K et al (1990) “Materal and fetal responses to the stresses of lactation concurrent with pregnancy and of short recuperative intervals”. Am J Clin Nutr 52:280-88.
- Mohrbacher N & J Stock (1997) “Breastfeeding Answer” Book, Revised Edition. La Leche League International.
- Moscone SR & MJ Moore (1993) “Breastfeeding during pregnancy”. J Hum Lactation 9(2), 83-88.
- Neville MC & MR Neifert (1983) “Lactation: physiology, nutrition and breast-feeding”. Plenum Press.
- Newton N & M Theotokatos (1973) “Breastfeeding during pregnancy in 503 women: does a psychobiological weaning mechansim exist in humans?” Emotion and reproduction 20B:845-849.
doc..mohon untuk share info di atas boleh ker??
Assalamualaikum,
Ingin bertanya soalan.
Saya mempunyai anak berusia 1 th 9 bulan dan dia masih menyusu badan. Pada bulan June 2012, sy melahirkan seorang lg bayi yg mana sekarang sudah berusia 4 bulan (fully breastfeed)
Soalan sy, adakah sy masih boleh teruskan penyusuan utk anak sulung sy? Semasa sy mengandung memang sy teruskan penyusuan, cuma sekarang sesekali sy masih menyusukan dia selepas adiknye menyusu atau semasa adiknye sedang tidur.
salam saya nk tnye…
anak saya sekarang dah berumur 2 tahun 2 bulan…dan saya telah merancang untuk anak kedua sejak 6 bulan lepas tetapi masih x de rezeki lagi…saya dah buat pemeriksaan doktor di klinik dan tiada sebarang masalah.soalan saya…boleh tak saya ambik pil kesuburan clostilbegyt 50mg(clomid)?dan bagaimanakan cara pengambilannya?sebiji sehari pada hari ketiga haid atau mcmana?
mohon pandangan
salam saya nk tnye… anak saya sekarang dah berumur 2 tahun 2 bulan…dan saya telah merancang untuk anak kedua sejak 6 bulan lepas tetapi masih x de rezeki lagi…saya dah buat pemeriksaan doktor di klinik dan tiada sebarang masalah.soalan saya…boleh tak saya ambik pil kesuburan clostilbegyt 50mg(clomid)?dan bagaimanakan cara pengambilannya?sebiji sehari pada hari ketiga haid atau mcmana? mohon pandangan
dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Saya telah membaca email puan dan bersimpati. Jika kitaran haid puan normal, saya percaya puan masih muda dan subur. Cara terbaik untuk puan ialah dengan mengira HARI SUBUR.
terima ksih atas jawapan dari psoalan saya tempoh hari.utk makluman dr kitaran haid saya normal setiap bulan dan saya juga telah mengira hari subur mengikut tunjuk ajar dr di klinik tp masih gagal utk hamil lagi(setahu saya hari subur seseorang itu ialah hari ke 14 kitaran haid)…jadi boleh x sekiranye saya ambik pil kesuburan clostilbegyt 50mg(clomid)?dan bagaimanakan cara pengambilannya?sebiji sehari pada hari ketiga haid atau mcmana?umur saya 27 berat 55 dan tinggi 154
assalamualaikum doktor…
saya masih menyusukan anak saya yang ketiga … sampai berkelahi nak minum susu badan ni… saya dah tau bahawa tiada kesan buruk sekiranya ibu masih menyusukan bayi… tetapi.. ayat yang saya terbaca … sekiranya ibu pernah mengalami pendarahan semasa bersalin atau halim.. buat saya konfuse…
anak ketiga saya dilahirkan secara bedah kerana saya mengalami plasenta privia tahap 3 sebelum ini… itu yang menjadi kemusykilan saya..