TIPS MEMILIH BRA KETIKA HAMIL
“Salam doctor. Saya hamil 20 minggu. Saya banyak membaca dan ada yang menyatakan bahawa kita harus menukarkan bra yang sesuai. Benarkah? Mohon pencerahan. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Semasa hamil, akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara seseorang wanita. Pada masa itu payudara sedang membina lebih banyak tisu-tisu untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu.
Ia persediaan awal bagi menyediakan payudara untuk menyusukan anak setelah melahirkannya kelak.
Pemakaian bra semasa hamil haruslah digalakkan kerana ia memberi sokongan pada payudara untuk mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur terutama pada wanita yang mempunyai payudara yang besar.
Masa yang sesuai untuk memakai bra hamil adalah berbeza dari seorang wanita ke wanita yang lain bergantung kepada payudara yang dimilikinya dan tidak ada masa yang tetap bagi setiap orang.
Bagi wanita yang mempunyai payudara yang kecil, pembesaran payudara sudah tentu mengambil masa yang lama iaitu pada hujung usia kehamilan, sementara pembesaran payudara bagi wanita yang sedia mempunyai payudara yang besar, tentunya bermula pada awal kehamilan.
Pada amnya payudara akan mula bersedia menghasilkan susu pada pada usia kehamilan 16 minggu, dan inilah masanya mencari bra hamil, jika belum mula memakainya.
Bra yang digunakan sebelum hamil mungkin tidak lagi sesuai dan mendatangkan ketidakselesaan.
Untuk mendapatkan ukuran dan saiz bra hamil yang tepat, ikut cara berikut:
A. MENGIRA UKUR LILIT DADA
- Cari ukuran lilit dada menggunakan unit inci. Ambil pita pengukur dan ukur pada dada betul-betul di bawah payudara. .
- Tuliskan ukuran dada. Untuk mendapatkan ukuran dada yang paling tepat, bulat bilangan nombor itu. Kemudian tambah 5.
- Sebagai contoh, jika bacaan ukuran dada adalah 29.5 inci, bulatkan kepada nombor yang terdekat yang terdekat, iaitu 30. Kemudian tambah 5 inci, bermakna ukuran dada sekarang ialah 35 inci.
B. MENGIRA UKUR LILIT DADA TERMASUK PAYUDARA
- Ukur payudara dengan mengambil pita pengukur dan lilitkan dada dan payudara pada bahagian terbesar dari buah dada anda.
- Catatkan ukuran lilit dada dan payudara dalam unit inci. Untuk mendapatkan saiz cawan (cup) yang betul, bulatkan number tersebut pada nombor bulat yang terdekat.
- Sebagai contoh, jika nombor yang diukur adalah 27.5 inci, maka ukuran tadi menjadi 28 inci.
C. MENGIRA CUP SAIZ BRA
- Kirakan saiz bra cawan (cup) bagi payudara. Ambil ukuran dada yang telah direkodkan dan tolakkan dari ukuran dada bersama payudara tadi untuk saiz cup bra yang sesuai dipakai. Catatkan hasilnya.
- Sebagai contoh, bacaan ukur lilit dada yang telah ditambah 5” ialah 35” sementara bacaan ukurlilit dada dan payudara ialah 28”. Perbezaan keduanya adalah 7”.
- Cari cup bra yang sesuai mengikut formula di bawah.
Perbezaan | Saiz cup bra |
0 – 1/2 inci | AA |
1/2 inci – 1 inci | A |
2 inci | B |
3 inci | C |
4 inci | D |
5 inci | DD atau E |
6 inci | DDD atau F |
7 inci | G |
8 inci | H |
9 inci | I |
10 inci | J |
Ukur saiz payudara setiap 2 hingga 3 minggu semasa hamil untuk memastikan puan memakai saiz bra yang betul. Semasa hamil payudara akan berkembang dengan cepat dan puan mungkin perlu menukar saiz coli beberapa kali.
Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: