SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT

“Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”.

 

 Jawapan:

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula.

 

Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar.

 

Bayi yang diberi susu ibu tidak mungkin untuk mendapatkan sembelit. Susu ibu menghasilkan najis yang sentiasa lembut, walaupun bayi yang telah tidak dilakukan membuang air besar untuk beberapa hari.

 

Saya berpendapat, untuk masalah sembelit ini, selalunya semua susu formula memberikan kesan yang sama. Jika puan menukarkan jenama susu formula lain, masalah sembelit tetap akan memberikan masalah.

 

Cuma saya mencadangkan puan memberikan lebih banyak susu kepada anak kerana bayi yang mendapat cukup ceceair dalam pemakanannya akan mudah untuk buang air besar.

 

Puan tidak perlu mencairkan susu formula, tetapi lebih kerap berikannya. Memberikan air masak (air kosong) pada bayi tidak digalakkan kerana jika terlalu banyak memudaratkan bayi.

 

Jika anak puan mengalami masalah sembelit untuk 3 hari, puan boleh berikan ubat lactulose setelah mendapat nasihat doctor.

 

Wallahu a’lam.

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!