BAYI BANYAK AIR LIUR MELELEH

 


“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya, apa yang menyebabkan bayi berumur setahun mengalami air liur yang banyak meleleh? Sejak usia 7 bulan, air liurnya sentiasa meleleh sehingga membasahi baju. Mengapa ini berlaku dan bagaimana cara untuk mengatasinya? Terima kasih”.

 

Waalaikumussalam.


Bayi biasa mengalami air liur yang meleleh.

 

Namun jika ia berlebihan, ia mungkin disebabkan oleh pertumbuhan gigi.


Jangan bimbang kerana ini perkembangan normal bayi puan kerana belum mempunyai kawalan penuh terhadap otot-otot di sekitar mulut.

Ini mungkin juga disebabkan oleh masalah menelan. Sesetengah bayi mungkin menghadapi kesukaran untuk menelan air liur dengan betul.


Terdapat beberapa nasihat untuk mengatasi masalah ini.

1. Pastikan kebersihan pada bayi. Sentiasa lap air liur bayi untuk mengelakkan iritasi kulit yang boleh menimbulkan ruam.

2. Gunakan bib (tuala kecil di leher) untuk membantu menjaga pakaian bayi sentiasa kering.

Jika air liur berlebihan berterusan atau disertai dengan gejala lain, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

 


Tiada ubat atau suplemen yang spesifik untuk masalah ini.


Selalunya ia akan menjadi lebih baik bila semakin bertambah usia.


Semoga menjawab soalan yang ditanya.


#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#airliur
#bayi
#immuneedz

 

 


Untuk meningkatkan sistem daya tahan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas bagi mengelakkan demam, batuk dan selsema, boleh dapatkan IMMUNEDZ.

https://www.needsvenue.com.my/products/immuneedz-60-s-vitamin-c-chewables-

Leave a Reply

error: Content is protected !!