Kesan penuaan pada kulit muka adalah berpunca dari radiasi cahaya ultraviolet dan jumlah sel-sel melanin pada kulit seseorang yang semakin berkurangan. Kesan cahaya matahari juga boleh merosakkan DNA dalam sel-sel kulit secara lansung. Radiasi ultra ungu ini menyebabkan kerosakan pada kolagen kulit dan mengganggu penghasilannya dalam lapisan kulit. Walau bagaimana pun hal ini dapat dkurangkan jika seseorang itu mengambil anti oksidan yang boleh mencegah kesan penuaan kulit dan membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit seseorang. Ia harus diambil dalam bentuk pil dan sapuan.
Read More »Tag Archives: hospital
SUPLEMEN ANTIOKSIDA UNTUK KESIHATAN MUKA
Pengambilan Vitamin C amat membantu mencegah masalah penuaan kulit akibat sinar matahari ini kerana Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang kuat. Ia melindungi sel-sel kulit dan tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang datang dari radiasi UV cahaya matahari. Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathion dan L Carnitine. Apabila keanjalan kulit berkurangan, maka kulit akan menjadi berkedut, kusam, berjeragat, kendur dan kelihatan tua. Vitamin C membantu menjadikan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah, berseri, mengurangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit akibat terdedah …
Read More »VITAMIN C UNTUK KESIHATAN KULIT
Pengambilan vitamin C melalui sumber makanan seperti buah-buahan (oren, jambu batu, kiwi, mangga, epal) dan sayur-sayuran (sawi, bayam, kangkung, cili) adalah amat penting dan patut diamalkan setiap hari. Pengambilan suplemen Vitamin C tambahan juga boleh diamalkan dengan dos sehingga 1000mg sehari untuk mendapat kesan yang terbaik mencegah penuaan kulit. Tiada kesan sampingan yang merbahaya dengan pengambilan vitamin C yang berlebihan kerana sifat vitamin ini yang larut air menyebabkan ianya mudah disingkirkan dari tubuh jika berlaku lebihan. [IKLAN] Klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Nutriforte Non Acidic Vitamin C bagi meningkatkan immuniti tubuh badan KONSULTASI BERSAMA DR …
Read More »MINUM AIR UNTUK KESIHATAN KULIT
Minum air secukupnya adalah satu faktor yang amat penting untuk mengekalkan keremajaan kulit. Semakin meningkat usia seseorang, semakin berkurangan kebolehan kulit untuk menyimpan air dan mengekalkan kelembapan. Walaupun kita bekerja dalam pejabat berhawa dingin, kehilangan air banyak berlaku akibat kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Kesannya, kulit akan kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. Minumlah air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan air bersoda dan bergas. Kurangkan pengambilan kopi dan teh berlebihan yang menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering. Saya juga mencadangkan sapuan DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai …
Read More »KULIT MUKA TUA SEBELUM MASANYA
“Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya 28 tahun dan belum berkahwin. Tetapi ramai yang kata umur saya sudah masuk 35 dan macam sudah ada anak. Saya macam tak percaya, tapi kawan-kawan saya cakap perkara yg sama. Apakah puncanya doktor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Penuaan pada kulit adalah proses semula jadi apabila umur kita semakin meningkat. Namun terdapat banyak faktor yang memainkan peranan, sama ada kulit wajah kita lebih tua dari umur sebenar. Inilah yang cuba kita elakkan. Biarlah wajah kita menggambarkan umur kita, bukannya umur kita baru 28 tahun tapi kulit wajah sudah kelihatan berkedut, kusam, kering dan tidak …
Read More »KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT
KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT Bila berada di luar rumah, radiasi ultraviolet, mempengaruhi kesihatan kulit wajah kita. Kulit berfungsi melindungi tubuh dari radiasi UV. Jika kulit terdedah pada jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit tidak mempunyai daya tahan diserang penyakit, dan mempercepatkan proses penuaan. Radiasi UV dari cahaya matahari akan merosakkan kulit, akhirnya menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut. Masalah penuaan kulit ini boleh dilihat sebagai kedutan, garis halus, kulit mengendur (sagging and laxity), tona kulit tidak sekata, masalah jeragat (pigmentasi), kulit kelihatan kasar dan berkuping, kulit menipis dan mengendur, kekeringan kulit, kedutan kasar (deep …
Read More »HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS
HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS Dandanan muka yang sempurna bermula dengan kulit yang sihat. Oleh itu, penting memilih produk penjagaan kulit yang tepat dan sesuai untuk mendapat kulit wajah yang sihat adalah penting. Bagi wanita yang agak sibuk, dan tidak sempat menggunakan produk penjagaan kulit setiap hari secara berterusan, mereka perlu menggunakan produk yang sempurna dan sangat asas. Ini akan menjadikan kulit akan kelihatan, lebih sihat, lembut, kering dan tidak berjerawat, walaupun tidak menggunakan sebarang make-up. Saya mencangkan produk kecantikan yang mempunyai bahan Hyaluronic Acid yang berfungsi secara efektif untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit, mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan hitam …
Read More »DOCLAB MEMPUNYAI SERUM HYALURONIC ACID UNTUK KESIHATAN MUKA
Dalam dunia kosmetik, salah satu unsur yang telah dibuktikan secara saintifik, dan sangat memberikan manfaat dan selamat digunakan ialah hyaluronic acid. Ia adalah pelembap yang terbaik dan sangat sesuai bagi kulit yang sensitif, dan bagi wanita yang hamil. Sebenarnya, hyaluronic acid sudah berada dalam tubuh secara semulajadi. Oleh itu ia tidak menyebabkan tindakbalas alahan kepada pengguna. Ia banyak terdapat pada kulit. Ia berfungsi untuk mengekalkan kekenyalan kulit. Oleh itu ia bertindak secara berpasangan dengan kollagen untuk mengekalkan kekenyalan dan kelembapan kulit, agar ia sentiasa kelihatan muda. Dalam industri kosmetik, hyaluronic acid, dapat dihasilkan dengan dua cara, melalui proses kimia dan secara natural. Kedua-dua …
Read More »KULIT BERNANAH SELEPAS GUNA PRODUK KOSMETIK
“Salam doktor. Saya ada masalah kulit. Kulit saya mengalami masalah bernanah selepas 2 minggu saya gunakan satu produk kecantikan. Pada mulanya kulit saya menjadi bersih, tertapi kemudian menjadi ruam. Baru beberapa hari ini timnul pada jerawat seperti nanah pada muka saya. Adakah ia disebabkan oleh produk tersebut?” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya produk kecantikan tersebut mengandungi merkuri. Wanita yang memakai produk pemutihan kulit yang mengandungi merkuri, tidak akan mengalami masalah jerawat kerana lapisan kulit epidermis telah rosak. Kulit yang rosak tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran matahari dan …
Read More »MENGALAMI RUAM SETELAH MAKAN ROTI
MENGALAMI RUAM SETELAH MAKAN ROTI “Salam doktor. Saya baru-baru ini disahkan mengalami masalah alahan pada produk gluten. Doktor kata saya tidak boleh mengambil produk makanan yang kaya dengan glute. Boleh doktor beritahu apakah penyakit alahan gluten itu?” WA ALAIKUM MUS SALAM Gluten adalah campuran protein yang terdapat dalam gandum dan bijirin. Ia memberikan keanjalan pada kuih dan donut, meningkat dan mengekalkan bentuknya. Gluten adalah gabungan dua protein gliadin dan glutenin, dan ia bergabung dengan kanji dalam endosperm (biji benih) pelbagai bijirin. Ia adalah …
Read More »Tanda ubat kuat lelaki mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL
“Salam doktor, bagaimana mahu mengetahui satu produk kuat untuk lelaki itu mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL” WA ALAIKUM MUS SALAM Caranya mudah. Antara tandanya ialah: 1. Ia harus diambil beberapa jam sebelum mengadakan hubungan intim. Pengguna akan merasakan selepas beberapa jam, kesan ereksi dapat dirasakan. 2. Kesan ereksi ini juga datang bersama sakit kepala, hidung berair, leher rasa tegang (tidak selesa) dan rasa lemah (akibat tekanan darah turun secara mendadak) 3. Tanpa menggunakan ubat kuat ini ereksi tidak berlaku. Akhirnya berlaku penggantungan terhadap ubat. 4. Semakin lama ia tidak berkesan lagi seperti dulu. Pengguna memerlukan dos yang lebih kuat. Akhirnya …
Read More »MINYAK KELAPA DARA UNTUK KANAK-KANAK MENGURANGKAN SEMBELIT
“Assalamualaikum doktor. Saya mahu bertanya soalan tentang anak saya yang mengalami sembelit. Dia berumur 3 tahun lelaki. Baru ini kami pergi ke klinik dan doktor beritahu usus dia ada banyak najis yang melekat. Saya ingin tahu adakah Minyak Kelapa Dara boleh dicampur dalam air oren, milo, atau susu? Najis yang mlekat tu boleh ditanggalkan tak?” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya najis anak puan mungkin mengeras. Jadi pergerakan dalam usus agak perlahan. Puan boleh meningkatkan pengambilan air dalam pemakanan anak puan. Bagikan banyak jus buah (bukan kordial), air mineral atau air susu. Berikan banyak buah-buahan. Boleh juga campurkan 3ml Minyak Kelapa Dara …
Read More »Tip untuk ulser mulut dan lidah
TIP UNTUK ULSER MULUT DAN LIDAH Ulser mulut memang menyakitkan dan adakalanya agak sukar untuk sembuh. Ia bergantung kepada lokasi ulser mulut dalam rongga mulut ini, dan sering mengganggu keupayaan kita untuk makan dan bercakap. Bagi yang mahu mencuba bahan-bahan natural, saya mencadangkan menggunakan madu dan minyak kelapa. Madu adalah sebagai pelembap semula jadi. Ia membantu mengekalkan kelembapan dan mencegah dehidrasi. Ia juga membantu mengurangkan parut dan mempercepatkan proses pertumbuhan tisu baru. Ia jika berkebolehan sebagai anti-mikrob yang dapat mempercepatkan penyembuhan ulser mulut dengan lebih cepat. Caranya ialah sapukan sedikit madu pada ulser mulut atau campurkan sedikit dengan kunyit yang …
Read More »Kisah penjual tempe
KISAH PENJUAL TEMPE Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari… Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri. Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab …
Read More »Sabar mengharungi kehidupan
SABAR MENGHARUNGI KEHIDUPAN Sepasang pengantin baru yang sangat miskin tinggal di ladang yang kecil. Mereka ini masih muda. Pada suatu hari si suami membuat cadangan berikut kepada isterinya. “Sayang, saya akan meninggalkan rumah ini. Saya akan mengembara jauh, untuk mencari pekerjaan dan bekerja keras supaya dapat memberikan kamu kehidupan yang selesa yang selayaknya kamu dapat. Saya tidak tahu berapa lama saya tinggal jauh dari kamu, cuma satu yang saya pinta, tunggu kepulangan saya, dan sepanjang kepergian saya, kamu harus setia kepada saya, kerana saya akan setia kepada kamu.” Isterinya bersetuju, jadi pemuda itupun pergi. Dia jalan berhari-hari sehingga …
Read More »Bentuk sperma yang cacat, sukar hamil
BENTUK SPERMA YANG CACAT MENYEBABKAN SUKAR HAMIL “Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga. Saya telah bertunang dan akan mendirikan rumahtangga. Saya dan tunang agak terbuka dalam membincangkan hal perkawinan kami. Baru-baru ini tunang telah melakukan pemeriksaan airmani, kerana beliau agak risau dengan tabiat onani beliau. Analisis air mani beliau menunjukkan dia mempunyai morfologi sperma tidak normal. Apa yang perlu saya buat, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan airmani adalah pemeriksaan yang dilakukan bagi menentukan tahap kesuburan seorang lelaki. Ibarat menanam pokok, sungguh pun tanah yang subur dicampakkan benih yang tidak berkualiti, benih itu hanya akan …
Read More »Kuman Streptococcus Gallolyticus Penyebab Kanser Kolon
KUMAN STREPTOCOCCUS GALLOLYTICUS PENYEBAB KANSER USUS Pembiakan kuman Streptococcus gallolyticus (nama baru bagi kuman bakteria S. bovis biotype I) dalam usus telah dibuktikan menyebabkan kanser usus besar (kanser kolon). Dalam satu kajian mendapati terdapat banyak kuman ini di kalangan pesakit kanser kolon, berbanding dengan individu yang sihat. rujuk: Ahmed SA, Rand RH, Layla KM, et al. Investigation into the controversial association of Streptococcus gallolyticus with colorectal cancer and adenoma. BMC Cancer 2009; 9: 403-2407-9-403. Oleh itu makanan yang mengandungi probiotic sangat bagus untuk mereka yang berisiko tinggi. Antaranya ialah Sakan Jabeen yang mengandungi gabungan 4 jenis cuka …
Read More »Kesan ubat turun darah pada bayi dalam rahem
KESAN UBAT TURUN DARAH PADA JANIN/BAYI YANG DALAMRAHEM “Salam doktor maaf saya bertanya, kalau saya ada makan ubat turun haid iaitu sunolut tetapi masih tidak datang haid. Bila saya cek UPT, rupanya saya hamil. Adakah merbahaya kepada kandungan saya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak pernah menggalakkan wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu untuk ambil Sunolut. Sonulut biasanya diberikan kepada wanita yang tidak datang haid, agar darah haid dapat dikeluarkan. Oleh itu ia dikenali sebagai “ubat turun haid”. Saya percaya sonolut menyebabkan kitaran haid menjadi lebih teruk kerana ‘gangguan’ hormon sintetik ini. Sunolut adalah adalah hormon progestrone sintetik …
Read More »Onani tidak berbahaya?
ONANI ATAU MELANCAP TIDAK BERBAHAYA? Saya membaca satu blog. Admin blog yang mengikuti satu seminar kesihatan, memetik jawapan dari sebuah soalan yang ditanya oleh peserta seminar. Peserta itu bertanyakan tentang kesan beronani secara berlebihan, adakah aktiviti yang dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan. Pakar perubatan memberitahu bahawa beronani itu wajar dan normal kerana dalam satu kajian, didapati antara 70-90% orang lelaki melakukan onani. Saya berpendapat bahawa beronani bukanlah amalan yang sihat dan bukannya amalan yang normal. Orang yang mengalami ketagihan onani harus mencuba menghentikan amalan ini kerana ia memberikan kesan jangkamasa panjang di mana kepuasan seksual HANYA didapati dari …
Read More »Adakah Ultrasound Bahaya Pada Bayi Saya?
ADAKAH PEMERIKSAAN ULTRASOUND UNTUK KEHAMILAN SELAMAT? “Salam. Saya selalu ke klinik untuk membuat pemeriksaan untuk kehamilan saya. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound, setiap kali saya ke sana. Adakah pemeriksaan ultrasound itu bahaya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan ultrasound telah digunakan dalam pemeriksaan ibu hamil beberapa dekad, dan sehingga tiada bukti yang mendapati pemeriksaan ini boleh menyebabkan kecacatan atau komplikasi kehamilan. Banyak kajian yang menunjukkan pemeriksaan ultrasound boleh menyebabkan pertambahan atau pengurang berat badan, kanser pada kanak-kanak, masalah disleksia atau pendengaran. Secara peribadi saya berpendapat pemeriksaan ultrasound harus dilakukan oleh seorang doktor yang berpengalaman dan menggunakan mesin ultrasound yang baik. Ini kerana …
Read More »ADAKAH CYST SAYA BOLEH BERTUKAR MENJADI KANSER?
“Salam, doktor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya telah menjalani pemeriksaan pada bahagian pelvis, ujian darah dan juga imbasan ultrabunyi (ultrasound) abdomen. Doktor memberitahu yang saya mempunyai ovarian cyst. Adakah cyst ini bahaya ? Mohon pencerahan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Puan jangan terlalu bimbang. Ovarian cyst atau bahasa kita disebut sista pada ovari adalah gelembung yang mengandungi cecair pada kilang ovari. Ramai yang menyangka ia adalah kanser ovari. Sebenarnya tidak.Kebanyakan ovarian cyst ini bukanlah ketumbuhan kanser. Berita yang menggembirakan hampir semua sista ovari ini akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, sebahagian …
Read More »Adakah Normal Mengalami Keputihan Semasa Hamil?
KEPUTIHAN SEMASA HAMIL “Adakah normal mempunyai keputihan yang berlebihan semasa hamil?” WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang hamil, apabila mengalami keputihan yang berlebihan, ia adalah suatu yang biasa dan normal. Selalunya sebelum hamil, wanita kerap mengalami lendiran yang berwarna jernih dan tidak berbau. Adakalanya akan kental seperti susu basi dan mempunyai sedikit bau. Ia adalah sesuatu yang biasa, selagi tidak menyebabkan kegatalan. Keputihan ini semakin banyak apabila mereka hamil, kerana semasa hamil terdapat peningkatan pengeluaran estrogen dan aliran darah ke kawasan faraj lebih banyak. Lendiran ini sebenarnya rembesan dari kelenjar di pangkal rahim dan faraj, dan terdiri juga dari sel-sel …
Read More »Gemuk Akibat Antibiotik yang Berulang
ANTIBIOTIK MENYEBABKAN KEGEMUKAN PADA KANAK-KANAK Kanak-kanak yang sering diberi ubat antibiotik yang berulang-ulang , mempunyai risiko untuk menjadi gemuk, menurut saintis Amerika Syarikat. Dalam penerbitan sebuah journal perubatan terkenal, The JAMA Pediatrics melaporkan kanak-kanak yang diberikan ubat antibiotic lebih empat kali pada usia 2 tahun mempunyai risiko 10% yang lebih lebih tinggi untuk menjadi gemuk. Tetapi para saintis memberi tahu tidak semestinya kanak-kanak yang diberikan antibiotik akan menjadi gemuk. Hanya mempunyai risiko yang lebih tinggi. Jadi tidak perlu risau memberikan kanak-kanak yang sakit ubat antibiotic, jika keadaannya memerlukan ubat tersebut. Pemberian ubat antibiotic yang berulang ini …
Read More »PENDARAHAN KETIKA 28 MINGGU KEHAMILAN
“Salam, doktor. Saya sedang hamil 28 minggu. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya perasan ada pendarahan dari faraj?” WA ALAIKUM MUS SALAM Puan sebaiknya buat pemeriksaan segera, walaupun pendarahan telah berhenti. Walaupun ia mungkin pendarahan yang sedikit, ia boleh menjadi tanda masalah yang serius. Ramai wanita yang hamil agak keliru dengan pendarahan yang mereka alami, kerana menyangka bahawa mereka sedang mengalami haid. Darah yang keluar, sama seperti darah haid, sama ada berwarna merah jambu ke merah darah ke coklat. Perbezaannya ialah darah haid adalah darah yang normal keluar setiap bulan, akibat perubahan hormone. Pendarahan semasa …
Read More »SEL DARAH MERAH YANG SEDIKIT, HB RENDAH
“Salam, doktor saya ingin bertanya pendapat dr. mengenai HB sy..pe mknn & minumn yg perlu utk sy naikkn hb tu..nk tahu juga supplement apa yg perlu sy ambil. Dr.skrg sy berasa sukar bernafas,pening n krg selera mkn..bacaan camni biasa/serius…dr klinik bg sy ubt tmbh drh”. WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda sukar bernafas, pening dan kurang selera adalah tanda puan mengalami kekurangan sel darah merah yang serius. Selalunya doktor akan memasukkan darah bagi menampung kekurangan darah merah dan membekalkan ubat untuk puan. Walau bagaimana pun, apa yang penting, doktor akan menyiasat punca kekuarangan sel darah merah puan. Jika tidak ia akan …
Read More »Bahaya Antibiotik dalam Daging Ayam
PENGGUNAAN ANTIBIOTIK DALAM INDUSTRI TERNAKAN 1.MENGAPA AMALAN ANTIBIOTIK DILAKUKAN OLEH PENTERNAK KEPADA HAIWAN TERNAKAN MEREKA. Memang benar bahawa penternak memberikan ubat-ubatan terutamanya antibiotik pada haiwan ternakan mereka. Namun kita harus ingat yang amalan sebegini memberikan kesan sampingan kepada manusia yang memakan daging haiwan ternakan ini. Apatah lagi jika ia diberikan secara berterusan dalam makanan dan minuman haiwan ternakan itu. Pemberian antibiotic ini dilakukan atas dua alasan: Mencegah penyakit berjangkit. Oleh kerana haiwan ternakan sering hidup dalam kumpulan yang besar, maka serangan bakteria kepada seekor haiwan boleh menyebabkan keseluruhan kelompok haiwan tersebut terdedah kepada bahaya penyakit. Ini boleh …
Read More »Haid Tidak Menentu Lepas Guna Postinor-2
KITARAN HAID TIDAK MENENTU SELEPAS GUNA POSTINOR -2 “Assalamualaikum doctor, Saya dan suami saya baru sahaja berkahwin dan saya tak bersedia lagi utk menimbang cahaya mata. Saya ada makan postinor-2 pada 9/9/2015 dan saya dapat haid saya pada 11/9/2015. Sepatutnya saya haid berikutnya pada 14/10/2015 tetapi tiada haid. Sekarang sudah 2 hari lewat. Saya tak makan postinor-2 pada 5/10/2015 itu. Yang saya ingat saya ada juga makan postinor-2 pada bulan berapa maaf saya tak ingat. kira kira jumlah yang saya makan pill postinor-2 adalah 2 kotak pada bulan yang berbeza. jika dia lap atau tidak adakah saya hamil? terima kasih …
Read More »Pedih Ketika Menyusukan Bayi
“Salam doctor, saya baru melahirkan anak berusia 2 bulan. Saya menyusukan anak. Masalah saya ialah saya berasa sakit ketika menyusukan anak saya, terutama di bahagian putting, sehingga sampai ke bahu rasa sakitnya. Saya telah berjumpa doctor. Doktor memberikan ubat penahan sakit dan antibiotic. Saya risau untuk mengambil ubat tersebut kerana anak saya masih menyusu. Mohon pandangan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, ia adalah saat yang mengujakan terutama bagi seorang wanita yang baru menjadi ibu. Ketika bayi menghisap putting dan susu dikeluarkan, hormon oxytocin juga mula meningkat dalam darah. Hormon ini bertujuan memperbanyakkan susu …
Read More »Sukar Hamil Anak Kedua
SUKAR HAMIL ANAK KEDUA Mengapa pasangan muda mengalami kesukaran untuk hamil mendapat anak kedua? Sedangkan sebelum ini sangat mudah bagi para isteri untuk hamil untuk kali pertama. Saya masih ingat, lima tahun lepas, seorang wanita pernah berjumpa saya. Dia membawa suaminya dan anak kecilnya yang berumur 3 tahun. Mereka agak lewat berkahwin. Dia sekarang berumur 36tahun sementara suami berumur 40tahun. Anak pertama juga agak lambat. Dia lahir setelah 3 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk mendapat anak kedua, malangnya mereka telah mecuba untuk hamil hamil tetapi tidak berjaya. Secara amnya, apabila si isteri pernah hamil dan melahirkan anak dengan normal, selalunya …
Read More »MENGAMBIL ASPIRIN KETIKA HAMIL
“Salam. Saya baru ini diberikan oleh doctor ubat aspirin. Mengikut pembacaan saya, aspirin ini boleh memudaratkan saya dan bayi dalam hamil, jika diambil ketika hamil. Mohon pandangan doctor. Terima kasih”. Aspirin mengandungi bahan aktif yang dinamakan ‘Acetylsalicylic acid’. Aspirin menghalang pengeluaran bahan yang menyerupai hormone dalam tubuh yang dinamakan “prostaglandin”. Prostaglandin berfungsi sebagai bahan yang merangsangkan rasa sakit, mengekalkan kekenyalan saluran darah dan menghalang pembekuan darah. Oleh itu aspirin diberikan untuk menghalang pembekuan darah dan mengurangkan rasa sakit dan keradangan. Jika puan tidak mempunyai masalah kesihatan yang mana doctor menasihatkan puan mengambil aspirin, saya mencadangkan agar puan tidak …
Read More »Sangobion untuk Pesakit Anemia
SANGOBION UNTUK PESAKIT ANEMIA Anemia atau kekurangan sel darah merah, adalah suatu keadaan di mana paras hemoglobin (Hb) adalah kurang daripada biasa. Ini biasanya berlaku apabila tubuh mempunyai kekurangan zat besi. Anemia bukan sahaja berlaku di kalangan orang dewasa, tetapi juga di kalangan kanak-kanak. Gejala anemia boleh menyebabkan rasa lemah, letih, letih dan lesu. Tanda lain termasuk rasa pening, dan kekurangan daya ketahanan buat sementara waktu. Ramai yang mengambil suplemen seperti Sangobion. Ia mengandungi Ferrous Glukonat, Mangan sulfat, dan Copper sulfat yang diperlukan untuk membentuk sel darah merah dengan cepat. Ia juga mengandungi Vitamin C, Vitamin B12 dan Asid …
Read More »Air kencing saya berbuih
AIR KENCING SAYA BERBUIH “Salam doctor, baru-baru ini saya perasan bahawa air kencing saya berbuih di mangkuk tandas. Ia ada sedikit berbau dan warnanya agak pekat. Adakah ia tanda berbahaya? Untuk pengetahuan doctor saya kerap ke Gymansium dan sekarang mengamalkan suplemen minuman berprotein tinggi. Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM. Air kencing terhasil dari proses yang berlaku dalam ginjal, di mana air akan ditapis dari saluran darah yang melalui ginjal dan kemudiannya dikumpulkan ke dalam ruang takungan di dalamnya. Semasa penapisan ini, banyak bahan-bahan toksik yang dibuang. Jika kandungan toksik dalam air kencing terlalu banyak, ia akan menyebabkan perubahan pada …
Read More »Q10 UBAT UNTUK MIGRAINE
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yang dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius. Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain. APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE? Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit …
Read More »PLATELET RENDAH KETIKA HAMIL
“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Anis, sedang hamil anak pertama 34 minggu dan baru-baru ini saya demam, batuk dan selesema. Saya ke hospital dan cek darah. Jumlah platelet sy 151 dan border line untuk kena denggi. So doktor masuk air dan hantar ke darah ke makmal untuk kali kedua. Bacaan platelet 155. Dua hari selepas itu saya diperiksa darah lagi dan bacaan platelet menurun lagi ke 134. Adakah keadaan ni merbahaya untuk saya dan baby dan macam mana untuk menaikkan bilangan platelet dalam darah. Combo test untuk denggi semuanya negative, tapi platelet rendah. Harap doktor dapat bantu saya. terima kasih.” …
Read More »Tidak Datang Haid Selepas Melahirkan Anak
TIDAK DATANG HAID SELEPAS MELAHIRKAN ANAK Salam doktor . Saya ingin bertanya, selepas melahirkan anak yang kedua pada bulan Mei 2011, saya diberikan suntikan pencegah kehamilan. Selepas suntikan itu, haid saya menjadi tidak menentu. Beberapa bulan selepas dicucuk, haid saya ada datang, tetapi selepas itu haid saya tidak datang langsung. Saya mengambil kaedah perancang kehamilan itu selama 2 tahun setengah. saya berhenti mengambilnya kerana ingin mendapatkan seorang anak lagi. Saya menunggu agak lama, iaitu setahun, sebelum saya hamil semula. Saya telah melahirkan anak pada Mei 2015 tetapi haid saya belum datang. Adakah ia normal atau disebabkan oleh kesan sampingan suntikan …
Read More »Tanda ubat rangsangan seks berbahaya
AWAS DENGAN PIL RANSANGAN SEKS ” Salam doktor. Saya lihat banyak produk kuat yang dijual secara berleluasa di internet, termasuk fb. Adakah ia selamat?” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai lelaki tidak mengetahui bahawa pil rangsangan seks dijual di psaran, hampir kesemuanya mengandungi bahan terlarang yang berbahaya Sildenafil dan Taladafil yang sepatutnya diambil dengan nasihat doktor. Bagaimana hendak tahu sama ada pil perangsang itu mengandungi bahan terlarang? 1. Tindak balasnya sangat cepat, dan selalunya diambil beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks bersama isteri. 2. Ada kesan sampingan, seperti: Sakit kepala Pening Rasa panas pada bahagian muka, leher dan dada Hidung tersumbat …
Read More »