Pengambilan Vitamin C amat membantu mencegah masalah penuaan kulit akibat sinar matahari ini kerana Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang kuat. Ia melindungi sel-sel kulit dan tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang datang dari radiasi UV cahaya matahari.
Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathion dan L Carnitine.
Apabila keanjalan kulit berkurangan, maka kulit akan menjadi berkedut, kusam, berjeragat, kendur dan kelihatan tua. Vitamin C membantu menjadikan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah, berseri, mengurangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit akibat terdedah pada cahaya matahari.
Bagi mengurangkan masalah ini, saya mencadangkan penggunaan Vitamin C dan DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai pelembap bagi mengurangkan kerosakan ini.
Produk DOCLAB KOREAN AMPULES dalam bentuk ampule, untuk sapuan kulit, mengandungi hyaluronik acid, yang mesra kulit termasuk kulit yang berminyak dan sensitif. Boleh digunakan pada wanita hamil.