Q10 UBAT UNTUK MIGRAINE

Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yang dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.

Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.

 

APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?

Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.

Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.

 

BAGAIMANA MIGRAINE ITU DIDIAGNOSA?

Selalunya doktor cuba mencari kemungkinan-lain lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat.  Tiada pemeriksaan makmal atau radiografi yang boleh mengesahkan seseorang individu itu mengalami migraine, kecuali:

1. Individu itu mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.

2. Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.

3. Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.

 

BAGAIMANA IANYA DIRAWAT ?

Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.

Bagi pesakit migraine yang jemu memakan ubat penahan sakit atau pesakit migraine yang bimbang kesan sampingan ubat yang dimakan dalam waktu yang panjang atau pesakit migraine yang tidak sembuh setelah mencuba beberapa kaeadah perubatan, saya mencadangkan agar mencuba mengalamalkan CoQ10 selama tiga bulan dengan dos yang dicadangkan 100 mg tiga kali sehari.

Oleh kerana CoQ10 adalah elemen yang dibina dalam tubuh, maka ia boleh dikatakan mesra tubuh apabila diamalkan sebagai suplemen. Ia boleh digunakan untuk mengelakkan sakit kepala untuk migraine untuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.

 

Boleh dapatkan CoQ10 di sini :

https://www.needsvenue.com.my/collections/vitamin-dan-minerals/products/coq10-50mg-60-s

 

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!