“Salam doctor, saya baru melahirkan anak berusia 2 bulan. Saya menyusukan anak. Masalah saya ialah saya berasa sakit ketika menyusukan anak saya, terutama di bahagian putting, sehingga sampai ke bahu rasa sakitnya. Saya telah berjumpa doctor. Doktor memberikan ubat penahan sakit dan antibiotic. Saya risau untuk mengambil ubat tersebut kerana anak saya masih menyusu. Mohon pandangan doctor. Terima kasih”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, ia adalah saat yang mengujakan terutama bagi seorang wanita yang baru menjadi ibu. Ketika bayi menghisap putting dan susu dikeluarkan, hormon oxytocin juga mula meningkat dalam darah. Hormon ini bertujuan memperbanyakkan susu dalam payudara dan ia juga akan memberikan satu pengalaman keibuaan yang menyenangkan.
Namun begitu ada juga ibu yang berasa pedih pada bahagian puting ketika menyusukan bayi. Pada peringkat permulaan ia sebahagian daripada pengalaman yang biasa. Namun jika rasa sakit ini berlarutan sehingga beberapa hari, maka ia mungkin sesuatu yang tidak normal. Pemeriksaan haruslah dilakukan, dibimbangi oleh menyebabkan jangkitan kuman pada putting dan masuk ke dalam payudara.
Apa punca puting pedih?
Ada beberapa sebab yang menjadi punca puting menjadi sakit. Antaranya ialah disebabkan teknik yang salah ketika menyusukan anak. Ramai ibu yang melekapkan bayi mereka ke payudara dengan cara yang salah. Bayi menghisap puting di dalam mulutnya, sehinggakan bayi ini adakalanya tergigit puting sehingga menjadikannya luka dan menyebabkan rasa sakit.
Cara yang betul ialah dengan memasukkan keseluruhan areola (bahagian berwarna gelap pada payudara) ke dalam mulut bayi, dan bukan setakat bahagian puting sahaja.
Jika berasa sakit ketika bayi puan menghisap putting, hentikan hisapan tersebut dengan meletakkan jari perlahan-lahan ke dalam bahagian tepi mulut bayi. Ini akan melepaskan puting dari mulut bayi. Kemudian pastikan bayi membuka mulut seluasnya dan masukkan ke seluruh areola ke dalam mulut bayi.
Jika puting kita mengalami pedih dan merekah atau berdarah, boleh sapukan minyak kelapa dara. Ia selamat walaupun dihisap oleh bayi. Boleh bersihkan bekas berminyak sebelum memulakan penyusuan yang seterusnya.
Jika tidak menyusukan, sapu minyak kelapa dara dan biarkan sedikit minyak pada bahagian areolar dan puting dan tidak perlu dibersihkan. Minyak kelapa dara ini bertindak sebagai pembunuh kuman dan memudahkan penyembuhan luka.
Punca pedih akibat jangkitan fungus
Rasa sakit pada puting ketika menyusukan juga boleh disebabkan oleh jangkitan fungus. Puting atau keseluruhan payudara menjadi merah dan merasa sakit.
Rasa sakit ini boleh digambarkan sebagai rasa terbakar, pedih dan ada kalanya rasa gatal yang keterlaluan. Rasa sakit ini tidak hilang walaupun tidak menyusukan bayi. Sentuhan sedikit pada puting juga menyebabkan rasa sakit.
Ramai ibu yang diberikan ubat anti-fungus untuk dimakan dan disapukan pada puting. Namun jika berasa bimbang terhadap kesan sampingan pada bayi, saya mencadangkan agar mengamalkan satu sudu minyak kelapa dara, dan sedikit minyak disapukan pada puting. Ini kerana minyak kelapa dara juga adalah antifungal.
Selain itu, puting mungkin mengalami masalah dermatitis yang menyebabkan rasa gatal dan kering.
Dalam keadaan ini minyak kelapa dara juga boleh digunakan sebagai pelembap.
Punca pedih kerana pemilihan bra yang tidak sesuai
Rasa pedih boleh juga disebabkan oleh penggunaan coli yang ketat atau lapik payudara yang tidak padan, sehingga memberi tekanan kepada bahagian puting. Lapik payudara yang tebal dan lapisan plastik pada coli juga menghalang kulit daripada pengudaraan dan memerangkap terlalu banyak lembapan sehingga puting menjadi luka atau dijangkiti kuman atau fungal.
Bagi mengelakkan masalah ini, belilah coli yang lebih besar atau lebih selesa. Gunakan lapik payudara yang diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi atau nipis bagi membolehkan pengudaraan. Jika bahagian puting merekah, sapukan saja sedikit minyak kelapa dara sebagai pelembap yang menyerap ke dalam puting dan payudara.
Minyak kelapa dara keluaran UTM boleh dibeli di sini
Wallahu a’lam.
[IKLAN]
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di S I N I
Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah: