Haid Tidak Menentu Lepas Guna Postinor-2

KITARAN HAID TIDAK MENENTU SELEPAS GUNA POSTINOR -2

postinor-2

“Assalamualaikum doctor, Saya dan suami saya baru sahaja berkahwin dan saya tak bersedia lagi utk menimbang cahaya mata. Saya ada makan postinor-2 pada 9/9/2015 dan saya dapat haid saya pada 11/9/2015. Sepatutnya saya haid berikutnya pada 14/10/2015 tetapi tiada haid. Sekarang sudah 2 hari lewat. Saya tak makan postinor-2 pada 5/10/2015 itu. Yang saya ingat saya ada juga makan postinor-2 pada bulan berapa maaf saya tak ingat. kira kira jumlah yang saya makan pill postinor-2 adalah 2 kotak pada bulan yang berbeza. jika dia lap atau tidak adakah saya hamil? terima kasih doc”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Postinor-2 mengandungi 750 micrograms hormone sintetik levonorgestre, yang menyerupai hormone progesterone.

Postinor 2 sebenarnya adalah pil penghalang kehamilan, dan bukan oul perancang keluarga yang sebenar. Ini kerana Postinor-2 hanya diambil dalam keadaan kecemasan saja.

Ia diambil dalam masa 72 jam selepas hubungan intim bersama suami. Selalunya pasangan yang tinggal berjauhan dan belum bersedia untuk mempunyai anak, mengambil pil ini, kerana si isteri tidak mengambil apa-apa kaedah perancang keluarga.

Apabila sesekali berjumpa, dan melakukan hubungan intim tanpa menggunakan kondom, pil Postinor-2 diambil bagi mencegah kehamilan.
Selain itu diambil apabila kondom yang digunakan mungkin tertanggal atau bocor. Atau dalam kes kejadian rogol.

Bagi wanita yang tinggal bersuami suami, pil Postinor-2 tidak digalakkan untuk digunakan kerana kesampingannya. Lebih elok gunakan pil perancang yang lain.

Dalam keadaan puan, puan telah mengambil postinor pada 9/9/2015. Kemudian puan mengalami pendarahan, yang puan sangkakan haid. Sebenarnya ia bukan haid. Ia adalah darah yang keluar dari rahem akibat penggunaan pil postinor.

Pil postinor-2 mengandungi hormone sintetik yang tinggi. Apabila puan mengambilnya, bermakna puan telah meninggikan kandungan hormone tersebut di dalam tubuh puan. Apabila puan telah menghabiskan pil tersebut, kandungan hormone itu menjadi rendah secara tiba-tiba. Ini menyebabkan pendarahan, serupa dengan pendarahan apabila seorang wanita lupa mengambil ubat pil perancang keluarga.

Selain itu ia menyebabkan haid puan yang sepatutnya datang 14/10/2015, tetapi tidak datang.

Ini adalah kesan sampingan yang biasa apabila seorang wanita mengambil pil tersebut. Haid akan datang agak lewat. Ia bukanlah tanda kehamilan. Jika puan melakukan ujian UPT, ia akan menunjukkan tanda negative.

Saya akan menasihati puan lebih berhati-hati apabila menggunakan pil Postinor-2 ini, kerana ia boleh menyebabkan kitaran haid menjadi tidak menentu pada waktu yang lama.

Bagi wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu saya mencadangkan Ekstrak Kacip fatimah diambil dengan Virgin Coconut Oil (VCO)

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda
IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di kedai online ini.

Leave a Reply

error: Content is protected !!