Darah haid berwarna coklat dan berketul-ketul

PERSOALAN DARAH HAID BERWARNA COKLAT DAN BERKETUL-KETUL

Seorang wanita mungkin mendapati bahawa darah haid beliau menjadi warna perang gelap atau hampir berwarna hitam apabila menghampiri hari-hari terakhir haid. Ini adalah satu perubahan warna yang normal. Ia berlaku apabila darah adalah lama, tidak dapat dikeluarkan dari rahem dengan cepat.

Jika darah haid ini (berwarna perang atau kehitaman) berlangsung hingga beberapa hari atau minggu melebihi hari kebiasaan haid, maka selalunya disebabkan oleh tahap hormon dalam badan yang tidak stabil. Ini tidak normal.

Lapisan endometrium yang gugur sebagai haid hanya keluar sedikit demi sedikit menyebabkan ia lambat berhenti.
Ini menyebabkan “darah haid” keluar agak lama, secara sedikit dan berwarna coklat. Jika darah haid keluar melebihi 15 hari, ia mungkin tidak dianggap sebagai darah haid lagi tetapi darah istihadah.

Ramai wanita kadang kala mengeluarkan darah beku dalam darah haid mereka. Ia tidak selalu berlaku. Ia berlaku sesekali. Darah beku yang keluar boleh berwarna merah terang atau merah gelap, dan kadang kalanya coklat. Adakah maknanya apabila terdapat banyak darah beku?

Kebiasaannya, darah kita tubuh kita akan mengeluarkan bahan anticoagulants (pencair darah) untuk mengelakkan pembekuan darah ini berlaku. Dalam keadaan di mana darah haid terlaku banyak, maka bahan anticoagulants ini tidak sempat untuk mencairkan darah, maka terbentuklah darah beku.

Oleh itu apabila ada darah beku, bermakna banyak darah haid yang dikeluarkan. Jika kelihatan pucat, lemah badan dan tidak berdaya, besar kemungkinan sel-sel darah merah yang berada di dalam tubuh tidak cukup bilangannya. Ia adalah tanda berbahaya.

Wallahu a’lam.

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di SINI

Leave a Reply

error: Content is protected !!