Artikel Terkini

BAHAYA DEGUPAN JANTUNG TIDAK SEKATA

Pernah perasan degupan jantung kita ada kalanya berdegup laju dan ada kalanya berdegup perlahan secara tidak sekata? Ia berbeza dengan keadaan apabila bila bersenam, degupan jantung laju kemudian menjadi perlahan ketika kita berehat. Degupan jantung yang tidak sekata menyebabkan seseorang itu rasa tidak selesa pada dada, rasa sukar bernafas dan menjadi resah. Sebenarnya mereka mungkin mengalami fibrilasi atrium (Afib) atau (AF), iaitu sejenis penyakit berpunca daripada degupan jantung tidak teratur (aritmia). Tidak ramai penduduk Malaysia yang mengalami masalah ini. Walaupun selalunya dialami oleh pesakit berumur 60 tahun, namun pola kesihatan sekarang menunjukkan ramai pesakit yang berusia 40an mengalaminya. Ia sangat …

Read More »

ADAKAH BISUL ITU BERBAHAYA?

Bisul berlaku apabila terdapat jangkitan kulit yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Bisul sebenarnya adalah nanah yang terkumpul pada permukaan bawah kulit. Ia disebabkan oleh kehadiran bakteria Staphylococcus aureus yang berkumpul pada liang rerambut pada kulit dan kulit mati yang menjadi media yang sesuai untuk kuman itu membiak. Mereka yang lebih berisiko mendapat bisul ialah mereka yang kurang menjaga kebersihan diri. terutama mereka yang mempunyai sistem imuniti badan yang lemah, kekurangan zat makanan dan pesakit diabetes. Bisul dirawat dengan penggunaan antibiotik yang bersesuaian. Doktor juga mungkin akan melakukan pembedahan kecil untuk mengeluarkan nanah. Bisul dapat dicegah dengan menjaga kebersihan diri dengan …

Read More »

PERBANYAK SUMBER MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN VITAMIN E DALAM MAKANAN

PERBANYAK SUMBER MINYAK IKAN OMEGA 3 DAN VITAMIN E DALAM MAKANAN Suplemen asid lemak Omega-3 dapat mencegah dan mempertahankan perkembangan penyakit osteoarthritis. Dalam satu kajian yang dilakukan oleh saintis di University of Bristol, United Kingdom, yang diterbitkan di journal Osteoarthritis and Cartilage, diet atau suplemen yang mengandungi omega-3 dapat merendahkan kebarangkalian mendapat penyakit osteoarthritis dan memperlahankan proses penyakit ini menjadi semakin teruk. Kajian itu memberitahu bahawa omega-3 menghalang kerosakan tulang rawan (cartilage) yang berfungsi menyerap hentakan ketika kita berjalan dan berlari. Bagi individu yang obese, berat badan yang berlebihan menyebabkan tulang ini menipis dan tidak dapat menghasilkan lendiran sendi (synovial …

Read More »
error: Content is protected !!