Tip untuk mereka yang kuat berpeluh

TIPS BAGI MEREKA YANG KUAT PELUH

“Salam doktor. Boleh beri tips untuk menguruskan peluh yang terlalu banyak? Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa berpeluh secara berlebihan itu bukanlah disebabkan oleh suatu masalah perubatan atau penyakit berbahaya.

Selain itu boleh gunakan semburan antiperspirant. Semak label produk sebelum membelinya bagi memastikan bahawa produk yang digunakan adalah “antiperspirant” dan bukan hanya deodoran.

Deodoran hanya akan mengelakkan dari bahagian yang berpeluh, terutamanya ketiak agar tidak berbau, tetapi ia tidak akan mengurangkan keadaan berpeluh secara berlebihan.

Bagi yang mengalami masalah berpeluh berlebihan, produk antiperspirant yang biasa mungkin tidak berkesan. Mereka harus mencari produk yang mempunyai  formula yang dilabel sebagai “clinical strength.”

Gunakan semburan antiperspirant ini sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum tidur  kerana amalan sebegini terbukti lebih berkesan dalam untuk mencegah peluh berlebihan. Jika berkesempatan menggunakannya sekali sehari, gunakanlah sebelum tidur dan bukannya pada waktu pagi.

Guna antiperspirant untuk pada kulit yang kering saja. Jika ketiak masih berpeluh atau baru saja keluar dari bilik mandi, keringkan dulu dengan tuala,  kemudian baru gunakan perspirant.

Jika kaki yang mengalami masalah berpeluh berlebihan, gunakan juga antiperspirant pada celah-celah jari-jari kaki. Jika muka yang mengalami masalah ini,  boleh semburkan antiperspirant sepanjang garis rambut, iatu antara rambut dan bahagian muka.

Selain itu boleh gunakan pakaian yang sesuai dan  yang mudah menyerap peluh. Pakaian yang diperbuat dari kain kapas selalunya menyerap kelembapan dan peluh dengan lebih baik. Pakaian yang longgar dapat menggalakkan peredaran udara dan mempercepatkan peluh menjadi kering.

Bagi wanita yang mengalami masalah ini, saya mencadangkan agar menggunakan  bra yang menyerap peluh atau pad tuala wanita bagi menyerap peluh di bahagian ari-ari dan kelengkang.

Pakai kasut yang longgar atau hanya menggunakan sandal supaya dapat dikeringkan dengan mudah. Elakkan memakai topi kerana haba dalam badan dikeluarkan dilepaskan melalui kepala. Jika memakai topi, badan tidak akan dapat melepaskan haba dengan sempurna dan boleh menyebabkan berpeluh yang berlebihan.

Lakukan beberapa perubahan gaya hidup. Hindarkan dari makan makanan pedas seperti lada merah, cili dan lada putih dan hitam kerana  boleh membuat kita berpeluh lebih. Elakkan juga makan bawang merah dan bawang putih berlebihan kerana ia boleh membuat bau peluh tidak menyenangkan.

Turunkan berat badan kerana ia dapat  mengurangkan jumlah peluh yang keluar.

Mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan pancuran (shower) dan sabun yang sesuai untuk menghapuskan bakteria yang menyebabkan bau badan.

Apabila berada di luar rumah, bawalah  tisu atau kain lap untuk mengelap peluh pada ketiak dan badan. Pastikan semburan antiperspirant sentiasa ada dalam beg untuk digunakan di saat kecemasan.

Akhir sekali, lakukanlah pemeriksaan doctor. Jika mengalami masalah berpeluh secara berlebihan sehingga pakaian menjadi basah, rasa malu untuk bersalaman atau mengalami bau badan, maka inilah masa untuk berbincang dengan doctor.

Doktor akan melakukan pemeriksaan darah bagi mencari punca penyakit yang menyababkan masalah ini.

Doktor akan cuba menggunakan  kaedah ‘iontophoresis ‘ iaitu  menggunakan arus elektrik yang rendah untuk menutup kelenjar peluh.  Selain itu suntikan botox juga boleh digunakan bagi melumpuhkan kelenjar peluh. Ia biasa diberikan pada ketiak, muka, tangan atau kaki.

Pembedahan adalah pilihan terakhir, menggunakan kaedah ‘Local Underarm Surgeryyang menggunakan bius suntikan kemudian memotong kulit bagi mematikan kelenjar peluh menggunakan laser.

Cara kedua ialah ‘Endoscopic thoracic sympathectomy’  di mana pesakit diberikan bius pengsan dan doctor akan memotong saraf dari tulang belakang yang merangsang peluh berlebihan.

Wallahu a’lam.

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!