LANGKAH MENGURANGKAN BERPELUH KETERLALUAN
“Salam doktor. Saya mengalami masalah berpeluh yang kuat. Saya tidak tahu apa masalahnya. Apa nasihat doktor untuk saya? Mohon bantuan doktor, terima kasih”
Sebenarnya berpeluh adalah proses biasa yang dialkukan oleh tubuh untuk mengekalkan suhu tubuh. Berpeluh dianggap berlebihan apabila ia menyebabkan seseorang individu merasa malu apabila berpeluh sehingga tidak terkawal. Sebagai contohnya apabila tapak tangannya berpeluh terlalu kuat, sehingga beliau malu untuk bersalaman dengan orang lain.
Berpeluh dianggap melampau apabila akibat perpeluhan itu baubadan seseorang itu telah berubah menjadi masam, bacin dan busuk. Ini akan menggangu orang disekeliling beliau dan menyebabkan beliau berasa malu.
Bagi remaja atau individu yang berusia awal 20an, berpeluh secara berlebihan, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon dalam tubuh. Masalah ini akan hilang dengan sendiri.
Namun bagi individu yang sensitive dan berpeluh kuat, beliau haruslah mengelakkan makanan yang pedas dan minuman yang mempunyai banyak gula, atau berkafein atau beralkohol.
Ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan peluh berlebihan, ialah pil perancang keluarga, ubat untuk rawatan kemurungan, ubat untuk rawatan kekurangan hormone tiroid dan mana-mana ubat yang merangsang sistem saraf seperti amphetamine dan duromine.
Selain itu bagi individu yang sensitif, ransangan psikologi juga boleh menyebabkan berpeluh secara belebihan , terutamanya jika mereka mengalami rasa stres, cemas atau tertekan.
Terdapat juga masalah perubatan yang boleh menyebabkan seseorang individu berpeluh secara berlebihan tanpa ransangan apa-apa.
Contohnya pesakit diabetes mellitus, individu yang mengalami berat berlebihan, penghidap migrain, pesakit darah tinggi darah tinggi dan pesakit yang mengalami hormone thyroid yang berlebihan.
Oleh individu yang berpeluh secara berlebihan menjalani pemeriksaan doctor, jika mengesan penyakit-penyakit tersebut.
Wallahu a’lam.
-IKLAN-
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
