Siapakah yang perlu melakukan pemeriksaan gula dalam darah untuk mengetahui ada diabetes mellitus?

SIAPAKAH YANG HARUS MELAKUKAN UJIAN GULA DALAM DARAH UNTUK MENGETAHUI ADA DIABETES MELLITUS?

glucometer

“Salam doktor, saya berusia 50 tahun. adakah saya harus memeriksa kandungan gula dalam darah untuk mengetahui sama ada sama menghidap penyakit diabetes mellitus? Terima kasih “

WA ALAIKUM MUS SALAM

Puan harus melakukan pemeriksaan gula dalam darah untuk mengetahi sama ada mengalami penyakit diabetes mellitus atau tidak, adalah apabila puan  mengalami tanda-tanda berikut, seperti

  1.   kerap membuang air kecil 
  2.  kerap haus 
  3.  sering rasa penat dan letih walaupun tidak buat kerja berat 
  4.  rasa kerap mengantuk dan senang tertidur
  5. luka yang lambat sembuh dengan sempurna
  6. pandangan mata kabur

Jka puan tidak mengalami tanda-tanda di atas, tetapi telah  berumur  45 tahun ke atas , puan juga dinasihatkan melakukan ujian pemeriksaan darah, terutama jika puan mempunyai faktor risiko  seperti di bawah:

  1. mempunyai berat badan berlebihan BMI>30
  2. hidup gaya hidup yang tidak aktif  dan hampir tidak pernah melakukan senaman 
  3. mempunyai sejarah keluarga (seperti bapa, ibu dan adik beradik) yang mengalami penyakit diabetes mellitus jenis 2 
  4. pernah mengalami  diabetes mellitus semasa hamil
  5. pernah melahirkan anak yang mempunyai berat melebihi 4.5kg  
  6. mempunyai tahap  kolesterol baik (HDL) yang rendah atau mempunyai tahap trigliserida yang tinggi

Wallahu a’lam.

Klik pada gambar untuk Stevia

Leave a Reply

error: Content is protected !!