Bengkakan di ketiak “raective lymphadenitis”

BENGKAKAN DI KETIAK  “REACTIVE LYMPHADENITIS”

reactive lymphadenopathy

“Salam doktor. Boleh saya tahu adakah bengkak di ketiak kanan saya perlu di bedah? Saya pernah jumpa ke klinik dan doktor kata bengkak saya hanya “reactive lymphadenitis”. Adakah ia merbahaya? Ada tidak cara lain selain pembedahan? mohon sangat doktor dapat menjawab soalan saya ini,saya ada google tapi tidak ada banyak maklumat yang saya perolehi. Terima kasih doctor”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Bengkakan di ketiak disebabkan oleh beberapa sebab. Antaranya ialah disebabkan oleh kelenjar susu yang berlebihan.

Puan boleh rujuk untuk pembacaan di artikel saya https://drzubaidi.com/blog/?p=2270.

Bagi menjawab soalan puan, saya menumpukan kepada soalan apa dia “reactive lymphadenitis” saja.

“Reactive lymphadenitis” adalah keadaan di mana kelenjar (lymph node) membengkak dan membesar tetapi ia tidak berbahaya kerana bukannya kanser.

Ia disebabkan oleh pelbagai rangsangan. Oleh itu ia boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan (berdasarkan rangsangan yang diterima), seperti  autoimmune lymphoproliferative syndrome, yang disebabkan oleh rangsangan terhadap system daya tahan (system immuniti) dan adakalanya disebabkan oleh jangkitan kuman virus.

Dan banyak lagi ransangan yang menyebabkan bengkakan kelenjar ini.

Diagnosa bagi masalah ini hanya dapat dibuat dengan memeriksa tisu kelenjar dengan kaedah biopsy dan memeriksanya di bawah microscope oleh pakar haematologist.

Oleh kerana tisu kelenjar ini kelihatan seperti kanser kelenjar seperti lymhoma, maka diagnose haruslah tepat kerana rawatan yang harus diberikan berbeza.

Jika pakar haematologist  tersilap memberikan diagnose, contohnya dia mengatakan ‘reactive lymphoid hyperplasia’sedang ia adalah kanser, maka pesakit akan berada dalam bahaya kerana kanser akan menyerang dan merebak ke bahagian lain tubuh pesakit secara ganas.

Sementara jika doctor mengatakan pesakit mengalami bengakak kelenjar disebabkan oleh kanser, padahal ia hanya ‘reactive lymphadenopathy’ maka pesakit akan diberikan rawatan untuk kanser yang mempunyai banyak kesan sampingan.

Oleh itu jika puan belum lagi menjalani pemeriksaan yang lengkap, maka haruslah melakukannya supaya rawatan yang lengkap dan betul dapat diberikan.

Wallahu a’lam.

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link ini

MODUL KELAS PEMAKANAN PESAKIT KANSER

Pelajari dan ketahui pemakanan yang baik dan tidak baik kepada pesakit kanser melalui Modul Kelas Kanser dan Pemakanan oleh Dr Zubaidi

Leave a Reply

error: Content is protected !!