Diabetes Mellitus

KEROSAKAN SARAF (NEUROPATHY) PADA PESAKIT KANSER DAN DIABETES.

KEROSAKAN SARAF PADA PESAKIT KANSER DAN DIABETES. Sistem saraf amat penting dalam tubuh kita. Ia berfungsi dengan menghantar isyarat dalam badan dan membantu menerima rangsangan, memahami dan memberi maklum balas kepada sekeliling. Oleh itu ia sangat penting bai memastikan kita dapat melakukkan tugas seharian dengan sempurna. Namun begitu ramai pesakit diabetes dan pesakit kanser yang telah menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi tidak sedar mereka mengalami masalah kerosakan saraf atau neuropathy. Bagi pesakit diabetes, ia bermula sekurang-kurangnya setelah lima tahun mengalami masalah diabetes. Bagi pesakit kanser yang telah menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi masalah ini bermula selepas tamat menjalankan rawatan. Antara …

Read More »

JANGAN SAMPAI KENA SERANGAN STROKE KEDUA ATAU KETIGA

Saya brunch dengan seorang rakan. Sebaya 40an. “Doc, pagi ini ibu saya menelefon. Minta hantarkan ayah kerana tangan dan kakinya tidak boleh digerakkan. Sebelah badan. Ini baru balik bersarapan. Ibu saya sedang menjaga ayah.” “Walaupun tekanan bapa saya normal, doktor kata bapa saya mungkin diserang stroke… ” jelasnya lagi. Saya bertanya, “Ayah ada diabetes? Merokok?” “Ayah saya tak merokok. Tekanan darah 130/84. Tahap kolestrole normal. Tapi dia ada diabetes” Ramai yang tidak tahu bahawa pesakit diabetes juga boleh mendapat serangan stroke walaupun tidak merokok, tidak mempunyai tahap kolestrole jahat yang tinggi dan tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi. Tahap gula …

Read More »

Minum Air Kosong Secukupnya Mencegah Stroke

Minum air yang mencukupi, bukan hanya dapat mencegah dehidrasi tetapi ia juga dapat mencegah serangan stroke. Dengan meminum sekurang-kurangnya dua liter sehari air kosong, ia dapat mengimbangkan mineral dan cecair dalam tubuh. Dengan ini dapat memberi kesan kepada kelikatan darah dalam tubuh. Darah tidak menjadi terlalu pekat atau terlalu cair. Bagi mereka yang mempunyai risiko mendapat stroke yang tinggi seperti mereka yang mempunyai tahap kolestrole jahat (LDL) yang tinggi, masalah tekanan darah tinggi dan diabetes yang tidak terkawal, saya menasihatkan agar meminum air secukupnya. Waktu yang terbaik untuk meminum air kosong ialah sebelum tidur (sebagai persediaan untuk ‘tidak makan dan …

Read More »

BOLEHKAH JUS MENYEBABKAN DIABETES?

    BOLEHKAH JUS MENYEBABKAN DIABETES?   Kajian terbaru yang dilakukan para santis dari Harvard T.H Chan School of Public Health, Boston, Amerika Syarikat, mendapati bahawa pengambilan jus buah (walaupun ia buah yang segar) jika secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit diabetes. Sebelum ini, kita mengetahui hanya minuman yang ditambah gula seperti teh tarik atau air bergas didapati menjadi punca kepada penyakit diabetes. Namun penemuan terbaru ini sangat mengejutkan kerana jus buah-buahan dikatakan sebagai minuman yang segar dan banyak khasiat. Dalam kajian yang diterbitkan dalam journal Diabetes Care ini, menyebutkan bahawa jus buah-buahan juga boleh meningkatkan risiko penyakit diabetes. …

Read More »

LIMA PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI DAN DILAKUKAN OLEH PESAKIT DIABETES

Diabetes adalah penyakit kronik, iaitu ia bersifat progresif. Ini bermakna pesakit boleh menjadi lebih teruk dan menjadi lebih baik. Terdapat beberapa jenis komplikasi yang boleh menyebabkan pesakit diabetes menjadi teruk, antaranya serangan penyakit jantung, serangan stroke, masalah kerosakan mata, masalah luka yang lambat baik sehingga menyebabkan kaki membusuk dan terpaksa dipotong, masalah fungsi ginjal dan kerosakan saraf. Oleh itu bagi mengelakkan komplikasi dan mendapat bacaan gula yang baik, perlu perhatikan lima perkara. 1. Memiliki pengetahuan asas tentang penyakit diabetes. Antara perkara yang perlu diperhatikan adalah tanda-tanda tahap gula terlalu berlebihan dan tahap gula yang rendah dalam tubuh. Cara melakukan pemeriksaan …

Read More »

PENGAMALAN KURMA MEMBANTU PROSES KELAHIRAN

Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM) ditulis pada 3 Nov 2017 Apakah khasiat pemakanan yang ada dalam sebiji kurma? Kurma adalah antara makanan buah yang sangat kaya dengan pelbagai nutrient. Ia kaya dengan gula sebanyak 80% dan selebihnya adalah protein, fiber, dan mineral yang penting seperti kalsium, iron, magnesium, manganese, potassium, sodium, phosphorus,  selenium, dan zinc. Dalam 100g kurma mengandungi  282 kcal yang terdiri dari karbohidrat 75g, lemak baik 0.4g dan protein 2.45g. Kurma mempunyai indeks glisemik yang sederhana, bergantung kepada jenis kurma. Sebagai contoh kurma khalas mempunyai indeks glisemik 35.5, barhi 49.7 dan …

Read More »

Bacaan Gula Terlalu Rendah

BACAAN GULA SAYA TERLALU RENDAH “Assalamualaikum dan selamat malam doktor, Saya ingin tanya, saya bukan pesakit diabetis. Baru-baru ini saya baru melakukan ujian tahap gula menggunakan mesin glukometer saya sendiri. Keputusannya ialah gula dalam darah saya adalah LO. Adakah ia bermakna gula dalam darah saya yang sangat rendah? Saya tiada mengalami masalah penat, menggigil atau berpeluh Mohon penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUMMUS SALAM. Alat glukometer yang puan gunakan mempunyai kemampuan mengukur gula secara terbatas. Bila telah lama digunakan ia perlu diservis agar bacaan yang diberikan menjadi tepat. Begitu juga dengan strip test yang puan guna. Perhatikan jika ia telah melewati …

Read More »

kerosakan ginjal akibat penyakit autoimmune dan ubat penahan sakit

KEROSAKAN GINJAL AKIBAT PENYAKIT AUTOIMMUNE DAN UBAT PENAHAN SAKIT     Dulu saya ada seorang pesakit lelaki berusia 25 tahun. Beliau sering dibawa berjumpa dengan saya semenjak berusia 12 tahun lagi kerana penyakit biasa seperti asma, ruam pada kulit, batuk, selsema dan demam. Lama saya tidak berjumpa dengan beliau. Mungkin sebab saya sudah tidak bekerja di klinik lama, dan berpindah ke klinik yang baru di daerah berlainan. Tetapi ibunya berusaha mendapatkan telefon saya dan menjejaki saya. Mahu membawa anaknya berjumpa saya. Kali ini beliau datang bersama dengan ibunya kerana masalah yang berlainan. Beliau mengalami sakit sendi, sakit badan dan mudah …

Read More »

PENGAMBILAN CECAIR BAGI PESAKIT GINJAL YANG MENJALANI RAWATAN HEMODIALYSIS

  Pesakit yang mengalami kegagalan ginjal selalunya akan melakukan rawatan hemodialisis tiga kali seminggu di pusat hemodialysis. Mereka terpaksa melakukan rawatan ini kerana ginjal mereka tidak mampu lagi menghasilkan air kencing. Jadi semua bahan kumuh yang sepatutnya keluar melalui air kencing tidak dapat dikeluarkan.   Ini menyebabkan mereka mengalami komplikasi apabila terlalu banyak cecair dalam tubuh yang biasanya berkumpul dalam paru-paru, akhirnya menyebabkan pesakit sukar bernafas dengan baik. Selain itu bahan kumuh akan berkumpul terutamanya dalam otak, menyebabkan pesakit mungkin pengsan dan meninggal dunia.   Setakat ini tiada lagi ubat sintetik moden yang mampu merawat kegagalan ginjal ini. Rawatan hemodialysis …

Read More »

Masalah ketegangan zakar di kalangan pesakit diabetes

APAKAH PUNCA MASALAH MATI PUCUK DI KALANGAN PESAKIT DIABETES?   Kerosakan saraf pada pesakit kencing manis berlaku apabila tahap gula dalam darah sangat tinggi dan pesakit diabetes tidak mengawal penyakit dengan baik. Selain dari kerosakan saraf, saluran darah halus juga akan rosak sehingga menyebabkan tisu alat kelamin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Ini mengakibatkan rasa rangsangan seksual dari alat kemaluan dari alat kelamin tidak sampai ke otak, dan ia juga menyebabkan alat kelamin lelaki tidak menegang. Saluran darah yang menyempit akibat kerosakan ini menyebabkan aliran darah yang lemah dan tidak mampu menegangkan alat kelamin lelaki atau mengekalkan …

Read More »

Saya perlu minuman manis untuk tenaga

RAMAI PESAKIT DIABETIS MENYANGKA “JIKA SAYA TIDAK MINUM AIR MANIS SETIAP HARI, SAYA TIDAK ADA GULA DALAM BADAN”     Ramai pesakit diabetes menyangka yang mereka memerlukan air manis setiap hari untuk mendapatkan tenaga. Pada hal, karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, makanan bijirin dan protein juga membekalkan tenaga atau kalori. Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan glukosa dalam darah yang tidak terkawal dan menyebabkan pertambahan berat badan. Dapatkan Pemanis Tanpa Kalori KLIK DI SINI Dalam tubuh pesakit diabetes, hormon insulin tidak berfungsi dengan berkesan. Ini menyebabkan gula tidak boleh dibakar sebagai tenaga, dan otak tersilap menafsir keadaan ini dan menyangka …

Read More »

Lemah tenaga batin yang boleh dirawat

LEMAH TENAGA BATIN YANG BOLEH DIRAWAT “Salam doctor, bolehkah mati pucuk atau lemah tenaga batin boleh dirawat? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciri-ciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.   Ia juga dikenali dengan nama disfungsi erektil (ED) atau “impotens'”‘ dalam istilah perubatan.   Ada sesetengah masalah lemah tenaga batin ini boleh dirawat, kerana ia hanya melibatkan psikologi saja. Ia berlaku terutamanya dalam golongan muda.   Secara umum, lemah tenaga batin masih ada peluang dirawat jika lelaki …

Read More »

Kesan pengambilan serat tinggi terhadap penyerapan gula untuk pesakit diabetes

KESAN PENGAMBILAN SERAT TINGGI TERHADAP PENYERAPAN GULA UNTUK PESAKIT DIABETES “Salam doctor. Saya pesakit diabetes. Bolehkah saya mengambil buah-buahan kerana buah-buah pun manis” WA ALAIKUM MUS SALAM Dulu  pesakit  diabetes dilarang  sama sekali untuk mengambil makanan manis. Namun sekarang pesakit dibenarkan mengambil makanan yang manis  daripada makanan yang mempunyai serat yang banyak kerana ramai pakar pemakanan baru memahami konsep baru dalam pemakanan. Untuk memahami konsep ini, cuba kita diabetes telah mula berubah selari dengan pengetahuan tentang INDEKS GLISEMIK (GI). Indeks glisemik adalah satu ukuran tentang kadar cepat atau lambat penyerapan gula yang telah dicernakan dalam usus untuk diserap  masuk ke …

Read More »

DATUK ADA DIABETES LUKA DI KAKI SEMASA BANJIR

“Salam doctor, baru-baru ini datuk saya berusia 67 tahun pesakit, semasa banjir tempuhari dia telah mengharung air banjir dan terpijak benda tajam. Beberapa hari selepas itu, beliau pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Lukanya masih belum sembuh, malah belum kering. Doktor mengatakan datuk saya dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit melioidosis. Adakah ia berbahaya, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Antara  risiko penyakit berjangkit akibat bencana banjir yang melanda Negara (Dec 2014-Jan 2015) ini adalah penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik. Penyakit ini disebarkan kepada …

Read More »

Pesakit diabetes dan mati pucuk

PESAKIT DIABETES DAN MATI PUCUK   “Salam doctor. Saya adalah pesakit diabetes  dan telah menjalani rawatan lebih 5 tahun. Setakat ini saya mengambil Metformin dan Daonil, dan bacaan gula saya antara 8-10 mmol/L. Masalah saya ialah saya telah lama tidak mengalami ketegangan zakar seperti mana yang selalu doctor tuliskan dalam blog. Ada kalanya saya bersama dengan isteri saya namun saya gagal menjalankan tugas saya sebagai suami. Harap doctor dalam membantu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saudara tidak keseorangan dalam hal ini.  Kajian epidemologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati …

Read More »

Indeks Glisemik

APAKAH INDEKS GLISEMIK (GI)? “Salam doctor. Apa yang doctor maksudkan sebagai indeks glisemik dalam penulisan doctor di blog?” Indeks Glisemik telah diperkenalkan pada 1981 oleh seorang ahli sains, Dr David Jenkins. Ia telah dibentangkan dalam American Journal of Clinical Nutrition dan dijadikan panduan untuk menilai jenis karbohidrat dan kesannya pada paras glukosa darah. Secara tidak langsung  kajian beliau memberikan impak mengenai kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia. Untuk menilai GI dalam satu makanan, ia diberikan nilai antara kosong hingga 100. Nilai kosong ialah apabila makanan tidak meningkatkan paras glukosa dalam darah dan nilai maksimum peningkatan paras glukosa adalah 100. Makanan …

Read More »

Tip merendahkan gula pada tahap normal dengan menjaga pemakanan

TIP MERENDAHKAN GULA PADA TAHAP NORMAL DENGAN MENJAGA PEMAKANAN   “Salam doktor. Saya pesakit diabetes. Bacaan gula saya tidak begitu cantik. Selalunya antara 10-15. Saya telah cuba makan makanan berkhasiat. Namun ada kalanya ia menyebabkan saya mengalami kandungan gula yang rendah. saya pernah beberapa kali pengsan. Mohon pencerahan doktor. Terima kasih”   W ALAIKUM MUS SALAM Memang sukar untuk pesakit diabetes mendapat bacaan gula dalam darah yang normal. Semakin lama semakin sukar untuk dia mendapat bacaan yang normal, disebabkan faktor umur di mana tubuh tidak dapat lagi bertindakbalas dengan baik terhadap ubat-ubatan yang diberikan.   Ini menyebabkan dos ubat-ubat yang …

Read More »

Perlukah Pesakit Diabetes Mellitus Mengelak Makan Nasi?

PERLUKAH PESAKIT DIABETES TIDAK MAKAN NASI? “Salam doktor, saya seorang pesakit diabetes. Bacaan gula saya antara 9-10 mmol/L setiap kali saya periksa selepas berpuasa pada malamnya. Jururawat di pusat kesihatan memberitahu saya harus makan sedikit nasi saja dan kalau boleh tinggalkan terus nasi. Betulkah doktor, mohon pencerahan. terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Jawabannya: TIDAK PERLU Pesakit diabetes tidak perlu untuk meninggalkan makanan berkarbohidrat sepenuhnya. Pilih karbohidrat yang kompleks dan akan menjadi gula secara perlahan-lahan dalam badan untuk mendapatkan tenaga yang stabil. Namun begitu saya mencadangkan agar mengurangkan pengambil nasi dan semua makanan yang bergula dan amat manis. Makanlah  makanan …

Read More »

Bacaan gula dalam darah tidak berapa tinggi

BACAAN GULA DALAM DARAH TIDAK BERAPA TINGGI “Salam doktor. Saya berumur 45 tahun. Saya bertemujanji dengan doktor setiap 6 bulan sekali kerana mengalami hypertension dan memakan ubatan berikut: Perindropril 6mg, Amlodipine 10mg, propanolol 20mg dan mula mengambil ubat pada tahun 2008 pada ketika tekanan darah saya 130/90. Sekarang purata tekanan darah saya adalah 120/80 atau ke bawah. Selain itu saya mengalami tinggi kolestrol ( 5.62) dan diberi ubat Simvastatin berikutan kadar gula saya juga agak tinggi iaitu bacaan 6.0 ( fasting ). Yang membuat saya terkilan ialah apabila kandungan gula saya 6.0 tersebut di mana doktor yang merawat saya tidak …

Read More »

Siapakah yang perlu melakukan pemeriksaan gula dalam darah untuk mengetahui ada diabetes mellitus?

SIAPAKAH YANG HARUS MELAKUKAN UJIAN GULA DALAM DARAH UNTUK MENGETAHUI ADA DIABETES MELLITUS? “Salam doktor, saya berusia 50 tahun. adakah saya harus memeriksa kandungan gula dalam darah untuk mengetahui sama ada sama menghidap penyakit diabetes mellitus? Terima kasih “ WA ALAIKUM MUS SALAM Puan harus melakukan pemeriksaan gula dalam darah untuk mengetahi sama ada mengalami penyakit diabetes mellitus atau tidak, adalah apabila puan  mengalami tanda-tanda berikut, seperti   kerap membuang air kecil   kerap haus   sering rasa penat dan letih walaupun tidak buat kerja berat   rasa kerap mengantuk dan senang tertidur luka yang lambat sembuh dengan sempurna pandangan mata kabur Jka puan …

Read More »

Luka Diabetes

LUKA DIABETES   “Salam doctor, saya seorang berusia 50 tahun dan penghidap diabetes selama 10 tahun. Masalah saya ialah mengalami  rasa berdenyut-denyut pada kaki kanan saya. Apakah rawatan yang terbaik untuk saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan pesakit diabetes mellitus akan mengalami masalah kerosakan saraf jika tahap gula dalam darah tidak dikawal dengan baik. Tidak hairanlah jika pesakit diabetes akan mengadu rasa ‘terbakar’ dan menyucuk terutamanya pada tapak kaki dan betis. Ini bermakna bahawa pesakit diabetes tidak dapat mengawal gula dalam darahnya dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif. Jika tidak dikawal dan bertambah teruk, …

Read More »
error: Content is protected !!