MINUM AIR SUAM APABILA RASA SAKIT TEKAK TONSILITIS

Lemon tea

“Salam Dr.  Saya keliru tentang cara menyurutkan bengkak tonsil. Bolehkah saya minum ais? Atau perlukah saya minum air suam? Macam mana dengan aiskrim vanilla yang kebiasaannya dilakukan oleh kebanyakan orang? Terima kasih.”

WA ALAIKUM MUS SALAM.

Tonsil adalah kelenjar yang berada  di belakang mulut dan bahagian atas tekak. Mereka membantu untuk menapis kuman bagi untuk mencegah jangkitan dalam badan.  Ini bermakna sebelum kuman masuk dalam badan melalui jangkitan pada mulut dan tekak, tonsil akan membengkak  supaya antibody dapat  membunuh kuman tersebut.

Pada mulanya, bengkakan tonsil mungkin tidak menimbulkan rasa sakit dan tidak perlu dirawat dengan ubat antibiotik. Ini kerana jangkitan kuman itu tidak kuat dan sitem daya tahan tubuh dapat membunuh semua kuman tanpa masalah.

Bagi mereka, car terbaik ialah dengan minum air mineral yang tidak sejuk secukupnya antara 1.5-2.0 L. Air dan mineral dapat membantu meningkat system daya tahan dalam tubuh.

Selain dari air mineral, merka juga digalakkan minum air suam seperti tea halia  atau tea lemon yang suam, kerana ia memberikan kelegaan dan menggalakkan penyembuhan.

Air sejuk seperti jus yang sejuk atau aiskream biasanya digalakkan pada pesakit yang baru saja menjalani pembedahan buang tonsil kerana air yang sejuk dapat menghentikan pendarahan akibat tisu disekeliling tonsil yang cedera akibat pembedahan.

Pesakit juga boleh berkumur dengan air garam yang suam atau menggunakan sebarang antiseptic yang boleh digunakan untuk berkumur.

Menghisap lozenges (mengandungi bahan benzokain) adalah untuk mengurangkan rasa sakit, bukannya rawatan untuk membunuh kuman. Lozenges juga tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak kerana dibimbangi mengalami risiko tercekik.

Ubat tahan sakit dan ubat demam seperti paracetamol dan panadol (acetaminophen) boleh diberikan jika pesakit merasa sakit ketika menelan dan mengalami demam yang tidak tinggi.

Sesetengah orang yang mengalami jangkitan kuman pada tonsil yang berulang mungkin memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil (tonsillectomy).

Boleh baca artikel saya dalam blog. https://drzubaidi.com/blog/perlukah-tonsillectomy-untuk-anak-saya/

Suplemen seperti vitamin C dan E boleh digunakan. Ia tidak bertindak sebagai rawatan membunuh kuman tetapi membantu mempercepatkan penyembuhan.

Tanda-tanda tonsillitis yang mungkin bahaya dan perlukan pemeriksaan doctor dan diberikan rawatan ubat antibiotic ialah:

1.Air liur yang meleleh secara berlebihan pada anak kecil

2.Demam, terutama pada suhu 101 ° F atau lebih tinggi

3. Nanah di bahagian belakang tekak

4. Ruam merah yang kasar, terutama pada lipatan kulit

5.Kesukaran menelan sehingga tidak selera untuk makan

6.Mengalami masalah pernafasan yang teruk

7. Kelenjar di leher yang membengkak dan rasa sakit

Kesimpulannya tonsillitis hanya perlu rawatan antibiotic jika doctor merasakan ia adalah jangkitan kuman bakteria dan berada di peringkat memerlukan.

Bagi pesakit saya yang mengalami rasa sakit tekak, banyakkan minum air suam.  Insya ALLAH ubat antibiotic dapat dielakkan.

Rujukan:  Tonsils and adenoids. Wetmore RF. In: Kliegman RM, Behrman RE, Jenson HB, Stanton BF, eds. Nelson Textbook of Pediatrics.19th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2011:chap 375.

Wallahu a’lam.

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!