SUMBER ASLI GLUTATHIONE
“Salam. Apakah suplemen glutathione perlu diambil? Terima kasih”
Glutathion amat penting dalam fungsi biologi manusia dan semua organisma di muka bumi ini. Ia dijumpai di dalam semua sel tubuh dan terutamanya dalam organ hati, limpa, buah pinggang dan pankreas.
Glutathione adalah sebatian yang mengandungi tiga asid amino, glutamat, sisteina dan glycine. Ia membantu satu enzime bernama superoksida dismutase dalam melengkap tindak balas terhadap radikal bebas. Ia amat penting dalam melawan radikal hidroksil yang amat aktif .
Ia diperlukan bersama selenium dalam melaksanakan fungsi antioksidan. Pengambilan mineral seperti Selenium dan Vitamin B2 diperlukan untuk meningkatkan aktiviti glutathion sebagai anti oksidan.
Ia biasanya tidak diambil secara terus sebagai nutrisi tambahan kerana kadar penyerapan yang rendah melalui usus.
Glutathion boleh diambil secara tidak lansung dengan pengambilan asid alfa lipoik, asid amino N-asetil sistin (N-acetyl Cysteine) dan juga asid amino Glutamin.
Cara terbaik mengambil Glutathion sebagai suplemen adalah secara suntikan. Dos yang biasa diambil adalah 500mg sehari.
Pengambilan glutathione tidak boleh diambil secara berlebihan melalui makanan tambahan kerana suplemen yang biasa dijual di pasaran kerana glutathione yang dijual adalah dari jenis sentetik (buatan).
Memasukkan glutathione dalam dos yang besar akan mengganggu sistem semulajadi badan. Ini kerana tubuh akan menghentikan penghasilan glutahtion sendiri dalam badan kerana tubuh menyangka bahawa ia telah mencukupi dan berlebihan akibat individu otu mengambil dalam dos yang besar. Apabila pengambil glutahione ini dihentikan, maka tubuh tidak dapat mengeluarkan glutahtione dari kerosakan sistem dalam tubuh.
Sumber glutathione yang asli ialah susu segar dan telur mentah. Glutathione akan hilang jika susu dan telur dimasak pada suhu yang tinggi. Kunyit juga merupakan sumber glutathione yang tinggi.
wallahu a’lam