MASALAH CIRIT BIRIT SEMASA HAID

“Salam doctor. Saya ingin bertanya mengapa seorang wanita mengalami rasa sakit perut terutama bahagian ari-ari, dan ceret beret semasa kitaran haid? Terima kasih.”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Apabila seorang wanita sedang mengalami haid, bukan saja beliau mengalami rasa kekejangan dan sakit terutama di bahagian ari-ari, kembung perut , tetapi juga mengalami cirit-birit.

Tidak semua wanita mengalami masalah rasa tidak selesa ketika kedatangan haid, ada yang diberikan nikmat oleh ALLAH untuk mengalami rasa mudah menjalani pendarah haid setiap bulan.

Namun ramai juga yang mengalami gejala yang tidak menyenangkan. Ini semua ujian dari ALLAH bagi seorang wanita. Wanita yang tabah pasti akan dapat menjalani ujian ini dengan tabah dan redha.

Timbul pertanyaan, sama ada masalah cirit birit ini berbahaya dan mengapa ia boleh berlaku?

Beberapa hari sebelum kedatangan haid, sel-sel endometrium dalam rahem akan membentuk  biokomia semulajadi yang dinamakan prostaglandin. Penghasilan prostaglandin ini bertujuan untuk merangsang pengecutan otot rahem supaya mengecut (kontraksi) agar dapat mengeluarkan darah haid.

Jika terlalu banyak prostaglandin yang dihasilkan, menyebabkan mengalami kekejangan dan sakit perut semasa haid.

Selain itu prostaglandin yang banyak juga akan menyebabkan otot perut dan usus mengecut dengan lebih kerap sehingga menyebabkan rasa kerap ingin buang air besar. Padahal apabila berada di bilik air, mungkin tiada najis yang keluar.

Selain itu prostaglandin yang berlebihan boleh menyebabkan rasa sakit kepala, mual, dan muntah.

Saya mencadangkan jika mengalami masalah seperti ini, banyakkan rehat dan minum air mineral. Boleh gunakan bantal pemanas untuk ditekapkan pada bahagian bawah abdomen (ari-ari) atau belakang pinggang.

Jika tidak dapat  tahan dengan rasa sakit boleh ambil Panadol 500mg atau Ponstan 250mg bagi melegakan kesakitan.

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!