PENYAKIT FIBROID MENYEBABKAN SUKAR HAMIL? Fibroid menjadi salah satu punca masalah kesuburan dalam kalangan kaum wanita dalam usia yang subur. Tetapi tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami kesukaran untuk hamil kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mendapat anak. Hal kesuburan ini bergantung kepada bilangan, posisi dan saiz fibroid yang dialami. Hanya kira-kira lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid yang berada pada posisi di lapisan dalam rahem (jenis submukosa) atau fibroid yang mempunyai saiz yang besar saja mempunyai masalah kesukaran untuk hamil. Fibroid itu yang mempunyai saiz terlalu besar, boleh …
Read More »Koleksi Artikel
Mengesan Penyakit Kanser Pankreas
“Assalamu alaikum doktor, arwah ayah saya meninggal akibat barah pankreas. Penyakit beliau dapat dikesan selepas beliau kurus dgn drastik dan mendapat diabetis. Setelah buat skop kemudian biopsi baru memang confirm kanser. Selepas 6 bulan, beliau meninggal. Bolehkah kanser ini dikesan dengan lebih awal?” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan takziah atas pemergian ayah saudara dan semoga berada di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat NYA. Penyakit kanser pankreas agar sukar didiagnosa. Ini kerana pancreas terletak jauh di dalam rongga abdomen. Selalunya ia hanya dikesan apabila telah membengkak, dan berada dikesan pada peringkat serius. Pembedahan yang dilakukan juga selalunya agak lambat, …
Read More »Bolehkah Mengambil Halia Ketika Hamil?
Halia atau “Zingiber officinale” boleh bertindak sebagai anti-loya dan anti-muntah bagi wanita yang hamil. Namun begitu harus berhati-hati dengan dos yang digunakan. Jika membeli ekstrak halia di farmasi, pastikan ia mengandungi 1,000 hingga 1,500 mg dalam sehari. Dos ini boleh dibahagikan kepada tiga kali sehari atau dua kali sehari. Berhati-hati ketika mengambil ekstrak halia terutama di awal kehamilan. Cara paling selamat ialah mengambil halia yang segar dan potong nipis kira-kira sebesar 1-2cm dan masukkan ke dalam air teh yang panas dan minum perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa loya dan mahu muntah. Wallahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi …
Read More »Kawal kolesterol tanpa ubat
Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang. Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi. Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan. Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada …
Read More »Sidenafil untuk pesakit jantung?
“As salam mu alaikum doctor, saya adalah salah seorang pesakit “primary pulmonary hypertension” dan sering membuat rawatan susulan dengan pakar jantung di hospital. Saya sekarang hanya diberikan rawatan ubat sildenafil, setahu saya ia adalah ubat untuk masalah ketegangan zakar. Adakah ubat itu bahaya? Bolehkah doctor menyarakan saya menggunakan suplemen lain untuk memberikan saya tenaga kerana saya sering berasa penat dan pening kepala. Terima kasih, doctor” Wa alaikum mus salam. Rawatan untuk penyakit primary pulmonary hypertension telah diperbaiki dalam 10 tahun kebelakangan ini dengan penggunaaan ubat yang lebih baik. Kalau dahulu banyak ubat diberikan, namun sekarang doctor mungkin memberikan beberapa …
Read More »Bahayakah pembedahan tukar lutut besi?
“Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini ibu saya yang berumur 63 tahun yang telah mengalami sakit lutut yang lama (lebih 10 tahun) telah dinasihatkan oleh doctor untuk melakukan pembedahan lutut bagi menggantikan sendi lutut beliau rosak dan tidaak boleh dibengkokkan lagi. Saya sangat risau dan memohon pandangan doctor. Adakah pembedahan ini sesuai untuk ibu saya?” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati atas ujian yang menimpa ibu saudara. Ini adalah satu ujian berat bagi beliau dan ganjaran bagi mereka yang telah berjaya diuji. Sendi-sendi manusia di selaputi oleh tulang rawan pada permukaannya. Sendi juga diselaputi oleh selaput synovium dan mempunyai cecair …
Read More »SAKIT PADA LUKA LAMA
“Asalamualaikum doktor saya nak bertanya , saya melahirkan anak yang ke 4 melalui pembedahan. Walaupn sudah masuk 4 tahun kalau sya buat angkat berat2 atau buat keja kasar, tempat pembedahan itu ade rasemacam menggigit-gigit, ngilu dan pedih . Adakah ia normal?” Wa alaikum mus salam. Puan merasa tidak selesa pada luka pembedahan, kerana luka puan belum benar-benar sembuh atau parut puan tidak berapa kuat menyambungkan dua bahagian yang dipotong ketika pembedahan. Antara punca-puncanya ialah : 1. Setiap wanita mengalami proses penyembuhan yang berbeza. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Jika pesakit mengalami penyakit kronik seperti …
Read More »Lebam selepas suntikan
“Assalamualaikum Dr, Semasa sy mengandung anak kedua saya mengalami masalah kurang darah. Seminggu sebelum bersalin hb saya hanya 9 sahaja. Kemudian doktor mengarahkan saya agar mengambil suntikan. Tetapi setelah setahun tempat suntikan saya masih lebam dan sakit. Saya risau jika ada kesan jangka masa panjang. Saya harap dr dapat menjawab masalah saya” Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikumussalam. Semasa suntikan itu, berkemungkinan jarum telah menembusi saluran darah yang kecil sehingga menyebabkan pendarah di bawah kulit. Pengumpulan darah yang banyak akan menyebabkan kulit kelihatan lebam, dan adakalanya menyebabkan rasa sakit. Dalam masa sehari boleh dituamkan dengan ketukan ais yang dibalut dengan …
Read More »Pesakit Kanser Pankreas tidak harus berputus harap
Doktor, saya cuma nak berkongsi. Saya mempunyai seorang kawan yang disahkan penyakit kanser pankreas. Pada peringkat permulaanya beliau tidak ingin buat pembedahan. Namun saya memberinya motivasi. Alhamdulillah dia tetap menjalankannya. Ketika pertama kali dia berjumpa doktor, doktor kata ‘kamu sudah terlambat’. Namun mengingatkan motivasi yang saya beri, dia teruskan juga. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Namun doktor mengesahkan tumor tersebut masih ada. Beliau akan sentiasa di pantau dan akan diminta untuk dtg ke hospital melihat keadaannya. Ketika inilah dia berpuasa. hampir setiap hari. Setiap hari dia bersolat tahajud. Jika ada 24 jam, 20 jam digunakannya utk beribadah dan mendekatkan diri pada …
Read More »Pengalaman Pesakit SLE Kedua
Saya didiagnos SLE pada tahun 1991 setelah hampir setahun sakit dan doktor yg merawat ketika itu tidak dapat kenalpasti penyakit saya. Setelah didiagnos saya dirawat dgn steroids akan tetapi buah pinggang saya gagal pada tahun 1993. Saya menjalani hemodialysis selama 5 tahun. Dari saya mula didiagnos dan diberitahu bahawa penyakit ini tiada ubat, keluarga saya tak henti2 ikhtiar. Bermacam2 ubat tradisional dan pemakanan yg dicuba. Ubat doktor tidak pernah tinggal. Doa serta solat hajat apatah lagi. Ini kerana kita yakin apa yg tertera dlm Quran tentang setiap penyakit ada penawar. Keadaan saya ketika hemodialysis memang agak teruk dan tidak stabil. Kerap …
Read More »Kehamilan di luar rahem
“Assalamu alaikum doctor, saya berumur 23 tahun dan baru-baru ini saya telah hamil selama 8 minggu, disahkan melalui ujian air kencing UPT. Ini kehamilan pertama saya. Malangnya apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati janin saya berada di dalam saluran fallopian. Doktor mengesahkan saya mengalami kehamilan luar rahim. Bagaimana hal ini boleh berlaku, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat bersimpati dengan ujian ALLAH yang puan hadapi. Saya harap puan banyak bersabar dan berada dalam rawatan yang terbaik. Kehamilan luar rahim sebenarnya kerap berlaku, iaitu satu dalam 20 kehamilan. Ia berlaku di luar kawalan wanita yang hamil, dan hanya wanita …
Read More »Lendiran Faraj dan keputihan yang berlebihan
“Assalamu alaikum doktor. Saya mengalami masalah yang memalukan. Saya seorang gadis berumur 23 tahun dan mengalami masalah keluar lendiran dari faraj saya secara berlebihan. Saya sering menukarkan panti saya sebanyak 3-4 kali sehari kerana masalah ini. Adakah ia suatu penyakit, doctor?” Walaikum mus salam. Mengalami lendir yang keluar daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami oleh wanita. Selalunya ia tidak bahaya, normal dan bukan disebabkan penyakit. Walau bagaimana jika ia keluar secara tidak terkawal dan dirawat dengan baik, ia boleh menambahkan risiko jangkitan kulat, bakteria dan tidak mustahil boleh menyebabkan kanser …
Read More »Panduan menindik telinga anak
“Assalamu alaikum, doktor. Ibu saya mencadangkan anak saya yang berumur 3 bulan ditindikkan telinga sempena kenduri kesyukuran. Mohon pendapat doktor. Terima kasih”. Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27) Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi. Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak …
Read More »Tiada sekatan penjualan mesin urut
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bercadang menyekat penjualan mesin urut kerana alat seumpama itu setakat ini didapati tidak memudaratkan kesihatan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kementeriannya sudah melakukan penilaian terhadap mesin itu dan mendapati ia tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada penggunanya. “Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengharamkan penjualan mesin urut di negara ini kerana tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong (dakwaan) ia membawa kesan sampingan seperti penyakit saraf dan tulang belakang akibat penggunaan mesin urut tersebut,” katanya. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu adakah Kementerian Kesihatan sudah membuat kajian terhadap …
Read More »Hubungan intim selepas pembedahan Ceserean
“Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”. Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk …
Read More »Cara menggunakan cuka kurma dam epal
Banyak pertanyaan mengenai penggunaan cuka kurma dan epal, yang sedang laris dijual di pasaran. Saya menasihatkan agar berhati-hati terutama pesakit diabetis dan gastrik. Ini kerana bahan utama dalam cuka kurma dan epal adalah ialah acetic acid (CH3COOH) dan air. Kurma dan epal yang manis mengandungi banyak glucose, fructose dan sucrose yang akan ditukarkan melalui proses penapaian menggunakan yeast atau bacteria untuk menjadi ethanol (sejenis alkohol) dan karbon dioksida. Penapaian kali kedua dilakukan untuk menghasilkan acetic acid dari bahan ethanol ini. Cuka yang bagus ialah cuka yang dihasilkan secara perlahan dan menjalani proses penapaian …
Read More »Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?
“Assalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.” Wa alaikum mus salam. Ramai wanita yang mengalami masalah kedatangan haid yang banyak pada beberapa hari pertama dalam kitaran haid mereka. Ini adalah suatu yang tidak perlu dirisaukan. Sebanyak 90% darah dari kitaran haid, dikeluarkan pada beberapa hari pertama haid. Jadi sukar untuk menentukan sama ada haid yang keluar sangat banyak atau tidak, bergantung pada persepsi …
Read More »PENDARAHAN YANG BANYAK SETIAP BULAN
“Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”. Waalaikumussalam. Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius. Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini. Antara puncanya ialah: 1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an …
Read More »Kawal produk makanan kesihatan berasaskan sunah
Produk kesihatan berasaskan makanan sunah dalam bentuk suplemen perlu dikawal dan disahkan khasiatnya secara saintifik sebelum dijual kepada orang ramai. Pengarah Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, berkata ia bagi mengelakkan produk itu disalah guna, sekali gus memberi implikasi kepada pengguna dan mencemarkan integriti Nabi Muhammad SAW. Katanya, kebanyakan produk nutraseutikal (makanan tambahan) tidak memerlukan ujian dan keizinan khas daripada badan mengawal pelesenan dan penjual, sebelum dipasarkan kepada orang ramai berbanding produk farmaseutikal. “Produk nutraseutikal kebanyakan dikategorikan makanan. Justeru, sesiapa boleh mendakwa pelbagai khasiat tanpa menyertakan bukti. “Kajian …
Read More »Pengalaman seorang pesakit SLE
“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin berkongsi pengalaman dan cerita. Setahun yang lepas, adik perempuan saya mengalami ‘penyakit misteri’ dan dikatakan buatan orang. Ini kerana adik saya menolak pinangan orang. Beberapa hari selepas itu, adik saya mengalami demam yang agak kuat. Beliau tidak boleh bangun dan dihantar ke hospital. Doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar punca demam adik saya. Beliau disuruh pulang. Keadaannya bertambah baik. Selang beberapa hari, adik saya demam semula. Dia tidak mampu bergerak untuk beberapa minggu dan terpaksa berhenti kerja. Dia tidak boleh berjalan, dan terpaksa merangkak ke bilik air. Saya sangat sedih dan menagis melihat …
Read More »MENGHILANGKAN BATUK BERLENDIR PADA KANAK-KANAK
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di …
Read More »KESAN JANGKITAN KEPUTIHAN PADA SUAMI
“ Assalamualaikum doctor. Baru-baru ini saya ada melakukan pemeriksaan papsmear dan doktor memberitahu bahawa saya mengalami jangkitan fungal candida. Beliau memberikan saya ubat antibiotik tapi saya takut ubat itu tidak berkesan.Jika fungal itu masih berada di situ, adakah ia akan membahayakan diri saya? Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Jangkitan candida akan menyebabkan puan mengalami lendiran yang agak berbau busuk dan lendiran faraj itu berbentuk seperti susu basi dari faraj. Ia menyebabkan kegatalan pada faraj dan sekitar kemaluan. Ia berpunca kerana puan telah mengalami jangkitan fungal pada faraj yang disebut sebagai Vaginal Candidiasis, atau thrush, adalah disebabkan oleh fungus jenis Candida albicans. Lendiran …
Read More »LENDIR MELEKAT DI TEKAK
“Assalammualaikum Dr, saya nak tanya, saya mengalami lendir di tekak yg tak hilang hilang dah 3 bulan dan mcm melekat lekat, membuat dia rasa sukar untuk bernafas dan kerap meludah. saya terpaksa menggunakan nebulizer apabila sesak nafas. Tambahan dia mempunyai sakit asma. Adakah lendir tu berpunca dari lendir hidung yg mengalir ke tekak kerana saya kerap sakit kepala, rasa gatal kat mata. Lendir tu berwarna putih likat. Adakah dia juga ada sakit resdung? Doktor sudah berikan makan ubat cetirizine dan prednisolone juga nasal spray tapi lendir tu masih melekat di tekak. Apakah ubat yg sesuai untuk saya? Harap doktor dapat …
Read More »Merawat kutu di kepala anak
Saya sudah lama tidak melihat kutu, apatah lagi mendapat pesakit yang mengalami jangkitan kutu di kepala. Namun baru-baru itu seorang kanak-kanak telah dibawa oleh ibubapa mereka kerana sering gatal kepala. Mereka telah mencuba pelbagai shampoo untuk mengurangkan kegatalan yang dihadapi oleh anak mereka. Bila saya memeriksa rupanya terdapat banyak kutu dan telur kutu di pangkal rambutnya. Kutu kepala sebenarnya adalah serangga parasite kecil yang menghisap darah dari kulit kepala manusia. Ia tidak bersayap yang berwarna kelabu atau coklat. Ramai kanak-kanak dijangkiti oleh kutu kepala tanpa disedari oleh ibubapa mereka kerana ia sukar dikesan. Walau …
Read More »Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?
Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir …
Read More »Pendarahan Pada Puting Payudara
“Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 28 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya menyedari terdapat cecair yang keluar dari puting payudara saya. Apa yang memeranjatkan saya ialah cecair itu bercampur darah. Adakah ia tanda awal kanser payudara? Saya sangat takut doctor” Wa alaikum mus salam. Saya menasihatkan saudari melakukan pemeriksaan doctor secepat mungkin. Jika saudari mahu kelesesaan, carilah doctor wanita muslimah yang berpengalaman. Semasa pemeriksaan doctor akan memastikan sama ada yang keluar dari puting itu air atau darah. Doktor akan memicit sekeliling puting dan melihat sama ada puting payudara puan berdarah lagi. Biasanya ia berpunca daripada jangkitan, atau kecederaan. …
Read More »Bahaya Bau Petrol pada Wanita Hamil
Wanita hamil yang kerap terdedah dengan pencemaran udara tahap tinggi mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mendapat anak yang mengalami autism. Banyak kajian saintifik mendapati wanita yang terdedah kepada bau dari minyak petrol yang mengandungi plumbum di udara mempunyai kemungkinan dua kali ganda untuk mempunyai anak yang menghadapi masalah autism. Selain itu ia boleh menyebabkan keguguran di kalangan wanita yang hamil pada awal usia kehamilan. (rujuk: Golub, Mari S., ed. (2005). “Summary”. Metals, fertility, and reproductive toxicity. Boca Raton, Fla.: Taylor and Francis. p. 153. ISBN 978-0-415-70040-5). Selain dari petrol, saya nasihatkan juga wanita yang hamil supaya mengelakkan aktiviti yang …
Read More »Perlukah menggunakan inhaler biru dan coklat
“Salam doctor, baru-baru ini anak saya diserang asthma. Ini kali keempat anak saya diserang penyakit ini dan telah dimasukkan ke dalam wad kerana ubat-ubat yang anak saya makan tidak lagi berkesan. Ketika keluar wad, anak saya diberikan 2 jenis inhaler berwarna biru dan coklat. Perlukah anak saya menggunakan dua jenis inhaler dalam satu masa?” Wa alaikum mus salam. Secara amnya, ada dua jenis ubat inhaler untuk pesakit asthma yang biasa diberikan. Pertama inhaler yang berwarna biru. Ia memberikan kelegaan kepada pesakit yang sedang diserang asthma. Ia mengandungi ubat ventolin atau nama lain, salbutamol. Apabila asma menyerang, gunakanlah inhaler ini. Bagi …
Read More »Jangan mudah berputus asa jika belum lagi hamil
Bagaimanakah kehidupan pasangan suami isteri tanpa anak? Kita sering dengar seseorang itu memberi jawapan ‘tiada rezeki’ apabila ditanya mengapa belum dikurniakan anak selepas beberapa tahun berkahwin. Sebaik-baiknya, ikhtiar dengan segera mendapatkan nasihat atau jalani pemeriksaan pakar sakit puan jika seorang wanita itu telah bawah 35 tahun ke atas dan masih gagal untuk hamil selepas enam bulan mencuba. Bagi wanita yang berusia 30an ke atas pula, tempuh masa selama setahun berkahwin sudah cukup untuk mereka menunggu dan segera mendapatkan rawatan. Hanya dengan cara menghadiri kaunseling dan pemeriksaan doctor, seseorang wanita akan mengetahui sama ada dirinya menghadapi masalah sukar hamil atau ketidaksuburan …
Read More »Membaca al Quran untuk merawat Gastrik
“Assalamu alaikum doctor. Saya menghadapi masalah gastrik yang kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 5 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah doctor memberikan pandangan?” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang tuan hadapi. Apabila umur kita semakin meningkat, seluruh anggota dan organ badan kita tidak seperti dulu. Antara masalah yang dihadapi oleh orang yang memasuki umur 50an ialah masalah penghadaman atau sering disebut gastrik. Jadi jangan memandang remeh penyakit gastrik yang berlaku walaupun di peringkat permulaan. …
Read More »Bolehkah bidan mendiagnosa “peranakan jatuh”?
“Assalamu alaikum, doktor. Saya berumur 45 tahun dan mempunyai lima orang anak. Saya mengalami masalah apabila mengalami rasa tidak selesa di bahagian kemaluan seolah-olah peranakan saya mahu keluar. Bidang kampung yang mengurut saya mengatakan bahawa rahem saya telah jatuh. Saya sangat bimbang..” Wa alaikum mus salam. Saya memahami masalah yang puan hadapi. Sebenarnya yang dimaksudkan sebagai “Peranakan Jatuh” dikenali sebagai “prolaps uterus” hanya dapat disahkan dengan pemeriksaan doctor. Ramai wanita yang mengalami masalah ini selepas bersalin. Oleh kerana ia hanya dalam tahap permulaan, ini tidak perlu dibimbangkan. Mungkin jika seorang wanita itu mengalami jatuh peranakan yang teruk, maka ia …
Read More »Pesakit Asthma tidak perlu ubat hospital?
“Salam doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini rakan saya memberitahu bahawa ubat-ubat hospital untuk pesakit asthma, sangat merbahaya. Ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan menyebabkan pesakit bergantung kepada ubat. Anak rakan saya semasa kecil selalu menghidap asthma, tetapi bila masuk sekolah, dia tidak lagi menghidap asthma kerana diberikan suplemen. Soalan saya benarkah pesakit asthma tidak memerlukan ubat hospital?” Wa alaikum mus salam. Terima kasih atas pertanyaan puan, kerana inilah peluang untuk saya memberikan pencerahan atas kekeliruan ini. Untuk pengetahuan puan, ubat doctor yang diberikan untuk pesakit asthma adalah selamat untuk digunakan, terutama inhaler dan nebulizer. Inhaler dan …
Read More »Perlukah melakukan MGTT ketika hamil?
“Assalam mu alaikum. Doctor, saya ingin bertanya berkenaan MGTT. Berat saya sebelum hamil 52.5kg, kemudian turun kepada 50 kg setelah memasuki kehamilan bulan ke 3. Saya melakukan pemeriksaan pada 25 minggu kehamilan, dan berat saya naik mendadak sebanyak 2kg. Doctor yang memeriksa menyuruh saya melakukan MGTT. Saya ada baca blog doctor dan saya rasa kenaikan berat 2 kg/sebulan adalah normal. Ketinggian saya 163 cm, dan BMI saya ideal. Adakah saya perlu melakukan MGTT?” Wa alaikum mus salam. Saya mendapati BMI puan adalah ideal dan kenaikan 2 kg ketika berada trimester kedua adalah normal. Jika puan tiada masalah lain, puan tidak …
Read More »Merancang anak lelaki pada haribulan genap
“Doktor, saya mendengar satu petua bahawa jika mahu mendapat anak lelaki, pasangan itu haruslah menahan diri dari melakukan hubungan intim sehingga pada tarikh tertentu, biasanya haribulan yang genap dalam kalender Islam. Adakah petua ini boleh dipakai?” Banyak kaedah penentuan jantina sebelum kehamilan yang pernah saya dengar dan kebanyakannya hanyalah gurauan. Tiada bukti saintifik yang menyokong petua ini. Jika ia berlakupun, ia hanya kebetulan. Paling penting, kita perlu terima apa yang dikurniakan ALLAH setelah kita berusaha dengan betul kerana apa saja yang terjadi bukan dalam kawalan kita. Inilah takdir yang ALLAH tetapkan kerana ia adalah sebahagian ujian yang …
Read More »Gamat ubat luka dalaman dan luaran
Gamat ialah sejenis hidupan laut yang tidak bertulang belakang berada di dasar laut dan memakan rumpai halus. Keajaiban pada gamat ialah kemampuannya untuk ‘tumbuh semula’ setelah tubuh gamat ini dipotong, menjadikan ia bahan penting di dalam perubatan Melayu untuk merawat luka. Gamat juga mengandungi kolagen gamat yang tinggi. Malah, dan amino asid, protein, vitamin B1 dan B2, zat besi, iodin, kalsium fosfat, kalsium, dan zink, yang sangat diperlukan untuk proses penyembuhan luka. Gamat boleh digunakan sebagai suplemen bagi merawat penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit. …
Read More »Merawat dan mencegah ruam lampin
“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya mempunyai anak berusia 8 bulan, dan mengalami ruam merah di celah peha. Dia kerap menangis bila ditukarkan lampin pakai buang. Saya menyapunya dengan krim, tetapi ruam merah itu berulang. Soalan saya adakah saya perlu menyapu krim tersebut pada waktu terdapat ruam merah atau pada setiap masa.” Wa alaikum mus salam. Saya percaya anak puan mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘nappy rash’ atau ‘ruam lampin’. Ia berlaku kerana sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelengkang bayi terlalu lama akibat lampin yang telah basah, lambat ditukar menyebabkan bahagian itu menjadi luka lecetan dan …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
