“Assalamu alaikum doctor, saya berumur 23 tahun dan baru-baru ini saya telah hamil selama 8 minggu, disahkan melalui ujian air kencing UPT. Ini kehamilan pertama saya. Malangnya apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati janin saya berada di dalam saluran fallopian. Doktor mengesahkan saya mengalami kehamilan luar rahim. Bagaimana hal ini boleh berlaku, doctor?”
Wa alaikum mus salam.
Saya amat bersimpati dengan ujian ALLAH yang puan hadapi. Saya harap puan banyak bersabar dan berada dalam rawatan yang terbaik.
Kehamilan luar rahim sebenarnya kerap berlaku, iaitu satu dalam 20 kehamilan. Ia berlaku di luar kawalan wanita yang hamil, dan hanya wanita yang terpilih saja akan diuji dengan ujian ini.
Pada kehamilan biasa, ovum yang dibebaskan daripada kilang telur ovari akan disenyawakan pada hujung saluran fallopio.
Persenyawaan ini akan membentuk zigot (gumpalan darah) dan kemudiannya bergerak menuju menuju ke rahim. Proses pergerakan ini mengambil masa selama lima hari.
Seterusnya, zigot akan membesar dan membentuk ‘blastocyst’ iaitu bebola sel yang mempunyai rongga cecair. ‘Blastocyst’ akan melekat pada dinding rahim, iaitu ia akan membesar dan berkembang menjadi embrio, seterusnya menjadi bayi.
Kehamilan di luar rahim terjadi apabila telur yang telah disenyawakan (zigot) melekat pada saluran fallopian.
Apabila zigot ini membesar, ia menyebabkan saluran fallopian akan pecah dan menyebabkan pendarahan yang boleh mengancam nyawa selain memberi kesan kepada tahap kesuburan wanita.
Sekiranya pendarahan serius, ia boleh mengancam nyawa ibu selain perlu mendapatkan rawatan segera di hospital termasuk pemindahan darah dan pembedahan untuk menghentikan pendarahan.
Banyak factor yang boleh menghalang pergerakan zigot ke rahim. Antaranya, kerosakan pada saluran fallopian akibat jangkitan kuman, terdapat parut, komplikasi penyakit endometriosis atau mengalami kerosakan disebabkan oleh pembedahan.
Kerana itu, wanita hamil perlu segera berjumpa doktor di awal kehamilan untuk menjalani pemeriksaan ultrasound bagi memastikan kehamilan berlaku di dalam rahim.
Pemeriksaan imbasan ultrasound akan menunjukkan rahim kelihatan kosong selain dapat mengesan lokasi janin berada di saluran fallopian.
Luka fallopian tube boleh dirawat secara semulajadi dengan pengamalan ekstrak kacip fatimah.
Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my
Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah: