“Assalamualaikum Dr, saya baru sahaja menjalani procedure D&C kerana kehamilan saya tidak berjaya. Enam bulan yang lalu saya turut mengalami keguguran atas sebab yang sama. Pada bulan November tahun lepas pulak saya mengalami “silent miscarriage” pada usia kandungan 14minggu. Ketika itu bila ujian darah di lakukan, saya di dapati mendapat jangkitan cytomegalovirus (CMV). Sekarang bila kejadian (keguguran) ini berlaku saya terfikir adakah ini berkaitan dgn virus tersebut? Saya cuba bertanya kepada doctor gynea saya, tapi jawapan yg diberikan tidak memuaskan hati saya. Saya ingin menambah zuriat. Adakah virus ini akan menghalang saya untuk menambah zuriat Dr? Dan apakah langkah-langkah yang …
Read More »Koleksi Artikel
MENGELAK BATU KARANG BERULANG
“Assalamualaikum, doctor. Saya pernah mengalami penyakit batu karang lima tahun lepas dan menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang.. Tetapi masalahnya penyakit itu berulang kembali dan saya kerap rasa sakit hingga ke hari ini sehingga mengganggu tidur saya. Ada kalanya sehingga ada darah dalam air kencing saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”. Wa alaikum mus salam. Penyakit batu karang dalam system pembuangan air kecil adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan rakyat Malaysia. Batu karang itu boleh berada dalam buah pinggang (ginjal), saluran antara ginjal dan pundi kencing atau dalam pundi kencing itu sendiri. Dianggarkan seorang dari lima orang rakyat …
Read More »Sakit tulang belakang boleh membawa kelumpuhan
“As salam mua alaikum, Dr Zubaidi, saya nk tanya. Umur saya 26th berat 58kg tinggi 168cm masih bujang masalah Saya sekarang kerap sakit pada tengah pinggang. Saya akui yang saya kurang bersenam. Boleh Dr terangkan masalah yg saya alami ini?” Wa alaikum mus salam. Dari penerangan ringkas yang saudara berikan, kemungkinan saudara mengalami masalah yang serius pada tulang belakang. Biasanya disebabkan oleh masalah slipped interveterbral disc atau juga dikenali sebagai prolapsed interveterbral disc. Dalam hal ini, tulang rawan lembut yang menjadi pelapik di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini menyebabkan seseorang itu …
Read More »Ketahuilah tanda-tanda sakit buah pinggang
“Assalamu alaikum doktor. Saya berusia 45 tahun dan mempunyai masalah kencing manis. Saya terbaca bahawa pesakit kencing manis boleh mendapat penyakit buah pinggang. Bagaimana cara untuk mengesan tanda awal, penyakit buh pinggang. Saya bimbang melihat ramai rakan-rakan telah mengalami kerosakan ginjal dan telah menjalani rawatan hemodialisis”. Wa alaikum mus salam. Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan. Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya …
Read More »Ketulan Fibroadenoma pada payudara
“As salam mu alaikum doctor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi. Saya telah membuat pemeriksaan doctor, dan doctor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit. Doktor hanya pesan, jika ia besar, maka harus dibuang dengan melakukan pembedahan. Saya takut dengan pembedahan kerana akan merosakkan payudara saya. Pertanyaan saya ialah apakah ketulan ini boleh menyebabkan kanser payudara?. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya harap saudari tidak bersusah hati dengan masalah yang saudari hadapi. Saya …
Read More »TEKANAN DARAH RENDAH SEMASA HAMIL
“Assalamualaikum doktor, saya hendak bertanya, bagaimana hendak mengatasi tekanan darah yang rendah semasa hamil. Baru-baru ini saya hamil, dan di akhir kehamilan, doctor memberitahu saya bahawa saya mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Pada masa itu saya kerap mengalami masalah pitam. Saya risau jika keadaan berulang pada kehamilan akan datang. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Sebenarnya jarang sekali berlakukanya tekanan darah rendah pada wanita yang hamil. Namun begitu ia masih boleh berlaku kerana hormone yang dikeluarkan ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah menjadi kembang, secara tidak langsung menyebabkan tekanan darah seorang wanita hamil akan menjadi rendah. Tekanan darah akan …
Read More »Penyakit misteri hanya disebabkan oleh kutu babi
Seorang wanita di England, mengalami satu penyakit yang dianggap misteri, yang tidak dapat dikesan oleh doctor, yang menyebabkan dirinya merasakan lemah seperti orang tua, rupanya menjadi mangsa kutu babi selama 20 tahun. Sebelum ini Adelle Huckins, 31, sering mengadu sakit kepala yang kuat yang disangka migraine, berasa letih melampau, dan merasa sakit seluruh tubuh. Namun akhirnya doctor mengesahkan beliau menghidap penyakit Lyme, yang dijangkiti dari bakteria Borrelia burgdorfer yang dibawa oleh kutu babi. Apabila parasit kecil ini menghisap darah, ia akan menyebarkan bakteria itu. Penyakit Lyme menjadikan pesakit mengalami lemah sistem daya tahannya, keletihan melampau, …
Read More »Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang
Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg. Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik. Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan. Inilah tanda kebesaran ALLAH. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …
Read More »Hati-hati dengan ubat dijual di jalanan yang ada steroid.
Kementerian Kesihatan Msia (KKM) mengharamkan ubat herba yang dijual secara meluas di toko-toko ubat yang mengandungi steroid. Antara tanda-tanda ubat itu mengandungi steroid ialah ubat itu dapat melegakan sakit-sakit sendi dan ketegangan otot serta merta. Setelah memakannya beberapa hari, berat badan bertambah dan muka menjadi tembam. Ia sangat bahaya pada ginjal dan menyebabkan tulang menjadi reput. Saya pernah melihat seorang wanita brumur 50an yang mengalami patah tulang punggung, hanya keraa jatuh dari kerusi yang dia duduki. Bila x ray dilakukan, dia diagnosa mengalami fracture of neck of femur akibat masalah osteophorosis dipercayai akibat mengambil ubat herba bagi mengurangkan sakit lutut. Ubat …
Read More »Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Majun
“Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai masalah tidak didatangi haid selepas berhenti makan ubat rancang kehamilan ( sejenis makjun ). Saya didatangi haid pada bulan 12.7.2013 dan pada bulan Ogos, saya tidak didatangai haid. Saya sudah membuat ujian UPT tetapi negatif. Selepas itu pada 15.09.2013 saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan meminta ‘ubat turun haid’ kerana saya tidak selesa dengan badan saya yang sakit-sakit, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon. Selepas makan ubat itu sebanyak 5 biji dan 5 hari saya didatangi haid selama 8 hari. Selepas pada itu saya masih lagi tidak didatangi haid sehingga 30.10.2013. Boleh saya …
Read More »Risiko alat pencegah hamil IUD dalam rahim
“Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini seorang doctor telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan alat pencegah hamil, yang dimasukkan ke dalam rahim. Saya mendengar antara risiko yang boleh berlaku ialah kebocoran pada rahim. Saya sangat bimbang. Adakah alat ini selamat digunakan untuk jangkamasa panjang? Terima kasih doctor” Wa alaikum mus salam. Terdapat pelbagai jenis kaedah merancang keluarga yang puan boleh gunakan, dan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kesesuaian pasangan suami isteri dan harus dibincangkan bersama dengan doctor keluarga. Ini bermakna kaedah perancang keluarga bagi satu pasangan, mungkin sesuai bagi satu pasangan, tetapi tidak sesuai untuk pasangan yang …
Read More »Tidak sedar tangan masuk dalam minyak panas
“Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya soalan berkaitan seorang rakan saya yang sering pening dan kerap tidak sedarkan diri tetapi masih boleh berdiri. Baru-baru ini beliau telah memasukkan tangannya ke dalam minyak panas ketika sedang memasak di dapur. Tangannya melecur teruk dan telah dibawa ke klinik. Saya mohon penjelasan dari doktor berkaitan keadaan ini. Terima kasih”. Wa alaikum mus salam. Apa yang berlaku pada rakan puan sebenarnya adalah sejenis penyakit sawan, tetapi bukanlah penyakit sawan yang biasa. Dalam penyakit sawan biasa, selalunya pesakit akan mengalami tubuh yang kejang atau menggigil dan mata ke atas. Orang …
Read More »Hilangan ingatan selepas hubungan intim
“Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 48 tahun. Saya mengalami masalah di mana pada suatu malam saya mengalami sakit kepala dan telah menelan ponstan. Keesokkan paginya suami saya mengajak saya melakukan hubungan intim dan saya menikmatinya. Satu tertidur selepas itu. Apabila bangun saya agak keliru. Saya tidak perasaan sama ada hari masih pagi atau sudah petang. (Suaminya saya memberitahu masa itu tengah hari). Saya duduk di atas katil, tetapi saya tidak ingat apa yang berlaku dan sedang berlaku. Apakah saya mengalami maslah serius?” Wa alaikum mus salam. Melakukan hubungan intim, boleh menyebabkan beberapa kesan yang agak tidak baik, …
Read More »Menjaga Luka Pembedahan Caesarean
“Salam doctor, apa yang boleh membantu untuk cepat sembuh dari luka pembedahan Caesarean? Ubat apa yg perlu diambil. Terima kasih, doctor” Wa alaikum mus salam. Saya ucapkan tahniah kerana puan telah selamat menjalani pembedahan Cesarean yang besar. Puan mula menjalani tanggungjawab yang besar, iaitu selain menanggung tanggungjawab sebagai seorang ibu, puan juga mempunyai tanggungjawab untuk menjaga luka yang puan alami. Nasihat pertama saya ialah ialah cuba elakkan dari mengangkat barang-barang berat, selain dari bayi puan. Mengangkat benda berat akan mengganggu proses penyembuhan luka puan kerana ia akan regangkan luka dan melonggarkan ikatan jahitan di situ. Jahitan pada luka pembedahan …
Read More »Berhati-hati dengan makanan sejuk-beku
Bolehkah sejuk beku memusnahkan bakteria dan parasit? Mikrob seperti bakteria, yis dan kulat dalam makanan tidak aktif semasa disejuk beku, tetapi setelah dikeluarkan dari peti sejuk dan berada dalam keadaan yang sesuai, mikrob-mikrob ini boleh aktif semula malah membiak pada tahap yang membahayakan kesihatan. Makanan yang dinyah beku perlu dikendalikan dengan baik kerana dalam mikroorganisme yang terdapat di dalam makanan itu membiak pada kadar biasa. Sesetengah parasit seperti Trichina boleh mati pada suhu bawah kosong, tetapi peti sejuk biasa di rumah mungkin tidak mencapai tahap itu. Sebab itu, apabila memasak, pastikan makanan masak sepenuhnya sehingga semua parasit musnah. Masihkah …
Read More »Perlukah Pemeriksaan Ultrasound untuk Mendiagnosa Kehamilan
“Doktor, saya telah melakukan ujian UPT dan saya disahkan hamil. Doktor di klinik telah memeriksa dan mengesahkan umur kehamilan saya 14 minggu. Perlukah saya melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengesahkan kehamilan saya?” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan tahniah pada puan kerana puan telah disahkan hamil dengan ujian UPT. Selalunya pemeriksaan UPT hampier pasti puan telah pun hamil. Ada beberapa kes di mana ujian UPT positif tetapi wanita itu tidak hamil. Ini disebabkan oleh kesilapan teknikal, tetapi ia jarang berlaku. Ujian Urine pregnancy Test atau UPT dilakukan untuk menguji kehadiran kadar hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang dikeluarkan dari uri …
Read More »Adakah Saya Hamil?
“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin selama enam bulan. Baru-baru ini saya tidak datang haid selama 2 bulan. Saya juga mempunyai tanda-tanda seperti loya, muntah, bengkak payudara, bertambah berat badan, perut membesar dan kerap kencing. Adakah saya hamil, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat memahami perasaan puan yang mahu hamil segera. Kehamilan pertama adalah peristiwa yang amat dinantikan oleh kebanyakan pasangan muda. Kadang-kadang perasan untuk hamil begitu kuat sehinggakan seorang wanita merasa telah hamil, padahal dia belum lagi hamil. Jadi seorang wanita yang mengalami masalah seperti puan, belum tentu disahkan hamil. Beliau perlu melakukan beberapa pemeriksaan …
Read More »Awas kemalangan di taman permainan kanak-kanak
Taman Permainan Kanak-kanak (TPK) yang dibina di hampir semua kawasan perumahan di seluruh negara mempunyai tahap keselamatan yang meragukan. Dianggarkan sebanyak 17 peratus kes patah tulang dalam kalangan kanak-kanak berlaku ekoran kemalangan di TPK. Bahan permukaan yang tidak sesuai menjadi punca utama kemalangan di TPK dan tidak cukup lembut untuk menyerap hentakan meningkatkan risiko kecederaan apabila kanak-kanak terjatuh. Selain itu, kemalangan lain yang boleh berlaku di TPK adalah terjerut. Apabila pakaian atau perkakasan leher tersangkut atau terbelit dengan peralatan permainan dan pemerangkapan yang berlaku apabila kepala kanak-kanak tersangkut semasa mereka memasukkan kaki dan badan ke dalam …
Read More »Batuk dan selesema ketika hamil
“Assalamualaikum doktor. Saya hamil 16 minggu. Saya mengalami selsema. Kepala saya asyik berdenyut-denyut dan saya mengalami batuk berpanjangan. Saya mohon penerangan doctor . Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Apabila seorang wanita sedang hamil, sistem pertahanan badan akan menjadi rendah. Ini bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahem, tetapi puan akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk dan selesema. Ini bermakna, ketika hamil sistem pertahanan badan puan anda menjadi rendah dan demam selesema akan menjadi lebih teruk. Selesema adalah antara tanda puan diserang penyakit sinuditis. Antara tanda lain ialah: 1. sakit tekak 2. batuk 3. …
Read More »Bayi mati secara tiba-tiba dalam tidur
“As salamu alaikum doctor, baru-baru ini seorang rakan saya mendapat panggilan dari taska, dan diberitahu bahawa anaknya lemas dan terus bawa ke hospital. Doktor di hospital mengesahkan bayi beliau telah meninggal semasa dalam tidur. Saya terkejut kerana anak rakan saya hanya berumur 3 bulan dan baru dua hari dihantar ke taska. Persoalan saya, bolehkah bayi rakan saya meninggal dunia tanpa sebab?. Terima kasih atas perkongsian doctor” Wa alaikum mus salam. Saya tidak dapat memberikan komen dalam peristiwa ini kerana saya tidak memeriksaan keadaan anak rakan puan, lebih-lebih lagi dalam kes ini adalah kes kematian yang melibat pendakwaan (medicolegal) dan …
Read More »Mengesan Punca Paru-paru Berair
“As salamu alaikum, doctor. Baru-baru ini adik saya mengadu sukar bernafas dan mudah penat. Beliau merasa seolah-olah “tidak cukup oksigen” apabila berjalan dan menaiki tangga. Sesekali beliau mengalami batuk terutama apabila beliau baring di atas katil. Jadi sekarang beliau terpaksa tidur secara duduk di kerusi. Rakan-rakan saya memberitahu bahawa adik saya mengalami paru-paru berair. Betulkah doctor?” Wa alaikum mus salam. Paru-paru berair merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru, sama ada pada tisu paru-paru atau pun lapisan antara paru-paru dengan lapisan dalam dinding dada. Ini menyebabkan tisu paru-paru (parenchyma atau alveolar) atau rongga plueral dipenuhi dengan …
Read More »TANDA-TANDA MENGALAMI FIBROID
“As salammu alaikum. Doktor, saya berumur 34 tahun dan baru berkahwin. Sebelum ini saya mengalami masalah senggugut yang agak kuat, sehingga terpaksa mengambil MC untuk berehat di rumah. Adakah saya mengalami masalah fibroid? Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Tidak semua wanita yang mempunyai masalah fibroid menunjukkan tanda-tanda mereka mengalami fibroid. Wanita yang mengalami fibroid juga menunjukkan tanda-tanda yang berbeza berbanding dengan wanita yang lain. Ada wanita yang menunjukkan tanda-tanda yang kuat dan ada wanita yang menunjukkan tanda-tanda yang sederhana. Secara amnya, antara wanita yang mungkin mengalami fibroid ialah: 1. Wanita yang berumur antara 30 hingga 50 tahun. 2. Wanita …
Read More »Hydrocephalus
Hydrocephalus adalah masalah kecacatan pada tempurung kepala bayi yang dilahirkan akibat pengumpulan cecair cerebrospinal fluid (CSF). Ia menyebabkan peningkatan tekanan dalam dan otak sehingga menyebabkan pembesaran tempurung kepala secara tidak normal. Bayi seperti ini selalunya menderita akibat sawan, penglihatan yang menyempit dan masalah perkembangan mental yang tidak sihat. Keadaan ini adalah takdir ALLAH. Jika bayi ini pergi, relakanlah pemergian mereka kerana ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk bayi-bayi seperti ini dan ibubapa mereka. Sesungguhnya kita adalah hak ALLAH.
Read More »Cukur jambul amalan bidaah orang Melayu
Amalan cukur jambul kebiasaannya diadakan oleh masyarakat Melayu sempena menyambut kehadiran bayi yang baru dilahirkan. Namun begitu, istilah cukur jambul sebenarnya tidak selari dengan ajaran sunah Nabi Muhammad s.a.w. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Rasulullah s.a.w memberikan nama dan …
Read More »Ruam di sekeliling puting
As Salam mu alaikum doktor.. Saya rasa ada bintik-bintik kecil dan ruam di bahagian tepi puting pada kedua-dua belah dan meneybabkan puting rasa pedih. Saya berumur 30 tahun dan sudah mempunyai dua orang anak. Saya bimbang jika itu tanda-tanda awal kanser payudara. Saya berharap doktor memberikan pencerahan. Jazakillah. Wa alaikum mus salam. Ruam dan bintik-bintik kecil di sekeliling puting payudara, adalah masalah yang biasa berlaku pada wanita, terutamanya wanita yang menyusukan anak. Selalunya masalah ini tidak serius. Ia berpunca dari masalah iritasi pada kulit, sama ada disebabkan oleh penggunaan bra yang ketat, bra yang lembap atau penggunaan bra yang kasar …
Read More »Panduan Untuk Wanita Hamil yang Berkerja
“Salam doktor. Saya seorang pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan. Ini kehamilan pertama saya. Walaupun saya tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, ada kalanya saya merasa stress dengan kerja dan kerenah ketua pejabat saya. Ada kalanya saya duduk di hadapan komputer dalam jangka masa yang lama. Adakah semua ini akan menjejaskan kehamilan saya?” Wa alaikum mus salam. Ramai wanita yang bekerja ketika hamil tidak begitu menitikberatkan soal kesihatan dan keselamatan di tempat kerja. Sebagai contoh, mereka menganggap kerjaya sebagai pegawai tadbir yang bekerja di pejabat, tidak mengganggu kehamilan dan kesihatan diri mereka. Mereka berpendapat dengan menjalani pemeriksaan antenatal secara berkala di …
Read More »Suntikan Pethidine untuk sakit kronik
“Salam Dr, saya sekarang mengidap cellulitis, dalam masa yg sama saya memang mengambil pethedine IV 150mg, sekali atau dua kali sehari. Sekarang saya mengalami sakit badan, sakit sendi dan sakit kepala. Walaupun telah diberi suntikan itu, saya masih merasa sakit. Mohon pandangan” Wa alaikum mus salam. Pethidine adalah suatu ubat penahan sakit yang kuat, selalunya diberikan kepada pesakit-pesakit yang tertentu saja, terutamanya pesakit kanser dan pesakit yang baru saja menjalani pembedahan. Ia bukanlah ubat yang terbaik untuk pesakit yang mengalami sakit kepada atau sendi kerana tidak mengurangkan rasa sakit. Selain itu kesan ubat ini selalunya akan berkurangan di mana pesakit …
Read More »Wanita juga boleh diserang penyakit jantung
Setiap seorang daripada tiga orang wanita di dunia dijangka akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka. Ini bermakna bahawa pembunuh nombor satu wanita di dunia bukan lagi kanser payudara atau kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung. Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana selalunya penyakit jantung hanya dialami oleh orang lelaki sahaja. Namun tiada yang menyangka bahawa tanda-tanda yang dihadapi oleh orang wanita juga sebenarnya menandakan mereka sering mengalami serangan sakit jantung. Simptom sakit jantung di kalangan wanita mungkin berbeza sedikit dengan lelaki. Antaranya ialah sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada, dan sakit pada lengan kiri atau belakang. …
Read More »Bahaya Mandi Malam
Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit. Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan. Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam. Kini kita …
Read More »Hubungan intim selepas pembedahan ceserean
“Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor” Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk sembuh. …
Read More »PENYAKIT FIBROID MENYEBABKAN SUKAR HAMIL?
PENYAKIT FIBROID MENYEBABKAN SUKAR HAMIL? Fibroid menjadi salah satu punca masalah kesuburan dalam kalangan kaum wanita dalam usia yang subur. Tetapi tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami kesukaran untuk hamil kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mendapat anak. Hal kesuburan ini bergantung kepada bilangan, posisi dan saiz fibroid yang dialami. Hanya kira-kira lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid yang berada pada posisi di lapisan dalam rahem (jenis submukosa) atau fibroid yang mempunyai saiz yang besar saja mempunyai masalah kesukaran untuk hamil. Fibroid itu yang mempunyai saiz terlalu besar, boleh …
Read More »Mengesan Penyakit Kanser Pankreas
“Assalamu alaikum doktor, arwah ayah saya meninggal akibat barah pankreas. Penyakit beliau dapat dikesan selepas beliau kurus dgn drastik dan mendapat diabetis. Setelah buat skop kemudian biopsi baru memang confirm kanser. Selepas 6 bulan, beliau meninggal. Bolehkah kanser ini dikesan dengan lebih awal?” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan takziah atas pemergian ayah saudara dan semoga berada di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat NYA. Penyakit kanser pankreas agar sukar didiagnosa. Ini kerana pancreas terletak jauh di dalam rongga abdomen. Selalunya ia hanya dikesan apabila telah membengkak, dan berada dikesan pada peringkat serius. Pembedahan yang dilakukan juga selalunya agak lambat, …
Read More »Bolehkah Mengambil Halia Ketika Hamil?
Halia atau “Zingiber officinale” boleh bertindak sebagai anti-loya dan anti-muntah bagi wanita yang hamil. Namun begitu harus berhati-hati dengan dos yang digunakan. Jika membeli ekstrak halia di farmasi, pastikan ia mengandungi 1,000 hingga 1,500 mg dalam sehari. Dos ini boleh dibahagikan kepada tiga kali sehari atau dua kali sehari. Berhati-hati ketika mengambil ekstrak halia terutama di awal kehamilan. Cara paling selamat ialah mengambil halia yang segar dan potong nipis kira-kira sebesar 1-2cm dan masukkan ke dalam air teh yang panas dan minum perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa loya dan mahu muntah. Wallahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi …
Read More »Kawal kolesterol tanpa ubat
Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang. Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi. Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan. Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk. Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada …
Read More »Sidenafil untuk pesakit jantung?
“As salam mu alaikum doctor, saya adalah salah seorang pesakit “primary pulmonary hypertension” dan sering membuat rawatan susulan dengan pakar jantung di hospital. Saya sekarang hanya diberikan rawatan ubat sildenafil, setahu saya ia adalah ubat untuk masalah ketegangan zakar. Adakah ubat itu bahaya? Bolehkah doctor menyarakan saya menggunakan suplemen lain untuk memberikan saya tenaga kerana saya sering berasa penat dan pening kepala. Terima kasih, doctor” Wa alaikum mus salam. Rawatan untuk penyakit primary pulmonary hypertension telah diperbaiki dalam 10 tahun kebelakangan ini dengan penggunaaan ubat yang lebih baik. Kalau dahulu banyak ubat diberikan, namun sekarang doctor mungkin memberikan beberapa …
Read More »Bahayakah pembedahan tukar lutut besi?
“Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini ibu saya yang berumur 63 tahun yang telah mengalami sakit lutut yang lama (lebih 10 tahun) telah dinasihatkan oleh doctor untuk melakukan pembedahan lutut bagi menggantikan sendi lutut beliau rosak dan tidaak boleh dibengkokkan lagi. Saya sangat risau dan memohon pandangan doctor. Adakah pembedahan ini sesuai untuk ibu saya?” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati atas ujian yang menimpa ibu saudara. Ini adalah satu ujian berat bagi beliau dan ganjaran bagi mereka yang telah berjaya diuji. Sendi-sendi manusia di selaputi oleh tulang rawan pada permukaannya. Sendi juga diselaputi oleh selaput synovium dan mempunyai cecair …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
