Saya didiagnos SLE pada tahun 1991 setelah hampir setahun sakit dan doktor yg merawat ketika itu tidak dapat kenalpasti penyakit saya. Setelah didiagnos saya dirawat dgn steroids akan tetapi buah pinggang saya gagal pada tahun 1993.
Saya menjalani hemodialysis selama 5 tahun. Dari saya mula didiagnos dan diberitahu bahawa penyakit ini tiada ubat, keluarga saya tak henti2 ikhtiar. Bermacam2 ubat tradisional dan pemakanan yg dicuba. Ubat doktor tidak pernah tinggal. Doa serta solat hajat apatah lagi. Ini kerana kita yakin apa yg tertera dlm Quran tentang setiap penyakit ada penawar.
Keadaan saya ketika hemodialysis memang agak teruk dan tidak stabil. Kerap dimasukkan wad. Perasaan saya ketika itu memang sedih dan tertekan. Lebih2 lagi bila doktor mengatakan saya terpaksa dirawat hemodialysis seumur hidup. Ini krn tidak bole transplant memandangkan SLE tidak bole diubat. Saya sudah rasa putus asa.
Tetapi Allah maha berkuasa. Dalam keadaan saya berperasaan putus asa, masa itu juga tuhan menemukan saya dgn penawar. Ia hanya berupa supplement pemakanan yg tidak pernah saya cuba sebelum ini.
SLE saya menjadi stabil. Saya semakin sihat. Akhirnya, doktor memberi saya lampu hijau utk membuat transplant. Jadi pada tahun 1997 saya telah menjalani pemindahan Buah pinggang.
Alhamdulillah, alangkah gembiranya bila doktor ada memberitahu yang isu SLE saya ‘has resolved’.
Selama ini saya sihat. Tetapi ada juga isu2 kesihatan lain yang timbul. Tetapi follow-up dgn doktor serta ubat tak pernah saya tinggal. Saya sekarang sudah berkahwin. Tidak dikurnia anak tapi saya redha.
Apa yang buat saya bersyukur sangat adalah sejak dari mula doktor mengesah SLE saya stabil, sudah lebih 15 tahun saya tidak pernah ada isu SLE timbul semula.
Jangan putus asa. Pernah saya dengar di radio ceramah agama mengatakan ‘bila sakit, pertama mintalah dgn Allah kerana penyakit itu hamba Allah’
Rozianna Binti Mohd Tahir
-sepertimana dikongsi dalam fanpage https://www.facebook.com/DrZubaidiHjAhmad, semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian ini.