LENDIR MELEKAT DI TEKAK

“Assalammualaikum Dr, saya nak tanya,  saya  mengalami lendir di tekak yg tak hilang hilang dah 3 bulan dan mcm melekat lekat, membuat dia rasa sukar untuk bernafas dan kerap meludah.  saya terpaksa menggunakan nebulizer apabila sesak nafas. Tambahan dia mempunyai sakit asma. Adakah lendir tu berpunca dari lendir hidung yg mengalir ke tekak kerana saya  kerap sakit kepala, rasa gatal kat mata. Lendir tu berwarna putih likat. Adakah dia juga ada sakit resdung?

Doktor sudah berikan  makan ubat cetirizine dan prednisolone juga nasal spray tapi lendir tu masih melekat di tekak. Apakah ubat yg sesuai untuk saya?  Harap doktor dapat menjawab secepat mungkin kerana saya amat risau dgn keadaan saya.”

 

Wa alaikum mus salam.

 

Saya percaya  puan mengalami alahan allergic rhinitis, iaitu sejenis alahan yang melibatkan kawasan muka terutamanya bahagian hidung.

 

Antara tanda-tandanya ialah selsema atau hidung berair atau hidung tersumbat, lendir pekat berwarna putih di tekak yang sukar dihilangkan, sakit kepala, gatal mata.

 

Allergi rhinitis boleh dihidap oleh pesakit asthma kerana punca berlakunya masalah ini adalah sama.

 

Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam, manakala sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ini disebabkan oleh cuaca persekitaran yang sejuk. Apabila cuaca sejuk, hidung dan tekak akan memcepatkan pembentukan lendir (mucus) ini.

 

Selain itu habuk juga boleh menyebabkan pembentukan lendir ini.

 

Pembentukan lendir yang banyak dan berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit dan menyebabkan pesakit sukar bernafas.

 

Mereka yang mempunyai masalah lendir yang kronik atau terlalu lama sehingga “melekat di tekak” dinamakan “POST NASAL DRIP”  di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung tidak meleleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.

 

Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk mungkin steroids. Namun begitu ada beberapa cara yang mudah yang boleh dicuba di rumah.

 

Salah satu cara yang mudah dengan minum air suam kerap yang boleh. Pesakit boleh menambahkan madu ke dalamnya. Cara lain dengan mencampurkan madu dengan cinnamon dan diminum dengan secamca madu. Jika tidak, boleh makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih.

 

Selain itu pastikan minum air yang secukupnya.

 

Wallahu a’lam.

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI 

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

 

 
 

Leave a Reply

error: Content is protected !!