Mengesan penyakit kanser pankreas

“Assalamu alaikum doktor, arwah ayah saya meninggal akibat barah pankreas. Penyakit beliau dapat dikesan selepas beliau kurus dgn drastik dan mendapat diabetis. Setelah buat skop kemudian biopsi baru memang confirm kanser. Selepas 6 bulan, beliau meninggal. Bolehkah kanser ini dikesan dengan lebih awal?”

 

Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan takziah atas pemergian ayah saudara dan semoga berada di kalangan orang-orang yang mendapat rahmat NYA.

Penyakit kanser pankreas agar sukar didiagnosa. Ini kerana pancreas terletak jauh di dalam rongga abdomen. Selalunya ia hanya dikesan apabila telah membengkak, dan berada dikesan pada peringkat serius.

Pembedahan yang dilakukan juga selalunya agak lambat, di mana doktor bedah akan  mengeluarkan tisu sebahagian kanser dari tubuh pesakit. Yang sebahagian lagi tidak dapat dikeluarkan kerana merebak ke organ tubuh yang lain.

Jadi masalah utama kepada pesakit kanser  pankreas ialah untuk mengesan penyakit ini seawal mungkin.

Apabila pesakit mengadu sakit pada bahagian abdomen, ia harus disiasat segera.

Sebagai berkongsi pengalaman, ada satu kes beberapa tahun lalu, lelaki berumur awal 50an mengadu sakit perut.

Mulanya doctor menyangka ia mengalami sakit gastrik. Namun ubat gastrik tidak melegakan sakitnya, lalu doctor mencadangkan pemeriksaan OGDS, iaitu memasukkan kamera dalam perut. Doktor tidak melihat sebarang masalah dalam perut.

Lalu doctor mencadangkan pemeriksaan  imbasan CT pada abdomen. Tetapi teknik ini tidak dapat mengesan barah di peringkat awal, lebih-lebih lagi ketika tumor masih kecil.

Bagaimana pun pesakit sangat bernasib baik apabila tumor yang ada pada pankreas dikesan melalui pemeriksaan endoscopic ultrasound.

Pemeriksaan ini dapat mengesan sebarang tumor mahupun ketumbuhan yang tidak dapat dikesan imbasan CT. Tisu pancreas juga dapat diambil untuk dikaji sebelum rawatan yang selanjutnya diberikan.

Dalam kes ini, pembedahan Whipple dilakukan. Ia adalah pembedahan yang besar dan kompleks. Hasilnya, semua tumor berjaya dikeluarkan dan kanser dikawal dari merebak.

Namun begitu jika pesakit terlalu lambat dirawat kebanyakan mereka cuma ada enam bulan saja untuk hidup.

Nasihat saya kepada pesakit yang mengalami penurunan berat badan yang mendadak di samping mengalami sakit di bahagian abdomen, agar segera berjumpa doctor. Tanda-tanda seorang itu mengalami penyakit kanser pancreas ialah  sakit di perut, hilang berat badan dan mendapat penyakit kuning.Biasanya jika pesakit mengalami sakit belakang, bermakna kanser itu sudah melarat ke belakang, ia sudah melarat ke saraf pesakit.

Kanser pankreas jarang berlaku. Namun jika ia berlaku, ia adalah suatu tragedi.

 

 

 

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!