Sidenafil untuk pesakit jantung?

“As salam mu alaikum doctor, saya adalah salah seorang pesakit “primary pulmonary hypertension” dan sering membuat rawatan susulan dengan pakar jantung di hospital. Saya sekarang hanya diberikan rawatan ubat sildenafil, setahu saya ia adalah ubat untuk masalah ketegangan zakar. Adakah ubat itu bahaya? Bolehkah doctor menyarakan saya menggunakan suplemen lain untuk memberikan saya tenaga kerana saya sering berasa penat dan pening kepala. Terima kasih, doctor”

 

Wa alaikum mus salam.

Rawatan untuk penyakit primary pulmonary hypertension telah diperbaiki dalam 10 tahun kebelakangan ini dengan penggunaaan ubat yang lebih baik.

Kalau dahulu banyak ubat diberikan, namun sekarang doctor mungkin memberikan beberapa ubat yang difikirkan perlu saja kerana setiap ubat sekarang mempunyai fungsi yang lebih spesifik.

Ubat yang puan terima iaitu ubat Sildenafil, adalah ubat yang bertindak sebagai phosphodiesterase type 5 inhibitor yang membantu mengembangkan saluran darah pada zakar dan juga paru-paru sehingga menyebabkan tekanan darah di kawasan ini menurun dan manjadi normal.

Sunggh pun Sildenafil adalah ubat yang dikenali untuk merawat masalah ketegangan zakar, di mana saluran pada batang zakar akan mengembang dan mengeras, ia boleh digunakan untuk merawat masalah tekanan darah dalam paru-paru dan jantung seperti dalam kes puan.

Sildenafil juga tidak memberikan kesan sampingan kepada organ produksi wanita.

Dalam banyak kajian perubatan menunjukkan bahawa ubat sildenafil adalah ubat yang selamat dan berkesan untuk merawat rasa letih dan mudah penat pada pesakit pulmonary arterial hypertension.

Ia juga berguna dalam rawatan kepada pesakit dewasa dan kanak-kanak selepas pembedahan jantung, dan pesakit lemah jantung.

Pesakit seperti puan memang mengalami masalah rasa tidak bertenaga, sering berasa penat dan pening kepala, sama ada disebabkan ubat yang diberikan tidak cukup memberikan tindakbalas yang sempurna atau keadaan jantung dan paru-paru puan sendiri yang semakin tenat, tidak mampu memberikan tindakbalas yang baik.

Walau bagaimana pun doctor akan memeriksa puan dan akan membberikan nasihat yang lanjut mengenai rawatan yang diberikan.

Selain dari sildenafil, saya mencadangkan puan mengambil suplemen Coenzyme Q10.

Saya juga ada menulis mengenai manfaat Coenzyme Q10 terhadap pesakit jantung.

 https://drzubaidi.com/blog/?p=3426

Coenzyme Q10 adalah bahan semulajadi dihasilkan dalam tubuh. Banyak kajian yang menunjukkan bahawa CoQ10 membantu pesakit jantung dan paru-paru untuk menghilang rasa penat dan tidak bertenaga.

[IKLAN]

Klik pada gambar di bawah ini untuk mendapatkan Nutriforte CoEnzyme Q10 yang baik untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh, memberikan tenaga, meningkatkan kualiti sperma serta dapat menjaga dan mengoptimalkan fungsi jantung dan pembuluh darah.

Leave a Reply

error: Content is protected !!