“Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang …
Read More »Tag Archives: keguguran
Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)
“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan. Wa alaikum mus salam. Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul …
Read More »Rawatan untuk Keloid
“Assalamualaikum. Bolehkah doctor beritahu saya pilihan rawatan bagi saya untuk saya menghilangkan keloid pada bahu kiri saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Keloid sangat sukar diubati dan mengambil masa panjang. Sekiranya parut keloid itu belum matang, dan masih kecil, ia mudah dirawat dengan urutan menggunakan kream dengan cara 3-4 kali sehari dalam masa setengah hingga jam ke sejam setiap hari selama 3-4 bulan. Parut itu akan menjadi lembut, rata dan kurang gatal. Selain itu boleh gunakan rawatan suntikan steroid yang dipanggil “Triamcinolone Acetonide” bagi menghentikan penghasilan kolagen di dalam tisu parut. Suntikan ini dilakukansebulan sekali sebanyak enam …
Read More »Parut Buruk di Dada
“Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami jerawat di dada . Saya memicitnya sehingga pecah, dan akhirnya menyebabkan parut yang besar. Masalahnya parut ini terlalu besar dan buruk. Saya belum berjumpa doktor dan saya oleh rakan saya diberitahu bahawa saya mengalami masalah keloid. Mohon pencerahan, doktor”. WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yang saudara alami ialah keloid, iaitu luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama. Kadangkala ia boleh menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah diri kerana secara …
Read More »Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout
“Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”. Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) …
Read More »Ubat Bagi Penyakit Gout
“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang. Oleh kerana saudara telah mengalami …
Read More »Rawatan Kehamilan Luar Rahem
“Salam doktor. Saya ingin bertanya apakah vitamin yang terbaik untuk wanita yang baru saja menjalani pembedahan ektopik (hamil luar rahim) agar mudah untuk hamil semula?” WA ALAIKUM MUS SALAM Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada kaedah laparoskopi atau laparotomi. Kaedah laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit. Walaupun begitu, penggunaan kaedah laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan …
Read More »Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?
“Salam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Sukar untuk doctor menentukan seorang pesakit boleh berpuasa atau tidak. Ia bergantung kepada keadaan penyakitnya. Doktor hanya mampu menasihati saja dan keputusan sama ada untuk meneruskan puasa atau meninggalkannya bergantung kepada iman pesakit. Jika pesakit merasakan beliau mampu meneruskan puasa tanpa masalah, saya menggalakkan beliau terus berpuasa. Ini kerana …
Read More »Mahu buang besi dalam tulang
“Salam doctor. Saya pernah mengalami kemalangan jalanraya kira-kira 10 tahun lalu. Tulang betis dan peha saya sebelah kiri telah patah dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi. Saya boleh berjalan dengan sempurna selepas setahun dan selepas itu tiada lagi rawatan susulan. Masalah saya sekarang saya rasa kebas dan ada kalanya rasa sejuk pada kaki sebelah kiri terutama waktu hujan. Rakan-rakan menasihatkan saya mengeluarkan semula besi dalam tulang saya. Bolehkah doctor di hospital melakukan hal itu? Mohon pencerahan. Terima kasih doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Pembedahn semula mengeluarkan besi yang telah ditanam pada tulang setelah 10 tahun bukanlah …
Read More »Kerap kencing walaupun tiada diabetes dan jangkitan kuman
“Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kerap kencing. Pemeriksaan telah dibuat oleh doctor di hospital. Menurut doctor, saya tidak mengalami masalah jangkitan kuman, batu karang atau diabetes. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kekerapan membuang air kecil tidak bermakna terdapat jangkitan kuman pada pundi kencing, ada batu karang atau menghidap penyakit diabebets. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah pundi yang terlalu sensitive dan mudah mengecut menyebabkan rasa cepat mahu buang air kecing walaupun kuantitinya sedikit. Masalah ini dinamakan “Pundi Kencing terlalu Aktif” atau “Overactive Bladder” (OAB). Tanda-tanda paling penting OAB …
Read More »Kekurangan gula dalam darah
“Salam doctor. Bapa saya berusia 65 tahun dan pesakit diabetes dengan rawatan pil dan suntikan insulin. Baru-baru ini beliau pengsan di rumah. Apabila kami bawa ke hospital, doctor memebritahu bahawa bapa saya mengalami ‘Hipoglesimia”. Saya pula berusia 25 tahun, Kadang-kadang saya mengalami rasa lemah juga dan mahu pengsan. Adakah saya mengalami masalah yang sama? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan insiden yang berlaku pada bapa saudara. Beliau sebenarnya mengalami kekurangan glukosa dalam darah setelah mengambil ubat diabetes yang diberikan. Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat fungsi …
Read More »Lupa mungkin tanda penyakit bahaya
“Salam doctor. Saya ingin mencuba satu produk kesihatan kerana saya mengalami masalah mudah lupa. Kadang kala saya lupa di mana saya letakkan cermin mata saya, padahal saya cermin mata itu berada di atas kepala. Saya telah pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan doctor memberitahu ujian CT scan yang saya jalani adalah normal. Menurut testimoni yang say baca, produk itu telah banyak membantu pengguna terutama para pelajar untuk mengingati pelajaran mereka. Bolehkah saya menggunakan produk itu kerana testimoni sangat mengujakan saya untuk mencuba. Mohon penjelasan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang saudara alami berkaitan dengan ‘mudah …
Read More »Bahan yang menyebabkan kerosakan hormon
“Salam doctor. Saya berumur 45 tahun dah telah bekerja di sebuah kilang kimia selama 20 tahun. Baru-baru ini saya berasa sangat letih dan sukar bernafas. Bila saya lakukan pemeriksaan doctor, saya tidak mempunyai masalah diabetes atau kencing manis. Tahap kolestrole saya hanya borderline saja. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Bekerja di sebuah kilang kimia selalunya mendedahkan diri seorang pekerja bahan-bahan kimia yang menjadi bahan perosak kelenjar yang mengeluarkan hormone. Begitu juga bagi seorang yang biasa menggunakan bahan-bahan kimia di rumah dan di tempat kerja. Terdapat banyak bahan yang kita gunakan seharian boleh menyebabkan kerosakan kelenjar …
Read More »Mengurangkan rasa loya dan muntah ketika hamil
“Salam doctor. Saya disahkan hamil dan usia kehamilan saya lebih kurang 12 minggu. Saya mengalami masalah rasa loya dan muntah yang amat teruk. Bolehkan saya mengambil ubat penahan muntah yang diberikan oleh doktor? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengalami rasa loya dan muntah di awal kehamilan mereka dan ini adalah fenomena yang normal. Ia bergantung kepada individu. Ada yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk dan ada yang mengalaminya secara ringan. Selalunya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan pada tahap hormon “human chorionic gonadotrophin (hCG)” dalam …
Read More »Bolehkah senggugut menyebabkan sukar hamil?
“Salam doctor. Saya berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Masalah saya ialah saya sering mengalami masalah senggugut yang teruk. Ada kalanya saya terpaksa ke klinik dan doctor hanya memberikan saya ubat penahan sakit, Ponstan saja. Apa yang membimbangkan saya ialah adakah saya akan mengalami masalah sukar hamil apabila saya berkahwin nanti? Saya merancang untuk berkahwin pada bulan December nanti. Mohon pencerahan, terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Sakit akibat senggugut biasanya bersifat ringan dan sementara. Ini bermakna jika seorang wanta mengalami rasa sakit senggugut yang kuat setiap kali haid dan sehingga tidak dapat menjalani rutin hidup sehariannya (seperti tidak …
Read More »Ambil Ponstan ketika haid
“Salam doktor. Adakah ubat penahan sakit seperti PONSTAN bahaya diambil bagi mengurangkan rasa sakit ketika sengggugut?” WA ALAIKUM MUS SALAM Senggugut adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan wanita muda. Oleh itu ialah tidak bermakna wanita yang mengalami senggugut mengalami masalah untuk hamil apabila mereka berkahwin kelak. Kesakitan disebabkan senggugut disebabkan oleh otot pada dinding luar rahem mengecut dengan kuat. Pengecutan otot rahem ini bertujuan untuk darah haid yang berketul-ketul ketika di awal permulaan haid dan selalunya darah ini bercampur dengan sedikit sel-sel tisu endometrium pada dinding dalam rahem. Oleh kerana pangkal rahem yang dimiliki oleh seorang wanita muda biasalah lebih …
Read More »Fungsi Dusphaston dalam Rawatan Keguguran dan Kesuburan
“Salam.Saya telah hamil selama 16 minggu. Malangnya beberapa hari ini saya mendapati terdapat sedikit pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati bayi saya berada dalam keadaan selamat. Doktor juga memberikan ubat Dusphaton 10mg untuk diambil dua kali sehari. Boleh saya tahu kenapa doctor memberikan ubat tersebut pada hal kehamilan saya selamat. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Pendarahan di awal kehamilan selalunya tanda awal bagi keguguran. Ini bermakna proses keguguran sedang berlaku, selalunya disebabkan sama ada masalah janin yang tidak kuat atau rahem yang tidak kuat. ‘Janin …
Read More »AIR KETUBAN YANG BANYAK
“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin …
Read More »Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa
“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea. Gabungan ini menjadikan yang diberikan menjadi sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed. Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …
Read More »Wanita Hamil dan Kafeine
“Salam doktor. Saya hendak bertanya. Bolehkah wanita hamil minum kopi kerana saya amat meminati kopi. Terima kasih atas pencerahan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Semua wanita yang hamil tidak digalakkan meminum kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan dalam kuantiti yang sederhana. Ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi yang diminum adalah satu bahan perangsang dan diuretic (yang menyebabkan mudah rasa mahu kencing akibat pundi kencing yang cepat penuh). Kesan kafein sebagai perangsang, akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Kafein juga menyebabkan kerap membuang air kecil, akhirnya menyebabkan pengurangan di dalam cecair badan dan akhirnya menyebabkan dehidrasi. Kafein …
Read More »Mahu hamil tetapi saluran fallopian tersumbat
“Assalamualaikum Dr..sy nk minta pendapat dr.Sya dh 5thun kwin tp xde rezeki lg..thun lps sya opret buang cyst…tp kputusan tiub folopio sy tersumbt..ade x cara ln utk sya mengandung??” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mencadangkan suami puan membuat pemeriksaan air mani dulu. Jika normal, maka boleh lakukan teknik IVF. Boleh bincang dengan doktor yang merawat puan. Jika tidak, walaupun telah melakukan teknik IVF, keguguran boleh berlaku. Wallahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Read More »Dimarahi kerana kehamilan kembar
“Assalamu alaikum dokter, saya baru-baru ini disahkan kehamilan kembar dan usia kehamilan saya ialah 20 minggu. Akibat kesibukan bekerja sebagai operator di sebuah kilang (majikan saya tidak menggalakkan saya kerap keluar dari kilang untuk ke klinik) maka saya terlepas beberapa tarikh pemeriksaan antenatal. Malangnya saya pula dimarahi oleh jururawat dan bidak di Klinik Ibu dan Anak. Mereka mengatakan bahawa saya menémpah bahaya kerana gagal datang pada tarikh yang ditetapkan. Adakah “menempah bahaya” disebabkan saya hamil kembar? Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya memahami dan bersimpati dengan masalah. Saya juga tidak bersetuju dengan cara majikan puan …
Read More »Rahim tidak kuat
“Assalammualaikum Dokter. Saya ingin bertanya tentang ‘cervical incompetence”. Adakah benar, apabila seorang wanita yang pernah mengalami masalah ini, akan menjalani cerclage pada kehamilan yang berikutnya? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor”. WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang wanita yang mempunyai ‘cervical incompetence’ bermakna pangkal rahemnya (cervik) di mana ‘jalan’ di mana bayi dikeluarkan dari rahem, sebelum melalui faraj, mengembang lebih awal sebelum tiba masanya, menyebabkan proses kelahiran pramatang bermula. Dalam bahasa yang lebih mudah, pangkal rahem menjadi tidak kuat untuk ‘memegang’ bayi dalam rahem, sehingga menyebabkan bayi mudah keluar (lahir), sebelum waktu yang sepatutnya. Seorang wanita didiagnosakan …
Read More »Rasa Jantung Berdebar-debar..
“Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …
Read More »Sembelit Punca dari Pemakanan
“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”. Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar. Oleh itu saya menasihatkan agar ibu bapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka …
Read More »Sukar Hamil akibat Azoospremia?
“Salam doc, Saya dan suami pernah berjumpa dengan doctor dan dia mengatakan yang suami saya mengalami azoospermia akibat kecacatan sejak kecil yang mana tidak mempunyai kilang penghasilan hormon lelaki. Betulkah telahan doctor itu? Sebab saya pernah hamil 2 kali tetapi keguguran pada minggu ke7 kehamilan. Mohon pencerahan”. Wa alaikum mus salam. Jika puan pernah hamil dalam waktu terdekat, bermakna suami puan dan puan kedua-duanya tidak mempunyai masalah untuk hamil semula. Ini juga bermakna suami puan tidak mengalami masalah kilang hormone lelaki dan tidak mempunyai masalah sperma yang teruk. Cuma janin yang telah disenyawakan tidak dapat hidup lama kerana kualiti …
Read More »Bayi mati akibat mandi air sejuk
“Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak. Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …
Read More »Keguguran adalah ujian ALLAH pada pasangan terpilih
“Assalamu alaikum doctor. Saya telah berkahwin lima tahun dan tahun lepas saya telah disahkan hamil. Saya sangat gembira kerana inilah kehamilan pertama saya. Saya sangat menjaga kehamilan saya. Saya berhenti kerja kerana tidak mahu membahayakan kehamilan saya. Namun kegembiraan saya tidak lama. Suatu pagi, saya mengalami pendarahan ketika kehamilan saya berusia 12 minggu. Sehingga saat ini, walaupun hamper setahun, saya berasa sangat sedih. Mohon nasihat doctor” Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan kehilangan yang puan alami dan percaya, ALLAH memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNYA walaupun ia kelihatan merugikan kita. ALLAH SWT pasti menguji setiap manusia yang mendakwa …
Read More »Wanita bermisai dan berbulu tebal
“Assalamu’alaikum doktor saya mempunyai masalah bulu yang tebal dan sehingga kelihatan bermisai. Saya risau kerana beberapa rakan saya selalu mengusik saya dan mengalatakan saya mempunyai hormone lelaki. Mengapa wanita seperti saya boleh tumbuh misai? Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah saudari. Ini sebenarnya ujian ALLAH untuk saudari, semoga saudari dapat bersabar dan tidak berputus asa mencari rawatan terbaik untuknya. Dalam bahasa perubatan, wanita yang mempunyai bulu yang berlebihan di kawasan tubuh yang tertentu dinamakan “hirsutism”. Ia bukanlah penyakit tetapi adalah tanda sesuatu penyakit. Bulu yang berlebihan selalunya tumbuh di bahagian …
Read More »Benarkah saya hamil sebelum nikah?
“Assalamualaikum doctor, saya berumur 32 thn. Saya baru sahaja bernikah pada bulan November 2013. Masalah saya, kitaran haid saya pada setiap bulan akan lewat 7 ke 8 hari setiap bulan. Pada bulan oktober hari pertama haid saya pada 23 haribulan dan saya jangkakan saya akan datang haid pada 30 november atau 1 disember tetapi saya tak datang haid. Saya telah buat pemeriksaan doktor dan saya telah di sahkan mengandung. Masalahnya doktor tersebut tidak dapat mengagak berapa minggu kandungan saya dan mengatakan saya mengandung sebelum nikah walhal sebelum saya bernikah saya tidak pernah melakukan persetubuhan. Boleh doktor jelaskan …
Read More »MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG
“Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan” Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti. Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …
Read More »Peringkat Endometriosis dan Kesuburan
PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh. Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami. Untuk …
Read More »Nifas Wanita yang Melahirkan secara Caesarean
“Assalamu’alikum. Isteri saya melahirkan anak secara pembedahan caesarean. 1. Saya pernah baca dalam sebuah buku bahawa jika seorang perempuan yang melahirkan anak secara pembedahan cesarean, maka darah yang keluar tidak dinamakan darah nifas kerana ia bukan kelahiran secara normal. 2. Jika sebelum proses kelahiran, selaput tuban pecah dan air tuban yang keluar, adakah ia dikira nifas? Mohon dengan pencerahan doctor. Wa ‘alaikum mus salam. Dalam pembedahan caesarean, selalunya tidak banyak darah ayang akan keluar melalui faraj. Kebanyakan darah keluar terus dari rahim dan disedut terus menggunakan pam. Malah ada wanita yang tidak mengalami pendarahan …
Read More »PUNCA SALURAN FALLOPIAN TERSUMBAT
Dua punca utama berlakunya sumbatan saluran fallopian. Pertama, ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas. Jangkitan ini lebih sering berlaku pada wanita berbadan besar, pesakit kencing manis, wanita yang memakai alat IUD, wanita yang lepas keguguran atau pesakit yang mengalami daya ketahanan tubuh yang rendah seperti pesakit autoimmune atau kanser. Tanda-tanda jangkitan pada rahem dan organ reproduktif ialah keluaran keputihan yang berwarna kuning atau hijau dan berbau, serta merasa gatal. Kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian dan menyebabkan sumbatan. Punca kedua ialah penyakit endometriosis, yang disebabkan darah …
Read More »Keguguran Tanpa Disedari
“Assalam mu alaikum doktor. Saya baru lepas keguguran pada 10 sept lepas. Kemudian saya dating haid pada priod 27 oct-17 nov. Pada 21 nov saya mengalami pendarahan semula, dan saya perasan ada seketul darah. Bersama ini saya sertakan gambar. Mohon pencerahan doktor” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Gambar yang puan sertakan kelihatan seperti janin atau dipanggil “product of conception”. Ia masih di peringkat seketul darah beku. Ia diterangkan secara jelas dalam Penjelasan Al-Quran dalam surah Al-Mu’minun: 12-14. Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang …
Read More »Jangkitan Cytomegalovirus (CMV) ketika hamil
“Assalamualaikum Dr, saya baru sahaja menjalani procedure D&C kerana kehamilan saya tidak berjaya. Enam bulan yang lalu saya turut mengalami keguguran atas sebab yang sama. Pada bulan November tahun lepas pulak saya mengalami “silent miscarriage” pada usia kandungan 14minggu. Ketika itu bila ujian darah di lakukan, saya di dapati mendapat jangkitan cytomegalovirus (CMV). Sekarang bila kejadian (keguguran) ini berlaku saya terfikir adakah ini berkaitan dgn virus tersebut? Saya cuba bertanya kepada doctor gynea saya, tapi jawapan yg diberikan tidak memuaskan hati saya. Saya ingin menambah zuriat. Adakah virus ini akan menghalang saya untuk menambah zuriat Dr? Dan apakah langkah-langkah yang …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
