Keguguran adalah ujian ALLAH pada pasangan terpilih

muslim hugging

 

“Assalamu alaikum doctor. Saya telah berkahwin lima tahun dan tahun lepas saya telah disahkan hamil. Saya sangat gembira kerana inilah kehamilan pertama saya. Saya sangat menjaga kehamilan saya. Saya berhenti kerja kerana tidak mahu membahayakan kehamilan saya.  Namun kegembiraan saya tidak lama. Suatu pagi, saya mengalami pendarahan ketika kehamilan saya berusia 12 minggu. Sehingga saat ini, walaupun hamper setahun, saya berasa sangat sedih. Mohon nasihat doctor”

 

Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan kehilangan yang puan alami dan percaya, ALLAH memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNYA walaupun ia kelihatan merugikan kita.

 

ALLAH SWT pasti menguji setiap manusia yang mendakwa mereka muslim yang beriman. Tujuan diadakan ujian ini bagi membezakan mana di antara manusia yang benar-benar beriman dengan manusia yang hanya mengaku beriman.

 

Setiap pinjaman berupa harta dan anak-anak, tidak seharusnya menjadikan kita lupa terhadap keimanan kita terhadap ALLAH WST.

 

Allah yang menciptakan hidup dan mati untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya.” (QS. Al-Mulk: 2).

 

Ujian yang diberikan sama ada besar atau kecil, hanya untuk menguji keimanan kita. Seandainya kita berjaya menghadapi ujian itu, ALLAH akan meninggikan keimanan kita, menghapuskan dosa dan memberikan tempat yang baik di syurga kelak.

 

Rasulullah SAW bersabda: “ Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)

 

Sementara di dunia ALLAH memberikan ujian yang berupa musibah, dengan hikmah yang sangat besar.

 

Oleh itu jika seorang wanita mengalami keguguran, janganlah berasa sedih sehingga tidak menerima ketetapan ALLAH.

 

Selalulah berdoa agar ALLAH SWT memberikan pengganti yang lebih baik.

 

Dalam hal ini, Rasulullah SAW memberikan khabar gembira iaitu sabdanya, “Demi Allah, sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke surga dengan tali pusatnya, jika ibunya itu ikhlas.”(diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

 

Hadapi ujian keguguran itu dengan redha dan ikhlas.

 

Dalam satu hadis lain dari Ali bin Abi Thalib, Rasullullah SAW memberitahu, “Sesungguhnya janin yang keguguran akan bermohon kepada kepada Rabnya, ketika kedua orang tuanya akan dimasukkan ke dalam neraka. Sehingga diberitahu kepada janin itu, ‘Wahai janin yang memohon pada Tuhannya, masukkanlah kedua orangtuamu ke dalam surga. Kemudian janin itu pun menarik mereka dengan tali pusatnya menuju surga.”

 

Yakinlah setiap ujian yang ALLAH SWT berikan kepada kita ada hikmah yang baik untuk kita.

 

Maka jangan bersedih.

 

Saya mencadangkan wanita yang hamil agar menggunakan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi merawat kecederaan rahim dan faraj akibat keguguran.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

Check Also

JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL?

JANGKITAN DENGGI ATAU DIABETES YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN GINJAL? Assalaamualaikum. Maaf nk tnya. Ayah saya disahkan …

Leave a Reply

error: Content is protected !!
%d bloggers like this: