Nifas Wanita yang Melahirkan secara Caesarean

 

“Assalamu’alikum. Isteri saya melahirkan anak secara pembedahan caesarean.

 

1. Saya pernah baca dalam sebuah buku bahawa jika seorang perempuan yang melahirkan anak secara pembedahan cesarean, maka darah yang keluar tidak dinamakan darah nifas kerana ia bukan kelahiran secara normal.

 

2. Jika sebelum proses kelahiran, selaput tuban pecah dan air tuban yang keluar, adakah ia dikira nifas?

 

Mohon dengan pencerahan doctor.

 

Wa ‘alaikum mus salam.

 

Dalam pembedahan caesarean, selalunya tidak banyak darah ayang akan keluar melalui faraj. Kebanyakan darah keluar terus dari rahim dan disedut terus menggunakan pam. Malah ada wanita yang tidak mengalami pendarahan dari faraj langsung.

 

Untuk memahami keadaan ini, kita bincang semula pendarahan yang dialami oleh wanita.

 

Pertama  Darah Haid: Darah yang keluar dalam kitaran haid yang normal. Ia berasal dari rahim yang sihat, keluar melalui faraj selama antara 7 hingga 15 hari. Malah ada yang kurang dari 7 hari. Wanita itu dikecualikan dari solat dan puasa.

 

Kedua Darah Istihadhah: Darah yang keluar dari faraj luar dari kitaran haid yang normal, apabila pendarahan melebihi 15 hari dari kitaran haid yang normal. Ia bukan darah haid dan wanita itu wajib solat dan puasa.

 

Ketiga Darah Nifas: Darah yang keluar ketika proses kelahiran, termasuk darah yang keluar bayi yang telah meninggal di dalam rahim.

 

Setiap darah yang keluar dari faraj, akan termasuk salah satu dari jenis darah di atas.

 

Oleh itu selepas pembedahan ceserean, jika isteri saudara mengalami pendarahan dari faraj, maka ia dikira sebagai darah nifas.

 

Sebaliknya, jika tiada darah yang keluar dari faraj, maka tiadalah istilah darah nifas.

 

Mengenai masalah air tuban yang keluar sebelum kelahiran pula, ia tidak termasuk darah nifas menurut kebanyakan para ulama.

 

Darah nifas adalah darah yang keluar bersama dengan keluarnya bayi atau setelah keluarnya. Jika air tuban keluar semasa proses kelahiran maka ia termasuk darah nifas.

 

Tetapi jika ia keluar sebelum proses kelahiran (akibat induksi dengan diberikan ubat yang dilakukan oleh doctor) ia bukan darah nifas dan wanita itu harus mengerjakan kewajibannya.

 

Semoga bermanfaat.

 

Bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan pengambilan suplemen Ektrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi mempercepatkan proses penyembuhan rahim dan faraj.

 

https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

 

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

 

 

 

 

 

 

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Leave a Reply

error: Content is protected !!