Rasa Jantung Berdebar-debar..

 

“Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit.

Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang kurang dari 60 seminit dinamakan ‘bradycardia’.

Antara punca yang tidak berbahaya ialah masalah dehidrasi (kurang minum air) menyebabkan elektrolit dalam darah yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan elektrolit ini akan merangsangkan jantung berdegup lebih pantas dari biasa.

Selain itu perasaan stress, serangan panik, atau rasa takut juga boleh menyebabkan jantung berdegup jantung.

Jika saudara gemar minum kopi, merokok, mengambil pil diet,  dan demam  bolehkan hal yang sama.

Walau bagaimanapun, sesetengah masalah berdebar-debar adalah disebabkan oleh:

  1. penyakit jantung diperingkat permulaan.
  2. Injap jantung yang tidak normal , seperti prolaps injap mitral (MVP)
  3. Tahap elektrolit kalium (potassium) yang tidak normal kalium
  4. Ubat-ubatan tertentu , juga boleh menyebabkan rasa berdebar-debar, termasuk ubat yang digunakan untuk merawat asma, tekanan darah tinggi, masalah jantung.
  5. Masalah kelenjar tiroid terlalu aktif

Saya mencadangkan jika saudara mengalami rasa berdebar-debar dan pernah pitam atau pengsan, agar segera melakukan pemeriksaan doktor.

Terutamanya jika saudara  mempunyai penyakit yang boleh menyebabkan penyakit jantung, seperti kolesterol tinggi , kencing manis , atau tekanan darah tinggi.

Selain itu, jika saudara merasa sakit dada, sesak nafas, berpeluh secara luar biasa, pening kepala juga menandakan rasa berdebar-debar itu bukanlah hal yang normal.

Saya doakan agar perasaan berdebar-debar yang saudara alami tidak berbahaya kepada kesihatan saudara.

Wallahu a’lam.

 

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

Leave a Reply

error: Content is protected !!