Peringkat Endometriosis dan Kesuburan

PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN

“As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih”

Wa alaikum mus salam.

Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh.

Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami.

Untuk menentukan peringkat endometriosis ini dialami, selalunya doctor akan melakukan pemeriksaan laparoscopy pada wanita itu.

Peringkat I endometriosis: Terdapat beberapa tisu endometriosis kelihatan, dan tiada parut dalam badomen.

Peringkat II endometriosis : Terdapat tisu endometriosis yang berukuran kurang dari 2 inci dan tiada parut dalam abdomen.

Peringkat III endometriosis:  Terdapat tisu endometriosis dalam abdomen yang membentuk poket yang mengandungi cecair endometriosis, yang dikenali sebagai “chocolate cysts” atau “endometriomas” pada kelenjar ovari. Terdapat juga parut di sekitar fallopian tiub dan ovari.

Peringkat IV endometriosis: Terdapat banyak tisu endometriosis yang membentuk endometriosis cyst dalam abdomen dan banyak parut di sekitar rahim, rectum, fallopian tiub dan ovari.

Rawatan untuk Endometriosis

Peringkat I dan II endometriosis dikatakan endometriosis peringkat sederhana. Wanita yang mengalami endometrisois peringkat ini insya ALLAH akan hamil jika mengambil suplemen vitamin E dan C. saya juga mencadangkan pengambilan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi memudahkan kehamilan.

Boleh mendapat info lanjut di https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah

Jika wanita itu berusia 35 ke atas, atau mengalami Peringkat III dan IV endometriosis saya mencadangkan pembedahan membuang tisu endometriosis di samping suplemen yang dinyatakan.

Penyakit endometriosis juga boleh berulang dan semakin banyak pembedahan, semakin kurang peluang untuk hamil kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada ovari.

Doktor di hospital dan klinik kesuburan akan mencadangkan beberapa rawatan hormone. Hal ini pelru dibincangkan Antara doctor dan pesakit secara terperinci bagi menimbangkan kos, keberkesanan dan kesan sampingan yang bakal dialami.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!