Tag Archives: hamil

Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang …

Read More »

Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan. Wa alaikum mus salam. Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul …

Read More »

Rawatan untuk Keloid

“Assalamualaikum. Bolehkah doctor beritahu saya pilihan rawatan bagi saya untuk saya menghilangkan keloid pada bahu kiri saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Keloid sangat sukar diubati dan mengambil masa panjang.   Sekiranya parut keloid itu belum matang, dan masih kecil, ia mudah dirawat dengan urutan menggunakan kream dengan cara 3-4 kali sehari dalam masa setengah hingga jam ke sejam setiap hari selama 3-4 bulan. Parut itu akan menjadi lembut, rata dan kurang gatal.   Selain itu boleh gunakan rawatan suntikan steroid yang dipanggil “Triamcinolone Acetonide” bagi menghentikan penghasilan kolagen di dalam tisu parut. Suntikan ini …

Read More »

Parut Buruk di Dada

“Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami jerawat di dada . Saya memicitnya sehingga pecah, dan akhirnya menyebabkan parut yang besar. Masalahnya parut ini terlalu besar dan buruk. Saya belum berjumpa doktor dan saya oleh rakan saya diberitahu bahawa saya mengalami masalah keloid. Mohon pencerahan, doktor”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apa yang saudara alami ialah keloid, iaitu luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama.   Kadangkala ia boleh menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah …

Read More »

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout

  “Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.       Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) …

Read More »

Ubat Bagi Penyakit Gout

“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.   Oleh kerana saudara telah mengalami …

Read More »

Rawatan Kehamilan Luar Rahem

“Salam doktor.  Saya ingin bertanya apakah vitamin yang terbaik untuk wanita yang baru saja menjalani pembedahan ektopik (hamil luar rahim) agar mudah untuk hamil semula?” WA ALAIKUM MUS SALAM Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada  kaedah laparoskopi atau laparotomi. Kaedah laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit. Walaupun begitu, penggunaan kaedah laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan …

Read More »

Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?

“Salam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM   Sukar untuk doctor menentukan seorang pesakit boleh berpuasa atau tidak. Ia bergantung kepada keadaan penyakitnya. Doktor hanya mampu menasihati saja dan keputusan sama ada untuk meneruskan puasa atau meninggalkannya bergantung kepada iman pesakit. Jika pesakit merasakan beliau mampu meneruskan puasa tanpa masalah, saya menggalakkan beliau terus berpuasa. Ini kerana …

Read More »

Mahu buang besi dalam tulang

    “Salam doctor. Saya pernah mengalami kemalangan jalanraya kira-kira 10 tahun lalu. Tulang betis dan peha saya sebelah kiri telah patah dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi. Saya boleh berjalan dengan sempurna selepas setahun dan selepas itu tiada lagi rawatan susulan. Masalah saya sekarang saya rasa kebas dan ada kalanya rasa sejuk pada kaki sebelah kiri terutama waktu hujan. Rakan-rakan menasihatkan saya mengeluarkan semula besi dalam tulang saya. Bolehkah doctor di hospital melakukan hal itu? Mohon pencerahan. Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pembedahn semula mengeluarkan besi yang telah ditanam pada tulang setelah 10 tahun bukanlah …

Read More »

Kerap kencing walaupun tiada diabetes dan jangkitan kuman

“Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kerap kencing. Pemeriksaan telah dibuat oleh doctor di hospital. Menurut doctor, saya tidak mengalami masalah jangkitan kuman, batu karang atau diabetes. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kekerapan membuang air kecil tidak bermakna terdapat jangkitan kuman pada pundi kencing, ada batu karang atau menghidap penyakit diabebets. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah pundi yang terlalu sensitive dan mudah mengecut menyebabkan rasa cepat mahu buang air kecing walaupun kuantitinya sedikit. Masalah ini dinamakan “Pundi Kencing terlalu Aktif” atau “Overactive Bladder” (OAB). Tanda-tanda paling penting OAB …

Read More »

Kekurangan gula dalam darah

“Salam doctor. Bapa saya berusia 65 tahun dan pesakit diabetes dengan rawatan pil dan suntikan insulin. Baru-baru ini beliau pengsan di rumah. Apabila kami bawa ke hospital, doctor memebritahu bahawa bapa saya mengalami ‘Hipoglesimia”. Saya pula berusia 25 tahun, Kadang-kadang saya mengalami rasa lemah juga dan mahu pengsan. Adakah saya mengalami masalah yang sama? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan insiden yang berlaku pada bapa saudara. Beliau sebenarnya mengalami kekurangan glukosa dalam darah setelah mengambil ubat diabetes yang diberikan. Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat fungsi …

Read More »

Lupa mungkin tanda penyakit bahaya

“Salam doctor. Saya ingin mencuba satu produk kesihatan kerana saya mengalami masalah mudah lupa. Kadang kala saya lupa di mana saya letakkan cermin mata saya, padahal saya cermin mata itu berada di atas kepala. Saya telah pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan doctor memberitahu ujian CT scan yang saya jalani adalah normal. Menurut testimoni yang say baca, produk itu telah banyak membantu pengguna terutama para pelajar untuk mengingati pelajaran mereka. Bolehkah saya menggunakan produk itu kerana testimoni sangat mengujakan saya untuk mencuba. Mohon penjelasan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang saudara alami berkaitan dengan ‘mudah lupa’ …

Read More »

Bahan yang menyebabkan kerosakan hormon

  “Salam doctor. Saya berumur 45 tahun dah telah bekerja di sebuah kilang kimia selama 20 tahun. Baru-baru ini saya berasa sangat letih dan sukar bernafas. Bila saya lakukan pemeriksaan doctor, saya tidak mempunyai masalah diabetes atau kencing manis. Tahap kolestrole saya hanya borderline saja. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bekerja di sebuah kilang kimia selalunya mendedahkan diri seorang pekerja bahan-bahan kimia yang menjadi bahan perosak kelenjar yang mengeluarkan hormone.   Begitu juga bagi seorang yang biasa menggunakan bahan-bahan kimia di rumah dan di tempat kerja.   Terdapat banyak bahan yang kita gunakan seharian …

Read More »

Mengurangkan rasa loya dan muntah ketika hamil

“Salam doctor. Saya disahkan hamil dan usia kehamilan saya lebih kurang 12 minggu. Saya mengalami masalah rasa loya dan muntah yang amat teruk. Bolehkan saya mengambil ubat penahan muntah yang diberikan oleh doktor? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengalami rasa loya dan muntah di awal kehamilan mereka dan ini adalah fenomena yang normal. Ia bergantung kepada individu. Ada yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk dan ada yang mengalaminya secara ringan. Selalunya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan pada tahap hormon  “human chorionic gonadotrophin (hCG)” dalam …

Read More »

Bolehkah senggugut menyebabkan sukar hamil?

  “Salam doctor. Saya berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Masalah saya ialah saya sering mengalami masalah senggugut yang teruk. Ada kalanya saya terpaksa ke klinik dan doctor hanya memberikan saya ubat penahan sakit, Ponstan saja. Apa yang membimbangkan saya ialah adakah saya akan mengalami masalah sukar hamil apabila saya berkahwin nanti? Saya merancang untuk berkahwin pada bulan December nanti. Mohon pencerahan, terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sakit akibat senggugut biasanya bersifat ringan dan sementara. Ini bermakna jika seorang wanta mengalami rasa sakit senggugut yang kuat setiap kali haid dan sehingga tidak dapat menjalani rutin hidup …

Read More »

Ambil Ponstan ketika haid

  “Salam doktor. Adakah ubat penahan sakit seperti PONSTAN bahaya diambil bagi mengurangkan rasa sakit ketika sengggugut?” WA ALAIKUM MUS SALAM Senggugut adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan wanita muda. Oleh itu ialah tidak bermakna wanita yang mengalami senggugut mengalami masalah untuk hamil apabila mereka berkahwin kelak. Kesakitan disebabkan senggugut disebabkan oleh otot pada dinding luar rahem mengecut dengan kuat. Pengecutan otot rahem ini bertujuan untuk darah haid yang berketul-ketul ketika di awal permulaan haid dan selalunya darah ini bercampur dengan sedikit sel-sel tisu endometrium pada dinding dalam rahem. Oleh kerana pangkal rahem yang dimiliki oleh seorang wanita muda biasalah …

Read More »

Fungsi Dusphaston dalam Rawatan Keguguran dan Kesuburan

  “Salam.Saya telah hamil selama 16 minggu. Malangnya beberapa hari ini saya mendapati terdapat sedikit pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati bayi saya berada dalam keadaan selamat. Doktor juga memberikan ubat Dusphaton 10mg untuk diambil dua kali sehari. Boleh saya tahu kenapa doctor memberikan ubat tersebut pada hal kehamilan saya selamat. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Pendarahan di awal kehamilan selalunya tanda awal bagi keguguran. Ini bermakna proses keguguran sedang berlaku, selalunya disebabkan sama ada masalah janin yang tidak kuat atau rahem yang tidak kuat.   ‘Janin …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Mengapa Anak Saudara Saya Dimasukkan ke Wad Neonatal Unit Hanya sebentar Saja?

    “Salam doctor. Baru-baru ini anak saudara saya telah dilahirkan pramatang 32 minggu. Bayi yang dilahirkan hanya 2.5kg. Yang menjadi kemusykilan saya ialah kenapa anak saudara saya itu hanya dimasukkan ke wad neonatal unit hanya beberapa hari saja. Boleh mendapat penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Neonatal Unit (NNU) yang disediakan oleh hospital menyediakan sekumpulan pakar yang terlatih bertugas secara 24 jam bagi menjaga bayi baru dilahirkan yang mengalami komplikasi kelahiran atau mengalami penyakit sejak dalam rahem atau dilahirkan secara pramatang.   Mereka yang terlibat dalam penjagaan NNU ini ialah:   Jururawat yang terlatih dalam penjagaan …

Read More »

Kesan Makan Mee Segera pada wanita hamil dan bayi dalam rahem

Ramai yang ketagihan maggi. Kerisauan saya pada kanak-kanak dan wanita yang hamil yang kerap makan mee segera . Kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin.

Read More »

Ramai bayi yang meninggal dunia semasa tidur

“Salam doktor. Saya ingin bertanyakan tentang kejadian di mana mati meninggal dunia semasa tidur. Adakah ia dapat dielakkan? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibu bapa sangat risau mengenai risiko kematian bayi secara tidak disedari ketika tidur terutama pada usia mereka beberapa bulan pertama setelah dilahirkan. Oleh itu saya mencadangkan agar bayi yang berusia enam bulan ke bawah haruslah tidur berdekatan dengan ibubapa mereka tetapi tidak semestinya satu katil atau satu tilam. Saya juga mencadangkan agar: 1. Tidurkan bayi dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya. 2. Berhati-hati dengan penggunaan selimut kerana ramai bayi yang lemas dalam …

Read More »

Waktu sesuai untuk scan jantina bayi dalam rahem

“Salam doktor. Saya ingin bertanya bila waktu yang sesuai untuk mengenal pasti jantina bayi dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibubapa sangat berminat untuk mengetahui jantina bayi mereka yang dalam rahem. Masa yang sesuai untuk melakukan scan ialah minggu ke-20. Itu pun bergantung kepada kemahiran doktor yang melakukan scan, mesin ultrasound yang digunakan dan posisi bayi dalam rahem. Pada usia kehamilan 20 minggu, perbezaan antara lelaki dan perempuan menjadi lebih jelas dan lebih mudah dikesan kerana cecair ketuban yang banyak. Jantina seorang bayi lebih mudah dikesan apabila kedudukan tapak kakinya tidak terletak di tengah kelengkangnya, keran …

Read More »

Bagaimana Melatih Bayi Tidur Sepanjang Malam

“Salam doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai anak saya. Usia anak saya baru memasuki enam bulan. Namun saya terpaksa bangun setiap empat jam kerana anak saya sering terjaga dan mahukan susu. Ada beberapa rakan saya pula dapat tidur sepanjang malam kerana anaknya tidur dengan lena. Bagaimanakah saya dapat melatih anak saya agar dia dapat tidur sepanjang malam? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menafikan bahawa sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malam seawal usia lapan minggu. Namun kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau mungkin lebih lewat dari …

Read More »

Ketepatan Scan Jantina Bayi dalam Rahem

“Salam doktor. terima kasih kerana membuka perbahasan mengenai scan bayi. Saya mohon pendapat doktor. Isteri saya pernah hamil minggu ke 16 dan doktor memberitahu bahawa bayi dalam rahem adalah perempuan, bila minggu ke 20 pula doktor melakukan scan semula memberitahu bayi kami adalah lelaki. Akhir sekali apabila bayi kami dilahirkan, rupanya ia adalah perempuan. Jadi berapa tepat peratusan scan bagi jantina anak dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Sebenarnya, agak sukar bagi memeriksa jantina bayi di dalam rahem. ketepatannya bergantung kepada: 1. usia kehamilan 2. kemahiran doktor yang melakukan scan 3. mesin ultrasound yang digunakan 4. …

Read More »

Berdosakah melakukan scan untuk mengetahui jantina anak?

“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Apakah berdosa jika kami melakukan scan untuk mengetahui jantina anak, kerana ibubapa kami menasihatkan kami agar menunggu saja saat kelahiran dan menerima ketetapan ALLAH dengan redha. Namun apabila rakan-rakan sekerja bertanya tentang jantina anak, kami rasa macam kolot pula tidak melakukan scan untuk mengetahui jantina anak kami. Mohon penjelasan, doktor dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sekadar untuk mengetahui jantina anak, tidak berdosa kerana jantina anak puan telah ditetapkan dan telah pun terbentuk ketika bayi puan masih dalam rahem. Zaman dulu ibubapa tidak mengetahui jantina anak, dan meminta pertolongan pawang yang menggunakan khidmat …

Read More »

Adakah selsema yang disebabkan oleh virus berbahaya kepada wanita hamil?

  Wanita yang hamil mempunyai daya tahan yang rendah (sebab perubahan fisiologi) menyebabkan mereka mudah disrang virus selsema.   Wanita yang hamil diserang oleh virus selsema boleh cepat menjadi tenat akibat jangkitan pada paru-paru mereka.   Bayi dalam rahem juga boleh mengalami masalah antaranya kelahiran pramatang.   Selesema yang disebabkan oleh virus biasanya bermula dengan demam, rasa sakit badan, keletihan, diikuti oleh rasa sejuk, hidung berair atau tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk, seram sejuk. Pesakit boleh juga mengalami cirit-birit atau muntah-muntah juga.   Selesema boleh menjadi lebih tenat dengan cepat jika berlaku pada wanita yang hamil kerana beliau lebih mudah …

Read More »

Suplemen vitamin semasa hamil

    “As-salam Dr Zubaidi. Sy ingin bertanyakan pendapat Dr. Harap Dr x keberatan. This is regarding supplement tambahan spt vit C, folic acid etc yg diambil oleh ibu mengandung selain drpd yg diberi oleh pihak hospital spt jenama xxxxxx atau any brand. Would it give any affect? What is the good supplement? Any brand? Would appreciate your kind advise “   Wa alaikum mus salam Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh …

Read More »

Mempercepatkan proses kelahiran bayi

  “Salam doktor. Bolehkah doktor beri petua agar proses kelahiran bayi saya cepat berlaku. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM. Ramai wanita yang hamil inginkan agar proses kelahiran bayi berjalan dengan cepat dan selamat. Antaranya perasaan takut yang boleh membuatkan hormon yang membantu proses kelahiran menjadi tidak menentu. Oleh itu dapatkan seorang yang terdiri dari ahli keluarga seperti suami, ibu atau ibu saudara bagi menemani proses kelahiran ini, jika wanita itu terlalu takut. Banyakkan zikir dan membaca al Quran. Pada minggu ke 38, amalkan Ekstrak Kacip Fatimah bagi membantu proses kelahiran dengan menguatkan pengecutan rahem. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah Namun begitu ada …

Read More »

SAKIT PADA KERANDUT ZAKAR

“Salam doctor. Saya berumur 40an dan berbadan gempal. Baru-baru ini saya mempunyai masalah rasa senak di kerandut zakar saya. Adakah ini tanda awal bagi penyakit berbahaya? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Kesakitan pada kerandut buah zakar boleh berpunca daripada buah zakar (testis) dan struktur di sekelilingnya. Punca sebenar sakit itu hanya dapat dikesan melalui pemeriksaan doktor. Antaranya adalah: 1. Jangkitan kuman pada pundi epididimis (epididymitis) atau buah zakar (orchitis). 2. Kecederaan pada kerandut buah zakar seperti tertendang. 3. Batu karang pada ginjal dan bergerak dalam saluran ureter. 4. Belitan pada saluran dalam kerandut buah zakar yang dikenali sebagai ‘varikosel’ …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

Pendarahan Selepas Persetubuhan

“Salam doktor..saya baru berkahwin seminggu yang lalu. Saya ingin bertanya sama ada normal atau tidak pendarahan berlaku selepas persetubuhan ? Saya mengalami pendarahan teruk pada kali pertama tetapi berkurangan selepas seminggu. Pendarahan ringan tetap berlaku apabila berlaku deep penetration. Adakah itu normal? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan selepas melakukan hubungan seksual bersama suami boleh menyebabkan kekeliruan pada wanita, teruatama apabila busia 40an. Ini kerana ia mungkin salah satu tanda awal penyakit kanser i pangkal rahim (cervical cancer). Jadi ada baiknya jika puan berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan Paps smear bagi mengesan kanser pangkal rahim di peringkat awal. …

Read More »

Implanon dan Kitaran haid tidak menentu

  “SALAM… Dr Zubaidi, saya hendak bertanya sikit, semasa anak saya baru berumur 4 bulan dan saya sudah pasang implan untuk merancang keluarga. Pada mulanya saya mencuba suntikan sebanyak 2 kali, kemudian saya terus ke LPPKN untuk memasang implan. Masa saya pasang saya perasan ada datang haid sikit saja. Kemudian selepas dua kali, haid saya mula tidak datang langsung. Kini anak saya berumur 1 tahun 1 bulan. Saya bimbang hal ini akan menjejaskan kesihatan saya. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Doktor biasanya akan menggunakan alat perancang keluarga yang dimasukkan ke bawah kulit lengan puan, sama ada Nexplanon …

Read More »

Vitamin C dan pH asidic boleh menyebabkan ketidaksuburan

“Salam doktor, Saya sedang merancang untuk hamil tapi pada masa yang sama saya selalu demam dan selsema. Jadi doktor sarankan saya untuk mengambil supplement Vitamin C Sandoz. Jadi soalannya, bila saya mengambil vitamin C, ianya boleh membuatkan cervical mucus sy jadi acidic kah? Sebab saya pernah terbaca untuk pregnant, cervical mucus haruslah bersifat alkaline. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Memang benar bacaan PH pada dalam faraj adalah sedikit berbeza daripada bacaan pH pada badan kerana ia dipengaruhi oleh kitaran haid dan hormone yang dikeluarkan. Oleh itu secara semulajadinya semasa ovulasi, bacaan pH faraj perlu berada dalam lingkungan …

Read More »

Wanita tanpa rahem

“Assalammualaikum doktor, saya ada kemusykilan. Adakah seorang wanita yg menghidap sindrom MRKH (Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser syndrome) yang tidak mempunyai organ reproduktif dari bahagian serviks ke atas (maksudnya hanya blind vaginal), berkemungkinan untuk hamil? Di malaysia ada tidak pembedahan pemindahan rahim? Sekiranya ada berapa anggaran kos? Syukran doktor. Jazakallahu khairan kasira.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Individu yang mempunyai masalah Sindrom Mayer – Rokitansky – Küster – Hauser ( MRKH  Syndrome) adalah individu yang istimewa, yang ALLAH pilih. Saya percaya jika dia redha dan bersabar dengan keadaannya, pasti ALLAH memberikannya syurga. MRKH Syndrome ini adalah masalah genetik yang menyebabkan seorang wanita sama ada …

Read More »

Hamil berpanjangan melebihi 40 minggu

“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini isteri saya dinasihatkan masukkan ke dalam wad bersalin kerana doctor memberitahu bahawa isteri saya telah melebih jangka usia kehamilan yang sepatutnya. Selalunya kehamilan hanya berlangsung sehingga 40 minggu saja, tetapi isteri saya telah melebihi 40 minggu. Langsung tiada rasa sakit. Adakah ini suatu hal yang normal? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang hamil akan melahirkan bayi mereka antara 38-40 minggu. Jarang sangat mereka melahirkan bayi selepas 40 minggu. Dianggarkan hanya kira-kira 10 peratus saja  wanita yang hamil, tidak merasa sakit untuk bayi mereka setelah mencapai tarikh …

Read More »

Pesakit buah pinggang hamil dengan risiko

“Assalamu alaikum doctor. Saya adalah pesakit sakit buah pinggang yang sedang menjalani rawatan hemodialisis 2 kali seminggu. Baru-baru ini saya disahkan hamil. Apakah ia akan memudaratkan diri saya dan kandungan? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya merasa kagum dengan kekuasaan ALLAH kerana ramai wanita yang sihat tetapi tidak mampu untuk hamil, sementara puan puan mengalami penyakit buah pinggang dan dianugerahkan kehamilan pula. ALLAHU AKBAR !!. Sebenarnya wanita yang mengalami penyakit buah pinggang dikategorikan sebagai kehamilan berisiko tinggi, boleh melibatkan keselamatan wanita yang hamil dan bayi yang berada dalam rahemnya. Berapa besar risiko ini bergantung kepada punca kerosakan buah pinggang, …

Read More »
error: Content is protected !!