Ramai bayi yang meninggal dunia semasa tidur

“Salam doktor. Saya ingin bertanyakan tentang kejadian di mana mati meninggal dunia semasa tidur. Adakah ia dapat dielakkan? Terima kasih atas pencerahan”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Ramai ibu bapa sangat risau mengenai risiko kematian bayi secara tidak disedari ketika tidur terutama pada usia mereka beberapa bulan pertama setelah dilahirkan.

Oleh itu saya mencadangkan agar bayi yang berusia enam bulan ke bawah haruslah tidur berdekatan dengan ibubapa mereka tetapi tidak semestinya satu katil atau satu tilam.

Saya juga mencadangkan agar:

1. Tidurkan bayi dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya.

2. Berhati-hati dengan penggunaan selimut kerana ramai bayi yang lemas dalam selimut. Boleh gunakan selimut yang berongga memudahkan perudaraan.

3. Pastikan shu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk, sebaiknya antara 24 atau 25 darjah C.

4. Pastikan bayi tidak terlalu panas atau terlalu sejuk dengan merasa bahagian perutnya: jika dia terlalu panas, alihkan selimut; jika dia sejuk, selimutkannya. Gunakan selimut yang berongga.

WALLAHU A’LAM.

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Leave a Reply

error: Content is protected !!