“As salam mu alaikum. Dr, saya baru melahirkn anak bulan September 2013. Saya hanya datang haid pada Jan 2014 sekali saja. Sampai sekarang bulan April, saya belum kedtangan haid lagi. Ujian UPT saya negatif dan saya mengambil pil perancang keluarga. Mohon pencerahan, doktor. Terima kasih”
Dr Zubaidi Hj Ahmad
WA ALAIKUM MUS SALAM
Untuk mendapat kitaran haids yang normal seperti kitaran haids sebelum hamil, akan mengambil masa yang lebih lama kerana wanita-wanita sedang mengalami perubahan hormone dan tubuh mereka sedang mengatur semula ketidakseimbangan ini. Namun ini semua bergantung pada individu.
Jadi jika darah haids yang keluar sama ada terlalu sedikit, terlalu banyak, hanya beberapa hari atau berpanjangan sehingga melebihi 15 hari adalah menjadi kebiasaan pada beberapa bulan selepas keguguran atau melahirkan anak.
Namun begitu jika keadaan ini berulang selama enam bulan selepas keguguran atau melahirkan anak, saya nasihatkan agar berjumpa dengan doctor pakar supaya dapat diperiksa punca sebenar masalah ini.
Boleh baca di https://drzubaidi.com/blog/
Saya mencadangkan puan menggunakan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah bagi memberikan keseimbangan hormon dan membetulkan kitaran haid puan.
Wallahu a’lam.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
![[KLIK]](https://i0.wp.com/drzubaidi.com/blog/wp-content/uploads/2017/05/ekf1.jpg?resize=300%2C225&ssl=1)