Tag Archives: hamil

Haid tidak normal dan sukar hamil walaupun telah mencuba pelbagai produk

  “As Salam mu alaikum. Mohon doktor boleh bantu menasihatkan saya. Saya telah berkahwin hampir dua tahun, dan masih belum dikurniakan cahaya mata. Pada tahun pertama perkahwinan, haid saya teratur dan tiada masalah untuk datang haid setiap bulan. Doktor sakit puan yang memeriksa saya juga mendapati rahim saya normal dan subur.   Tapi masuk tahun kedua, ditambah dengan stress kerja, haid saya mula tidak teratur. Kali terakhir saya bertemu dengan doktor pada bulan Jun 2013 yang lepas dan doktor sakit puan mendapati ada ketumbuhan polyp di dalam rahim saya yang menyebabkan dinding rahim tebal dan tidak haid. Jadi doktor memberikan …

Read More »

Krim Dermovate tidak sesuai untuk wanita hamil

  Salam doktor, saya hamil 31minggu dan mengalami dermatitis sejak umur 20tahun. Saya mendapati bahawa ubat krim paling berkesan untuk saya guna adalah kream Dermovate. Sekarang saya di UK dan kream itu tidak boleh dibeli di farmasi kerana memerlukan preskripsi doctor. Mohon penjelasan.     Wa alaikum mus salam. Bahan aktif dalam kream Dermovate adalah clobetosol propionate iaitu sejenis steroid yang agak kuat.   Ia selalu digunakan untuk meredakan masalah kekeringan kulit akibat penyakit eczema, psoriasis dan dermatitis. Kream Dermovate sangat berkesan untuk mengurangkan bengkakan, kegatalan dan keradangan pada kulit.   Sayangnya kream ini tidak sesuai untuk wanita hamil dan …

Read More »

Haid Dua Kali selepas Henti Pil Perancang

  “As salammu alaikum, doktor. Saya keliru dgn period yg sy alami sekarang. Saya sudah berkawin dan mempunyai seoorg anak berumur 2 tahun dan melahirkan secara pembedahan caserian. Saya bercadang mahu menambah anak pada tahun depan.   Saya mengalami haid pada 11.12.13 dan haid semula pada 28.12.13. Saya sudah menghentikan pengambilan pil perancang keluarga pada bulan Nov. Mengapa kitaran haid saya tidak normal? “   Wa alaikum mus salam. Saya memahami kerisauan puan.   Puan mengalami masalah kitaran haid seperti ini kerana tahap hormon wanita puan (yang dibekalkan melalui pil perancang keluarga) tiba-tiba merudum keran puan baru menghentikannya.   Ini …

Read More »

Makan Pati Ikan Haruan Ketika Hamil

  “Assalamu alaikum, doctor. Doctor saya hendak tanya, anak pertama bersalin secara ceaserean dan berumur masuk 5 bulan. Saya sekarang hamil 9 minggu. Bolehkah saya meneruskan menyusukan anak saya yang pertama. Bolehkah saya boleh ke saya makan pati haruan untuk dlm sembuh betul dan boleh kah saya ini boleh bersalin normal. Saya teringin hendak bersalin normal di hospital swasta. Terima kasih. “     Wa alaikum mus salam.   Menyusukan anak ketika hamil tidak berbahaya kehamilan sekarang. Puan boleh meneruskan kehamilan dan penyusuan untuk anak pertama tanpa masalah.   Untuk mempercepatkan kesembuhan rahim dan faraj dalam masa hamil, saya mencadangkan …

Read More »

Bahaya Darah Tinggi ketika Hamil

“Assalamu alaikum, doctor. Saya baru-baru ini disahkan mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil. Umur kehamilan saya 26 minggu. Saya hairan kerana tidak mengalami sakit kepala dan sebagainya. Perlukah saya meneruskan rawatan yang diberikan oleh doctor di Klinik Ibu dan Anak itu. Terima kasih?” Walaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan. Wanita yang disahkan mengalami penyakit darah tinggi sama ada sebelum hamil atau semasa hamil dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan air kencing dan memantau tekanan darah mereka, ketika berjumpa doctor di klinik ibu dan anak. Ini kerana pemeriksaan berkala begitu penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu …

Read More »

Darah Tinggi Semasa Hamil

“Salam sejahtera doktor saya ingin bertanya jika menghidap tekanan darah tinggi apakah risikonya pada bayi dan juga ibunya. Terima kasih doktor”. Salam sejahtera. Saya bersimpati dengan puan, jika puan mengalami masalah ini. Banyaklah berdoa, insya ALLAH akan akan permudahkan kehamilan puan. Ada wanita yang mengalami penyakit darah tinggi sebelum beliau hamil lagi. Penyakit ini akan menjadi lebih teruk sewaktu hamil dan akan memberikan pemantauan yang lebih yang teliti apabila mereka mula memasuki trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang selamat digunakan semasa hamil. Ada pula wanita yang mengalami tekanan darah tinggi apabila mula hamil yang selalunya berlaku selepas kehamilan …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Rubella dan Kehamilan

Saya mendapat soalan dari seorang rakan FB mengenai Rubella. Soalan beliau seperti berikut: ”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” Untuk menjawab soalan beliau elok kita berkenalan dengan virus dulu. Rubella adalah sejenis virus. Ianya juga dikenali sbg German measles. Kanak-kanak, remaja dan org dewasa boleh dijangkiti virus ini. Ia merebak dari seorang ke pada seorang yang lain. Rubella sebenarnya menyebabkan demam dan masalah …

Read More »

Doktors di Brazil melakukan pembedahan Caesarean pada wanita yang tidak hamil

Doktor di Brazil melakukan kecuaian? Ini suatu kecuaian yang besar dan luka akibat pembedahan bukanlah suatu yang kecil dan boleh diabaikan begitu saja. Walaupun luka itu akan sembuh selepas beberapa minggu, tetapi jika wanita ini pesakit diabetes luka akibat pembedahan itu mungkin akan sembuh setelah beberapa bulan atau lebih. Oleh itu doctor selalunya berhati-hati sebelum melakukan apa saja prosedur perubatan. Wanita yang tiba-tiba muncul di Jabatan Kecemasan dan mengadu sakit perut itu mengaku beliau sedang hamil 41 minggu. Setelah didesak oleh wanita itu, akhirnya doctor di sana terpedaya dan mempercayai bahawa itu itu sedang hamil dan sedang dalam proses melahirkan …

Read More »

Peringkat Endometriosis dan Kesuburan

PERINGKAT ENDOMETRIOSIS DAN KESUBURAN “As salam mu alaikum. Doktor baru-baru ini saya mengalami senggugut yang kuat. Sebelum ini pun kitaran haid saya tidak teratur. Doktor melakukan pemeriksaan ultrasound dan mengatakan saya mengalami endometriosis. Saya juga diberitahu bahawa saya akan mengalami masalah kesukaran untuk hamil bila berkahwin kelak. Mohon pencerahan. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpatidengan masalah yang puan alami. Saya doakan agar puan diberikan kemudahan untuk sembuh. Endometriosis sering dikaitkan dengan masalah sukar hamil dan ketidaksuburan. Namun begitu terdapat peluang bagi wanita yang mengalami endometriosis ini untuk hamil setelah diberikan rawatan, bergantung kepada peringkat endometriosis yang dialami. Untuk …

Read More »

Tidak datang haid selepas melahirkan anak, amalkan majun dan ubat turun darah

As salam mu alaikum doctor, Untuk pengetahuan doktor sebelum ini kitaran haid saya normal. Selepas kelahiran anak pertama saya mengamalkan makjun untuk mencegah kehamilan dan merancang keluarga. Pada bulan Julai yang lepas saya tidak lagi mengambil makjun kerana merancang untuk hamil semula. Pada bulan Ogos saya tidak mengalami haid dan pemeriksaan doctor mengesahkan saya tidak hamil, saya diberikan ubat turun haid. Pada pertengahan September, haid saya turun setelah memakan ubat itu.   Sebulan lepas itu pada 30/10 haid saya datang walaupun agak lewat. Selepas habis haid saya amalkan EKF dan haid saya pada bulan December masih belum datang. Sudah lewat …

Read More »

ENDOMETRIOSIS BOLEH BERLAKU PADA WANITA YANG BELUM BERKAHWIN

Endometriosis adalah satu penyakit biasa berlaku di kalangan wanita, termasuk wanita yang belum berkahwin. Malangnya mereka  tidak mengetahui. Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui bahawa masalah yang mereka alami untuk sekian lama sebenarnya adalah tanda awal endometriosis. Antara tanda mengalami endometriosis adalah sakit teruk di bahagian dalam perut, kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin, sakit semasa kedatangan haid, selalunya mengalami pendarahan haid yang banyak, pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid dan mengalami masalah sukar hamil. Kesakitan ketika kedatangan haid dan kitaran haid yang tidak menentu, biasanya tidak merisaukan wanita-wanita muda ini. Namun apabila …

Read More »

Kemudaratan Penyakit Kelamin ketika hamil

    Baru-baru ini saya ditemui oleh seorang wanita muda berusia awal 20an yang mendakwa dirogol oleh teman lelakinya yang bakal menjadi tunangnya.   Beliau tidak membuat laporan polis kerana mereka juga dijangka akan dinikahkan tidak lama lagi.   Malangnya ketika pemeriksaan antenatal di pusat kesihatan, doktor yang bertugas disana beliau menghidap penyakit kelamin yang belum ditentukan lagi jenisnya.   Walau bagaimana pun beliau bernasib baik kerana tidak dijangkiti oleh HIV.   Apa yang dirisaukan oleh beliau ialah  kesan penyakit kelamin kepada diri beliau sebagai wanita hamil, dan dan anak yang di dalam rahim.   Soalan yang beliau tanyakan ialah …

Read More »

PENGALAMAN PESAKIT ENDOMETRIOSIS YANG HAMPIR KEHILANGAN NYAWA

JANGAN ambil mudah sekiranya anda sakit pinggang, sakit kepala dan perut ketika datang haid.  Selama ini saya tidak pernah menghadapi apa- apa masalah seperti senggugut ketika kedatangan haid. Pada tahun 2008 saya dimasukkan ke hospital kerana berasa sakit di bahagian kanan perut tetapi selepas beberapa ujian dilakukan dikatakan tiada apa-apa berlaku. Segala-galanya normal. Pada Oktober tahun yang sama sekali lagi saya berasa sakit dan melakukan beberapa ujian termasuk ultrabunyi pelvis tetapi jawapan yang sama saya terima. ‘Normal’. Setahun selepas itu, saya melakukan sekali ultrabunyi pelvis. Selepas mendengar ceramah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita, saya mula sedar- ada sesuatu …

Read More »

Bayi kepada ibu diabetes perlu lahir lebih awal

Semakin ramai wanita hamil yang menghidap kencing manis. Banyak faktor yang menyebabkan masalah ini antaranya pemakanan, genetic keturunan, persekitaran dan stress. Dalam keadaan kehamilan yang normal, lebih banyak hormone insulin yang akan dikeluarkan oleh tubuh untuk menampung keperluan ibu dan bayi dalam rahim. Apabila tubuh wanita hamil tidak mampu mengeluarkan insulin tambahan, akan menyebabkan terlalu banyak gula dalam darah dan mengakibat diabetes ketika hamil. Diabetes sebegini akan sembuh dengan sendiri selepas bayi dilahirkan. Namun wanita itu mempunyai risiko untuk mendapat semula diabetes apabila hamil semula. Dapatkan Pemanis Tanpa Kalori KLIK DI SINI Bagi wanita yang tidak hamil, risiko wanita ini …

Read More »

Keguguran Tanpa Disedari

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya baru lepas keguguran pada 10 sept lepas. Kemudian saya dating haid pada priod 27 oct-17 nov. Pada 21 nov saya mengalami pendarahan semula, dan saya perasan ada seketul darah. Bersama ini saya sertakan gambar. Mohon pencerahan doktor”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Gambar yang puan sertakan kelihatan seperti janin atau dipanggil “product of conception”.  Ia masih di peringkat seketul darah beku.   Ia diterangkan secara jelas dalam Penjelasan Al-Quran dalam surah Al-Mu’minun: 12-14. Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang …

Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya …

Read More »

Waktu Tidur mempengaruhi Kesuburan

  Berbagai cara yang boleh dilakukan oleh wanita meninggikan peluangnya untuk hamil. Salah satunya dengan tidur yang cukup selama tujuh sampai lapan jam setiap malam dan bangun tidur dalam waktu yang sama setiap hari.   Ahli sains yang membuat kajian memberitahu bahawa dalam tubuh manusia ada “biological clock” yang mengawal hormone reproduksi secara teratur.   Hanya tidur yang cukup daan bangun pada waktu yang sama dapat membantu “biological clock” ini mengawal pengeluaran hormone wanita dan secara tidak langsung akan meninggikan kemampuan wanita itu untuk hamil.   Dalam satu kajian di Inje University di Korea Selatan, mendapati bahwa perempuan yang tidur …

Read More »

Jangkitan Cytomegalovirus (CMV) ketika hamil

“Assalamualaikum Dr, saya baru sahaja menjalani procedure D&C kerana kehamilan saya tidak berjaya. Enam bulan yang lalu saya turut mengalami keguguran atas sebab yang sama. Pada bulan November tahun lepas pulak saya mengalami “silent miscarriage” pada usia kandungan 14minggu. Ketika itu bila ujian darah di lakukan, saya di dapati mendapat jangkitan cytomegalovirus (CMV). Sekarang bila kejadian (keguguran) ini berlaku saya terfikir adakah ini berkaitan dgn virus tersebut? Saya cuba bertanya kepada doctor gynea saya, tapi jawapan yg diberikan tidak memuaskan hati saya. Saya ingin menambah zuriat. Adakah virus ini akan menghalang saya untuk menambah zuriat Dr? Dan apakah langkah-langkah yang …

Read More »

Ketulan Fibroadenoma pada payudara

“As salam mu alaikum doctor, saya berusia 24 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami ketulan pada payudara kiri saya berukuran sebesar biji kacang kuda semenjak saya masih belajar lagi. Saya telah membuat pemeriksaan doctor, dan doctor tidak membuat melakukan apa-apa. Doktor juga tidak memberikan ubat kerana ia tidak menyebabkan rasa sakit. Doktor hanya pesan, jika ia besar, maka harus dibuang dengan melakukan pembedahan. Saya takut dengan pembedahan kerana akan merosakkan payudara saya. Pertanyaan saya ialah apakah  ketulan ini boleh menyebabkan kanser payudara?. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya harap saudari tidak bersusah hati dengan masalah yang saudari hadapi. Saya …

Read More »

Makan sop sarang burung ketika hamil

  “As salamu alaikum, Dr Zubaidi. Saya hamil pada usia kehamilan 23 minggu. Ramai kawan-kawan saya mencadangkan saya makan sop sarang burung supaya anak yang akan lahir tidak mengalami masalah kekuningan dan kulitnya menjadi cantik. Bolehkah saya memakan sop sarang burung. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam.   Sop sarang burung adalah makanan tradisi masyarakat Cina dan telah dimakan semenjak zaman Distinasi Tang. Dalam sop ini banyak gelatin putih air liur burung layang-layang, yang dianggap mempunyai banyak nutrisi terdiri dari bahan antioksidan, kollagen dan amino acid.   Oleh itu, sarang burung dikatakan mempunyai kebolehan sebagai anti penuaan dan dapat …

Read More »

TEKANAN DARAH RENDAH SEMASA HAMIL

“Assalamualaikum doktor, saya hendak bertanya, bagaimana hendak mengatasi tekanan darah yang rendah semasa hamil. Baru-baru ini saya hamil, dan di akhir kehamilan, doctor memberitahu saya bahawa saya mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Pada  masa itu saya kerap mengalami masalah pitam. Saya risau jika keadaan berulang pada kehamilan akan datang. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Sebenarnya jarang sekali berlakukanya tekanan darah rendah pada wanita yang hamil. Namun begitu ia masih boleh berlaku kerana hormone yang dikeluarkan ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah menjadi kembang, secara tidak langsung  menyebabkan tekanan darah seorang wanita hamil akan menjadi rendah. Tekanan darah akan …

Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …

Read More »

Kitaran Haid Tidak Menentu Akibat Majun

  “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai masalah tidak didatangi haid selepas berhenti makan ubat rancang kehamilan ( sejenis makjun ). Saya didatangi haid pada bulan 12.7.2013  dan pada bulan Ogos, saya tidak didatangai haid. Saya sudah membuat ujian UPT tetapi negatif. Selepas itu pada 15.09.2013 saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan meminta ‘ubat turun haid’ kerana saya tidak selesa dengan badan saya yang sakit-sakit, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.   Selepas makan ubat itu sebanyak 5 biji dan 5 hari saya didatangi haid selama 8 hari. Selepas pada itu saya masih lagi tidak didatangi haid sehingga 30.10.2013. Boleh saya …

Read More »

Lendiran bercampur darah selepas hubungan intim

  “Assalamualaikum doktor. Saya berumur berumur 36 tahun. Masalah saya ialah apabila selesai saya bersama suami saya (mengadakan hubungan intim), saya perasan ada lendiran bercampur darah cair. Perlukah saya berjumpa doctor?”   Wa alaikum mus salam.   Pendarahan selepas melakukan hubungan intim dengan suami adalah suatu yang tidak normal.   Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan Pap smear bagi mengetahui masalah sebenar punca pendarahan itu.   Punca-punca pendarahan seperti ini ialah: 1. Kanser pangkal rahem (Cervical cancer) 2. radang pada pangkal rahem (Cervical dysplasia dan Cervicitis) 3. Luka lelasan pada faraj akibat perlakuan seks yang ganas 4. Kurang lendiran syahwat …

Read More »

Perlukah Pemeriksaan Ultrasound untuk Mendiagnosa Kehamilan

  “Doktor, saya telah melakukan ujian UPT dan saya disahkan hamil. Doktor di klinik telah memeriksa dan mengesahkan umur kehamilan saya 14 minggu. Perlukah saya melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengesahkan kehamilan saya?” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan tahniah pada puan kerana puan telah disahkan hamil dengan ujian UPT. Selalunya pemeriksaan UPT hampier pasti puan telah pun hamil. Ada beberapa kes di mana ujian UPT positif tetapi wanita itu tidak hamil. Ini disebabkan oleh kesilapan teknikal, tetapi ia jarang berlaku. Ujian Urine pregnancy Test atau UPT dilakukan untuk menguji kehadiran kadar hormon HCG (Human Chorionic Gonadotropin) yang dikeluarkan dari uri …

Read More »

Adakah Saya Hamil?

“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin selama enam bulan. Baru-baru ini saya tidak datang haid selama 2 bulan. Saya juga mempunyai tanda-tanda seperti loya, muntah, bengkak payudara, bertambah berat badan, perut membesar dan kerap kencing. Adakah saya hamil, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat memahami perasaan puan yang mahu hamil segera.  Kehamilan pertama adalah peristiwa yang amat dinantikan oleh kebanyakan pasangan muda. Kadang-kadang perasan untuk hamil begitu kuat sehinggakan seorang wanita merasa telah hamil, padahal dia belum lagi hamil. Jadi seorang wanita yang mengalami masalah seperti puan, belum tentu disahkan hamil. Beliau perlu melakukan beberapa pemeriksaan …

Read More »

Batuk dan selesema ketika hamil

“Assalamualaikum doktor. Saya hamil 16 minggu. Saya mengalami selsema. Kepala saya asyik berdenyut-denyut dan saya mengalami batuk berpanjangan. Saya mohon penerangan doctor . Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Apabila seorang wanita sedang hamil, sistem pertahanan badan akan menjadi rendah. Ini bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahem, tetapi   puan akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk dan selesema.   Ini bermakna, ketika hamil sistem pertahanan badan puan anda menjadi rendah dan demam selesema akan menjadi lebih teruk.   Selesema adalah antara tanda puan diserang penyakit sinuditis. Antara tanda lain ialah: 1. sakit tekak 2. batuk 3. …

Read More »

Panduan Untuk Wanita Hamil yang Berkerja

  “Salam doktor. Saya seorang pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan. Ini kehamilan pertama saya. Walaupun saya tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, ada kalanya saya merasa stress dengan kerja dan kerenah ketua pejabat saya. Ada kalanya saya  duduk di hadapan komputer dalam jangka masa yang lama. Adakah semua ini akan menjejaskan kehamilan saya?”   Wa alaikum mus salam. Ramai wanita yang bekerja ketika hamil tidak begitu menitikberatkan soal kesihatan dan  keselamatan di tempat kerja.   Sebagai contoh, mereka menganggap kerjaya sebagai pegawai tadbir yang bekerja di pejabat, tidak mengganggu kehamilan dan kesihatan diri mereka.   Mereka berpendapat dengan menjalani pemeriksaan …

Read More »

Pelembap penting untuk kulit eczema

    “Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema.   Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya.   Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang …

Read More »

PENYAKIT FIBROID MENYEBABKAN SUKAR HAMIL?

PENYAKIT FIBROID MENYEBABKAN SUKAR HAMIL?     Fibroid menjadi salah satu punca masalah kesuburan dalam kalangan kaum wanita dalam usia yang subur. Tetapi tidak semua wanita yang menghidap fibroid akan mengalami kesukaran untuk hamil kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid, masih boleh mendapat anak.   Hal kesuburan ini bergantung kepada bilangan, posisi dan saiz fibroid yang dialami.   Hanya kira-kira lima peratus daripada penghidap fibroid terutamanya fibroid yang berada pada posisi di lapisan dalam rahem (jenis submukosa) atau fibroid yang mempunyai saiz yang besar saja mempunyai masalah kesukaran untuk hamil.   Fibroid itu yang mempunyai saiz terlalu besar, boleh …

Read More »

Bolehkah Mengambil Halia Ketika Hamil?

  Halia atau “Zingiber officinale” boleh bertindak sebagai anti-loya dan anti-muntah bagi wanita yang hamil. Namun begitu harus berhati-hati dengan dos yang digunakan. Jika membeli ekstrak halia di farmasi, pastikan ia mengandungi 1,000 hingga 1,500 mg dalam sehari. Dos ini boleh dibahagikan kepada tiga kali sehari atau dua kali sehari. Berhati-hati ketika mengambil ekstrak halia terutama di awal kehamilan. Cara paling selamat ialah mengambil halia yang segar dan potong nipis kira-kira sebesar 1-2cm dan masukkan ke dalam air teh yang panas dan minum perlahan-lahan untuk mengurangkan rasa loya dan mahu muntah. Wallahu a’lam. [IKLAN] Dalam Ilmu Perubatan Melayu Silam, wanita …

Read More »

Lebam selepas suntikan

“Assalamualaikum Dr, Semasa sy mengandung anak kedua saya mengalami masalah kurang darah. Seminggu sebelum bersalin hb saya hanya 9 sahaja. Kemudian doktor mengarahkan saya agar mengambil suntikan. Tetapi setelah setahun tempat suntikan saya masih lebam dan sakit. Saya risau jika ada kesan jangka masa panjang.  Saya harap dr dapat menjawab masalah saya” Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikumussalam. Semasa suntikan itu, berkemungkinan jarum telah menembusi saluran darah yang kecil sehingga menyebabkan pendarah di bawah kulit. Pengumpulan darah yang banyak akan menyebabkan kulit kelihatan lebam, dan adakalanya menyebabkan rasa sakit. Dalam masa sehari boleh dituamkan dengan ketukan ais yang dibalut dengan …

Read More »

Kehamilan di luar rahem

  “Assalamu alaikum doctor, saya berumur 23 tahun dan baru-baru ini saya telah hamil selama 8 minggu, disahkan melalui ujian air kencing UPT. Ini kehamilan pertama saya. Malangnya apabila doctor melakukan pemeriksaan ultrasound, mendapati janin saya berada di dalam saluran fallopian. Doktor mengesahkan saya mengalami kehamilan luar rahim. Bagaimana hal ini boleh berlaku, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya amat bersimpati dengan ujian ALLAH yang puan hadapi. Saya harap puan banyak bersabar dan berada dalam rawatan yang terbaik. Kehamilan luar rahim sebenarnya kerap berlaku, iaitu satu dalam 20 kehamilan. Ia berlaku di luar kawalan wanita yang hamil, dan hanya wanita …

Read More »

Kesan Mengambil Pil Perancang Kehamilan

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berusia 36 tahun, ibu tiga anak berusia 8 hingga 13 tahun. Berat 49 kilogram dan tinggi 145 sentimeter. Saya mengamalkan pil perancang ‘Mercilon’ selama tujuh tahun yang dibeli di klinik atau farmasi. Masalahnya, sejak berhenti mengambil pil berkenaan, haid saya sangat sedikit dan ada juga tidak datang haid pada bulan tertentu. Saya amat bimbang, apa yang harus dilakukan”. Jawapan: Wa alaikum mus salam. Pil perancang kehamilan seperti Mercilon, sememangnya haid akan menjadi sempurna iaitu kitarannya tetap setiap 28 hingga 30 hari. Inilah kebaikan pil perancang kehamilan selain dari menghalang kehamilan. Oleh itu ramai doctor yang …

Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  …

Read More »
error: Content is protected !!