Doktors di Brazil melakukan pembedahan Caesarean pada wanita yang tidak hamil

Doktor di Brazil melakukan kecuaian? Ini suatu kecuaian yang besar dan luka akibat pembedahan bukanlah suatu yang kecil dan boleh diabaikan begitu saja.

Walaupun luka itu akan sembuh selepas beberapa minggu, tetapi jika wanita ini pesakit diabetes luka akibat pembedahan itu mungkin akan sembuh setelah beberapa bulan atau lebih.

Oleh itu doctor selalunya berhati-hati sebelum melakukan apa saja prosedur perubatan.

Wanita yang tiba-tiba muncul di Jabatan Kecemasan dan mengadu sakit perut itu mengaku beliau sedang hamil 41 minggu.

Setelah didesak oleh wanita itu, akhirnya doctor di sana terpedaya dan mempercayai bahawa itu itu sedang hamil dan sedang dalam proses melahirkan anak.

Doktor di sana tidak dapat memikirkan dengan baik dan terpadaya dengan tanda-tanda kehamilan yang ditunjukkan oleh wanita itu, seperti perut yang besar dan rasa loya.

Ketika melakukan pemeriksaan, diberitakan “doktor yang memeriksa wanita itu tidak dapat mendengar degupan jantung bayi dalam rahim dan percaya nyawa bayi itu dalam bahaya dan segera melakukan pembedahan caesarean”

Namun pengajaran yang saya pelajari dari satu kes di mana doktor di Brazil telah melakukan pembedahan cesarean ke atas seorang wanita yang berumur 37 tahun, akhirnya mendapati bahawa bahawa wanita itu tidak hamil, ialah doctor sebaiknya melakukan pemeriksaan ultrasound atau sekurang-kutang CTG.

Wanita itu berjaya meyakinkan doktor bahawa dia sedang hamil dengan mengubah ujian kehamilan dan mengatakan bahawa keputusan ujian-ujian itu silap.

Dengan ini doctor yang memeriksa dapat melihat imej bayi dalam rahim, di samping mendengar degupan jantung bayi dan kecutan otot rahim yang menandakan wanita ini sedang dalam proses melahirkan.

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!